Untuk Renungan
ANNA LAKA HADZA
Didalam masa pemerintahan Umar AlKhathab , Abu hurairah sahabat yg
terkenal telah diangkat menjadi pemungut zakat, setelah selesai kerja
pemungutan beliau kembali ke Madinah dan setelah selesai memasukkan
harta-harta kebaitulmal, ditanganya ada satu barang yang tidak
diserahkannya. Khalifah bertanya ANNA LAKA HADZA (Ini dari mana kau
dapat)? Jawab Abu Hurairah: Barang tersebut adalah hadiah salah
seorang pembayar zakat untuk dirinya sendiri. Dengan tegas Khalifah
memerintahkan barang tersebut duserahkannya, kerana kalau bukan dia
diutus untuk memungut zakat, tidaklah ada suatu sebab baginya menerima
hadiah itu.
Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, Menteri baitulmal telah
menghadiahkan sebuah kalung emas kepada puteri khalifah kerana merasa
hadiah tersebut adalah patut, sebab khalifah terlalu keras menjaga,
sehingga tidak ada pungutan untuk diri sediri dan keluarga. Setelah
telihat kalung tersebut dilher puterinya khalifah terus menyoal " Anna
laki hadza?" puteri beliau menjawab bahawa itu adalah hadiah dari
menteri baitulmal yang layak diterimanya. Dengan tegas Khalifah
menyuruh puterinnya menanggalkan kalung tersebut sebab harta tersebut
adalah kepunyaan negara dan dibacanya ayat 161 surah Ali Imran yng
bermaksud " Tidak ada seorang nabi pun yang berlaku curang. Dan barang
siapa yang berlaku curang, maka akan datanglah dia dengan barang yang
dicuranginya itu pada hari Qiamat. Kemudian akan dibayar penuh untuk
tiap-tiap diri apa yang telah diusahakanya. Sedang mereka tidaklah
akan dianiaya." Serta berkata: " Takutlah wahai anakku yang tercinta,
bahwa engkau kelak akan didatangkan kemahkamah Tuhan dengan barang
yang kau curangi ini dan akan diselidiki dengan saksama"
Lantas kalung tersebut dikembalikan ke baitulmal.
Kata-kata "ANNA LAKA HADZA" menjadi selogan dalam pemerintahan Islam
dizaman para sahabat untuk mengadakan pemeriksaan kekayaan
pembesar-pembesar negara.
Tetapi sekarang bila persoalan timbul mengapa anak-anak PM dapat itu
dan ini jawapan ayahanda nya ialah " Tidak adillah sebab beliau anak
PM beliau tidak dapat peluang seperti orang lain".
Soalanya: Adakah jika Mirzan, Mukhriz, Mokhzani dan Marina tidak anak
PM dapatkah peluang mereka menjadi pemegang saham dan jawatan pengarah
dalam lebih dari 218 syarikat, begitu jugak dgn anak2 & menantu serta
kroni-kroni yang lain dan semua ini dilakukan secara terang-terang
yaitu di istiharkan, disenaraikan dimana-mana dan pemimpin negara
membenarkan rompakan disiang hari didepan jutaan rakyat. Rakyat telah
ditipu banyak kali, tidakkah patut kekayaan negara diagihkan kepada
rakyat yang memerlukan dan layak mengikut garis pandu yang adil bukan
mengikut kroni mana mereka itu.
InsyaAllah, jika Hukum Islam di terlaksana….slogan Anna laka hadza akan digunakan
untuk memeriksa harta-harta pemimpin, anak-anak, kroni-kroni yang
lepas…dengan slogan tersebut mereka yang memperolehi harta dengan cara
curang akan dicari hingga kelubang cacing dan harta mereka akan
dikembalikan kepada NEGARA dan dengan cara ini tabung negara akan
bertambah dengan banyak tak perlu lagi tebuk tabung anak-anak seperti
KWSP, Tabung Haji, Petronas , Khazanah..dsb. Kita akan cari harta
milik rakyat tersebut walau dimana saja mereka simpan hatta jika
mereka simpan diplanet lain.
Oleh itu jangan cari alasan lagi, sokonglah yang mencintai Islam dan hancurkan
kemungkaran.