SA B A H
Dilema Sabahan Muslim
Assalamu'alaikum wbt.

Berjumpa lagi. Bagi memulakan tulisan ini ada baiknya kita membuka kembali lembaran sejarah kepimpinan Islam dan yang menarik perhatian saya ialah kisah Khalifah Umar Abdul Aziz. Ketokohan dan kewarakan beliau usah dipersoalkan lagi. Beliaulah satu-satunya "permata" dalam pemerintahan Umayyah. Salah satu sifat beliau ialah istiqamah dalam membaca AL-Quran walau waktu sibuk sekalipun. Pada satu malam, selepas sembahyang isyak beliau membaca surah As-Syafaat ayat 22,

Semalaman itu matanya terpaku pada ayat tersebut kerana sebagai pemimpin/pentadbir beliau merasa takut kalau-kalau tergolong dalam kumpulan orang-orang zalim yang akan terhumban dalam neraka. Semalaman beliau menyemak dan merenung segala keputusan dan tindakan yang pernah diambilnya, kalau-kalau ada yang menzalimi atau merugikan orang-orang tertentu.

Begitulah sedikit kisah yang patut menjadi teladan kepada kita terutamanya yang bergelar pemimpin dari sekecil-kecil keluarga, guru tadika hinggalah pemimpin politik.

Sebelum saya berceloteh lebih lanjut, saya mohon maaf kepada Sabahan Muslim sekiranya tulisan ini agak keterlaluan kerana pendedahan beberapa kepincangan kita kepada umum. Tapi ingatlah, jika kita ingin membuat pembaharuan (reformasi) maka kita harus tahu di mana kelemahan dan kita mampu mengakuinya. Merasakan diri kita "perfect" sepanjang masa hanya akan membawa kepada kecelakaan, kehancuran dan kelemahan yang berterusan.

Dalam sejarah percaturan politik Sabah bolehlah dikatakan bahawa yang dilanda krisis perpecahan yang teruk sekali ialah masyarakat Islam Sabah. Malah, yang paling teruk dizalimi oleh pemimpin sendiri (Islam) juga adalah masyarakat Islam Sabah. Perhatikan kini, di manakah kedudukan masyarakat Islam dalam politik Sabah...? Mereka ini bertaburan. Majoriti dalam UMNO, ada dalam PBS, AKAR, Bersekutu malah dalam SAPP (Parti Yeong Teck Lee) pun ada orang Islam yang menempel dan punya kedudukan. Ini tidak masuk parti terdahulu (Pilihan Raya 1994) yang telah berkubur. ADIL (Parti Datuk Harris), Setia, Bersepadu dan banyak lagi calon yang bertanding atas lambang kunci, payung dan lembu...!! Mungkin ini suatu rekod dunia.

Apa yang menimpa kita kini adalah atas perbuatan pemimpin dan kita sendiri. Pemimpin kita kebanyakannya (tidak semua) "katak" yang tak tahu malu. Perjuangan tidak lebih dari memperjuangkan "perut dan bawah perut" (pinjam istilah Mat Sabu). Kita pula terus-menerus tidak berubah, tidak mahu sedar dan terus terlena. Yang kita ingat "SABAH FOR SABAHAN...!!" dan "kitab muktabar kita" 20 PERKARA (Perlindungan Sabah dalam Persekutuan Tanah Melayu).

Melayu itu Semenanjung....!! Bajau tetap Bajau...!! Suluk tetap Suluk...!! Bisaya tetap Bisaya...!! Bajau Kota Belud tetap Bajau Kota Belud...!! Tidak mungkin Melayu dan tidak mungkin jadi UMNO...!!

Baguslah kalau begitu, mungkin sentimen anda itu boleh menolong di kubur nanti. Apa guna sentimen jika tidak mampu berbuat apa-apa...? Apa yang menimpa kita adalah atas kebodohan kita sendiri. Renunglah ayat berikut;

Masih ingatkah "Islamisasi Paksaan" yang dilakukan oleh USNO melalui proksinya (USIA) ketika dahulu. Walaupun niatnya betul tapi caranya ada kepincangan. Hasilnya jangan hairan jika ada yang namanya MOHAMMAD BIN ALI tapi beragama Kristian. Islamisasi USNO tidak disertai "follow-up".  Apa yang diberi hanyalah kalimah Syahada, sedikit duit, songkok, sejadah dan Al-Quran. Itu sahaja. Hasilnya, timbul ketakutan dan membawa kepada kekalahan teruk USNO pada 1976.

