TERJEMAHAN PENGAKUAN BERSUMPAH DR. MUNAWAR AHMAD ANEES - BHG 3

 

101. Keempat penyoal-siasat yang asal kemudian mengulangi rekaan "cerita" Parvez kepada saya dan memaksa saya mengulangkannya kembali kepada mereka, berkali-kali, dan sentiasa mengingatkan saya yang tanggapan saya selama ini adalah salah, bahawa saya telah lupa dan bahawa mereka sedang memulihkan saya dan untuk mengingatkan saya, menekankan bahawa orang-orang yang mempunyai hubungan homoseks tidak berkemampuan untuk berhenti.

102. Pada satu ketika di dalam leteran dan cadangan mereka bahawa saya seorang homoseks, saya menanya mereka samada mereka tahu biologi dan mencadangkan bahawa pemeriksaan perubatan boleh dilakukan untuk membuktikan hubungan homoseks. Mereka tidak mengendahkannya langsung dan untuk satu jangkamasa yang lama mereka memaksa saya bercakap mengenai organ seks lelaki dan perempuan. Mereka mahukan grafik dan memaksa saya melukiskannya, berulangkali. Mereka bercakap tanpa henti mengenai seks dubur, memberitahu saya maklumat biologi yang cukup lengkap mengenai saiz dan bentuk kemaluan lelaki dalam hubungan dengan dubur lelaki.

103. Mereka menukar topik, mengikut suka mereka, di antara cerita seks bergrafik dan sensasi dengan ugutan terhadap saya dan masa depan keluarga saya, di antara kebaikan Malaysia dengan Anwar yang menjadi ancaman kepada negara, di antara pemanjangan tempoh tahanan untuk saya dengan janji yang tidur saya tidak akan diganggu, di antara menjadi tidak berduit dan melarat dengan masa depan keemasan di Malaysia baru tanpa Anwar, di antara penduduk Pakistan yang nafsu seks mereka ditindas dengan seks bebas di universiti di Amerika yang mereka telah baca daripada majalah-majalah.

104. Mereka mahukan maklumat terperinci mengenai aktiviti-aktiviti seks di universiti di Amerika dan apabila saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan, mereka tidak mahu menerima "tiada" sebagai jawapan. Mereka mendakwa yang mereka tahu semua perkara mengenai universiti di Amerika, bahawa perempuan di sana tidak membuat apa-apa kecuali "bersetubuh" sepanjang hari dan malam, bahawa seks adalah murah, senang didapati dan percuma. Mereka menekankan, berkali-kali, yang saya mempuyai kehidupan seks bebas di sana. Mereka mencadangkan, secara bergilir, berapa kali saya membuat hubungan seks dalam sehari. Seorang daripada mereka mencadangkan dua kali sehari, kemudian seorang lagi akan menambahnya kepada tiga, pegawai yang ketiga pula mencadangkan lima kali. Akhirnya mereka bersetuju di antara 5 hingga 6 kali sehari dan sentiasa mengulangi nombor tersebut, menyuruh saya memberitahu mereka, memberitahu mereka lagi, untuk bersetuju, untuk bersetuju sehingga di dalam keadaan terdesak saya menganggukkan kepala saya walaupun perkera seperti ini tidak pernah berlaku. Serta merta ini meredakan soalan-soalan dan komen mereka, "Tengok, apa yang telah kami katakan kepada awak. Ianya memang ada di dalam diri kamu. Tanggapan kamu adalah salah. Kami sedang menolong kamu". Sebatang rokok daripada pek hitam sentiasa diberikan kepada saya sebagai hadiah bilamana saya menyerah kalah kepada mereka.

105. Kemudian mereka mulakannya kembali. Sekali lagi dengan stail yang sama. Kali ini mereka meminta butiran maklumat mengenai seks oral (mulut) di universiti-universiti Amerika. Mereka akan menggambarkannya dan mengharap saya mengiyakannya. Mereka menyuruh saya memberikan nama-nama. Saya tidak mempunyai satu pun dan mereka tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan yang saya mesti memberikan nama-nama. Saya memberikan nama rekaan "Joe", dan sekali lagi dengan serta merta tetapi sekejap meredakan keadaan. Kemudian mereka mahukan lebih banyak butiran mengenai "Joe" dan saya terpaksa merekanya. Apabila saya memberikannya, mereka memberi saya sebatang rokok sebagai hadiah. Rokok-rokok tersebut sentiasa mengandungi rasa yang pelik.

106. Setelah beberapa lama "Joe" direka, mereka berhenti dan selepas menutup mata saya dan menggari saya, mereka hantar saya kembali ke bilik kurungan. Kata-kata perpisahan mereka kepada saya ialah Anwar membawa saya ke Malaysia untuk "meliwat" dia, bahawa saya sepatutnya memikirkan mengenai perkara itu, bahawa mereka akan berjumpa saya lagi. Mereka menjerit "Fuck Anwar" dan menghantar saya pergi.

107. Pada masa sekarang saya tidak mempunyai sebarang idea mengenai hari apa ataupun tarikhnya. Saya tidak mempunyai sebarang idea mengenai masa. Kali terakhir saya melihat cahaya matahari atau langit adalah semasa saya dibawa pulang dari Hospital Besar Kuala Lumpur. Kiraan waktu saya diaturkan melaui ketukan di pintu bilik kurungan saya, waktu mandi saya yang tergopoh-gapah, sedikit sarapan pagi yang diberikan kepada saya, perjalanan menaiki 50 anak tangga yang menghantui saya dan masa panjang yang amat membosankan dengan penyoal-siasat saya.

