TENTANG ZEIN ISMA LAGI

Assalamualaikum,

Saya adalah rakyat malaysia yang bekerja di benua africa. Perkenalan dengan Zein bukanlah hanya setakat minum dikedai kopi sahaja.

Zein , ataupun lebih dikenali sebagai ZB dikalangan rakan-rakan bukanlah bakal pemimpin yang kita kehendaki. Saya menjadi rakan karib beliau ketika menuntut disebuah universiti di Amerika Syarikat.

Kami adalah rakan sejoran kerana ketika itu ZB sangat suka mengail. Sepanjang perhubungan kami, saya berani mengatakan beliau adalah seorang kawan yang baik tetapi tidak boleh memimpin dengan baik, terutama kepada orang melayu yang berugama islam ini.

Ini adalah disebabkan perkara yang berikut.

1. Pada satu tahun itu kami menyambut hari raya dirumah seorang kawan. Masuk sahaja kedalam apartment tersebut, isteri saya bersalam dengan isteri ZB (yang pertama) yang bernama kak Ida sambil saya bertanya, "mana ZB?"

Kak Ida menjawab, "dalam bilik."

Oleh kerana tiada orang lelaki diruang tamu, saya terus kebilik tersebut, saya terbau sesuatu ketika dihadapan bilik tersebut..... Apabila saya membuka pintu bilik, saya dapati didalam bilik tersebut penuh dengan asap, dan rakan- rakan saya termasuk ZB sedang khayal kerana GANJA. Saya tutup pintu semula dan kembali keruang tamu. Setelah lama menunggu, tak sorang pun keluar, kami pun balik tanpa beraya dengan tuan rumah sebab tuan rumah tengah 'BERAYA'.

2. Satu insiden dimana rakan karib saya pegi deep sea fishing dengan ZB.

Sekembali dari trip tersebut, saya bertanya kepada beliau, amacam pegi, dapat tak? Dengan marahnya dia menjawab, kalau pegi dengan ZB,baik tak payah pegi, menyusahkan je. Di bukan pi mancing, dia pegi pekena BUDWEISER (sejenis beer), sampai mabuk nak terjun laut. Aku kena jaga dia. rasa nak campak je dia.

Dan juga dari pemerhatian saya di Amerika tu, ketika penubuhan kelab UMNO Connecticut, perjuangan ZB adalah bersifat peribadi . Malah ketika ZB mahu kembali ke Malaysia, satu ayat yang saya tidak akan lupa adalah....SAYA TELAH MENCAPAI MATLAMAT PERJUANGAN SAYA. Dan mentor ZB adalah PAK LAH (Datuk Abdullah Badawi).

Jika inginkan lebih kepastian, saudara bolehlah berhubungan dengan bekas-bekas penuntut University of Hartford yang seiringan dengan saya (89-92) terutama yang kaki mancing.

Sekian..

HIDUP PERJUANGAN YANG BERSIH DAN AMANAH DEMI UNTUK UGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Pejuang reformasi yang jauh.

Afrika Barat