Kini keadaan kita bertambah parah. Jelajahlah seluruh Sabah. Perhatikan keadaan masyarakat Islam. Kalau kita punya kesedaran, sesungguhnya keadaan kita amat menyedihkan. Cuba perhatikan beberapa senario berikut;

Mungkin kita sudah sampai kepada tahap yang dikatakan "akan sampai satu zaman di mana tidak tinggal Islam melainkan pada namanya, tidak tinggal Al-Quran melainkan tulisannya" (maksud Hadith). Sudah sampai masanya, kita perlu berubah. Jangan tunggu PBS (Pairin) merubah kita. Ingatlah janji ALlah s.w.t.; Mungkin anda bertanya bagaimana untuk merubah...? Bagaimana untuk melakukan reformasi...? Tentunya diri kita sendiri dan "political will". Kita mungkin boleh berubah, tapi kita kena akui bahawa kita tidak punya "a touch of midas" untuk merubah senario Islam di Sabah. Tabligh juga tidak mampu. Begitu juga ABIM. Masalah terlalu parah.

Kita perlukan kuasa politik. Dengan kuasa politiklah kita boleh menggerakkan kakitangan JAHIENS yang terlena di Wisma Muis dan di daerah-daerah seluruh Sabah. Jangan terkejut kalau ada pegawai JAHEINS yang gagap membaca khutbah dan tersangkut-sangkut membaca Al-Quran. Lebih parah lagi ada yang tidak sembahyang (lapor kawan). So, bagaimana mungkin mereka ini bergerak jika tiada kuasa yang lebih atas (politik) untuk menggerakkan mereka.

Janganlah kita jadi seperti sesetengah pemimpin Islam dalam PBS yang suatu ketika dahulu pernah berkata (saya petik dari buku PBS);

Amat menyedihkan....!! Sekali imbas apa yang bayangkan daripada kenyataan itu...? Tentunya fahaman sekular. Memang biasa, pemimpin Islam dalam PBS sering berkata, "politik dan agama tidak boleh dicampur aduk. Politics is politics...!!" Inilah hujah mereka untuk menjustifikasi tindakan mereka. Tapi marah kalau dikata sekular apatah lagi kalau disamakan dengan Kamal Terkutuk**, kepala bapa sekular Turki. Tentunya anda tidak mahu digelar pengikutnya.

Ingatlah Islam itu "way of life". Politik adalah sebahagian daripada cara hidup. Malah, takrif politik merangkumi mengurus, mentadbir dan melaksana. Sepatutnya ianya juga mampu memperjuangkan agama. Politician juga mampu mencorak minda masyarakat. Inilah kekuatannya. Yakinlah bahawa permasalan yang kita hadapi kini dapat diselesaikan dengan baik andainya agenda politik kita punya wawasan agama. Janganlah berbangga dengan teori barat yang kita pelajari. Ingatlah isme ciptaan manusia boleh berubah mengikut masa, tempat dan keadaan sedangkan kebaikan menurut Islam adalah hakiki dan abadi. Ingatlah janji ALlah s.w.t. yang bermaksud;

Apa yang saya jelaskan adalah berdasarkan sedikit pengalaman setelah hidup lebih 20 tahun di bumi ini. Pengalaman menjelajah Malaysia (kecuali Perlis & Kedah) apatah lagi Sabah (kecuali daerah Pedalaman) sedikit sebanyak memberi pengajaran. Saya yakin pada sesuatu masyarakat dan tempat itu terdapat contoh yang boleh dijadikan pengajaran.

Kepada rakan Sabahan Muslim (terutamanya pejuang politik) ada baiknya dalam bulan mulia ini saya dan kita semua muhasabah diri untuk menilai semula kedudukan kita. Fikirkan apa yang boleh kita lakukan untuk merubah keadaan. Paling tidak dalam keluarga terdekat kita. Itu lebih baik daripada diam membisu. Yang baik daripada ALlah s.w.t. dan yang buruk daripada kelemahan saya sendiri.

Bersama membangun Sabah dan Sabahan.

Wassalam.

SultanSulu
SultanSulu@trust-me.com
Ahli UMNO.
30/11/1998