ULASAN POLITIK SEMASA
Perkembangan politik terbaru (perletakan jawatan KPN & pembentukan Kabinet baru) bukan bermakna Perjuangan Gerakan reformasi sudah berjaya. Malah, Mahathir sebenarnya cuba "membeli" rakyat setelah beliau berjaya membeli masa selama 3, 4 bulan baru-baru ini.
Jika anda menentang Mahathir (dan sistem yang korup di belakangnya), sebenarnya perkembangan politik terbaru ini tidak menguntungkan Perjuangan reformasi kita. Sebaliknya, ia sebenarnya mengukuhkan lagi Mahathir. Tengok senarai ahli-ahli kabinet baru - semuanya "orang kanan atau orang
kepercayaan Mahathir". Siapa Pak Lah? Itu juga orang Mahathir. Pak Lah akan dikelilingi oleh orang-orang seperti Aziz Shamsuddin & kroni2 Daim. Ertinya, Pak Lah = Mahathir. Sebab itu, Pak Lah pegang dua jawatan MAHAPENTING iaitu TPM dan Menteri Dalam Negeri diserahkan kepada Pak Lah.
Sdr2,
Sejak berkrisis dengan Musa Hitam, inilah kali pertama Mahathir memberikan kepercayaan kepada "orang lain" untuk menjawat Menteri Dalam Negeri. Ini menunjukkan Pak Lah memang orang paling kanan Mahathir sekarang. Dengan itu, Mahathir juga cuba "membeli" hati orang2 Penang - setidak2nya orang Kepala Batas.
Ingat, Pak lah adalah diantara muka-muka yang terlibat di dalam "menghentam" Anwar semenjak Anwar dipecat meskipun Pak Lah tahu dan mengakui kewujudan fitnah dan konspirasi. Hal ini dinyatakan oleh beliau di dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu. Pak Lah adalah seorang oppurtunis politik.
Kealimannya tidak dapat memadam kezalimannya bersekongkol dengan para konspirator.
Kenapa Afifuddin (yang diketahui rapat dengan Anwar & reformasi) ditendang ke taraf kementerian yang low-profile? Kenapa Nazri Aziz duduk di kerusi Timbalan Menteri Kewangan dan Daim pula Menteri Kewangan? Ini mengesahkan lagi bahawa Mahathir cuba melengah-lengahkan momentum rakyat
yang mahukan reformasi dan akan mengundi pembangkang.
Yang anih, si katak lompat, Ibrahim Ali dilantik menjadi Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri. Ia dilihat sebagai membalas jasa-jasa Ibrahim yang memainkan peranan sebagai orang yang banyak membantu Mahathir menghentam Anwar sejak Anwar dipecat.
BAHAYA! BAHAYA!
Perjuangan kita ialah:
BIJAK POLITIK