108. Pembahagian saya mengenai hari di dalam perakuan sumpah saya ini ditakrifkan dengan berapa kali "sarapan pagi" yang dihidangkan kepada saya.

109. Tidak dapat tidur di atas pangkin kayu yang kecil di bilik kurungan saya.

110. Tradisi mandi dengan tergesa-gesa, ditambah dengan pembulian dan layanan kasar, teh dan sepotong roti yang berjuntai dihantar ke bilik kurungan saya sebaik saja saya kembali.

111. Kemudian terdapat ketukan yang sama di pintu, panggilan nombor '26', penutupan mata, penggarian dan pendakian panjang ke bilik soal-siasat.

112. Kali ini terdapat seorang penyoal-siasat Cina di dalam bilik tersebut. Dia berseorangan dan memulakan soal-siasat sebelum yang lain datang dengan sekali lagi menulis butiran diri saya dan kemudian menyoal saya tentang Journal yang saya sedang suntingkan.

113. Sebentar kemudian, penyoal-siasat yang kedua masuk dan memotong penyoalan dengan bersyarah kepada saya mengenai budaya, ideologi dan agama. Dia memberitahu saya yang beliau sedang mengajar saya. Apabila dia letih, pegawai Cina tadi mengambil-alih dan kembali kepada Journal. Mereka menukar topik di antara Jornal, syarahan, fungsi saya kepada Malaysia, keperluan keluarga saya, kedudukan saya dan pembatalan arahan penahanan saya.

114. Kedua penyoal-siasat yang lain datang kemudian dan mengambil tempat mereka. Mereka terus memberikan amaran kepada saya sebaik keempat-empat mereka berada di situ bahawa saya membuang masa mereka dan saya mesti cepat melakukannya, untuk terus bergerak, bahawa pegawai kanan mereka sedang menunggu keputusan. Mereka berulangkali memberi amaran kepada saya yang arahan penahanan saya di bawah ISA telah disediakan.

115. Mereka meminta tarikh dan masa berlakunya hubungan seks. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan. Mereka menjadi marah, membuli dan mengugut. Mereka bercakap balik mengenai seks di Amerika dan meminta nama-nama lagi.

 

116. Saya mereka seorang "Andre". Sekali lagi terdapat keredaan sementara di dalam sessi soal-siasat, sekali lagi penyataan mengenai tanggapan saya yang salah, yang saya telah lupa, bahawa mereka sedang mengingatkan saya dan membetulkannya, dan sekali lagi amaran jika saya memberikan tumpuan, corak tersebut akan timbul, bahawa saya mesti mempunyai kemahuan terhadap hubungan homoseks. Mereka mengangguk bersetuju, senyum, memberikan saya sebatang rokok, mendakwa yang mereka tahu mengenai rekaan "Andre" ini dan berkata yang mereka telah diberitahu mengenai "Andre" oleh agen-agen Amerika sebelumnya di Kuala Lumpur.

117. "Andre" adalah seseorang yang saya reka pagi itu di dalam keadaan yang amat terdesak.

118. Perkara ini berlanjutan begitu lama.

119. Kadang-kadang semasa sessi soal-siasat, mereka bawakan kepada saya bungkusan nasi dan ikan goreng dengan rasa pelik yang sama yang telah pun diberikan kepada saya dulu. Kesemua makanan nasi yang diberikan kepada saya tidak menyelerakan dan membuat saya tidak selesa dan "loya". Saya makan apa yang saya boleh makan daripada bungkusan tersebut tetapi soal-jawab tersebut diteruskan sekalipun pada ketika itu.

120. Mereka kemudian memperkenalkan sessi senario hubungan seks sebelumnya ke dalam soal-siasat dan mula menekan saya untuk maklumat terperinci. Apabila saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan, mereka menyuruh saya memikirkan mengenainya sementara mereka menunggu pegawai kanan mereka kembali. Buat sementara waktu mereka bercakap mengenai cerita-cerita lain dan gambaran mengenai seks oral (mulut).

 

121. Kemudian mereka kembali semula kepada corak soal-siasat yang lalu tetapi mula menumpukan lebih perhatian tentang Anwar. Mereka mengingatkan saya berulangkali bahawa Anwar seorang homoseks, bahawa saya telah "fuck" Anwar, bahawa mereka mempunyai bukti mengenainya. Mereka membuka sebuah beg, mengambil keluar beberapa keping gambar dan melemparkannya di atas meja. Ianya adalah foto gambar biasa yang normal. Dua keping gambar saya, satu gambar saya seorang dan satu bersama seorang yang dikenali sebagai Khalid Jaffar (Jeffri). Terdapat satu lagi gambar seorang yang mereka katakan "Mior". Saya tidak kenal "Mior" tersebut.

122. Saya ingat yang dua orang penyoal-siasat keluar pada satu ketika dan kemudian kembali dengan membawa beberapa kertas kerja tulisan saya yang diambil daripada rumah saya. Seorang daripada mereka terus membuat ugutan yang apabila dia masuk saya sedang bermuslihat dengan mereka. Dia mendakwa yang dia telah mencuba untuk mencetak beberapa material daripada sebuah disk yang telah diambil daripada rumah saya tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana saya telah menyorok material tersebut. Saya menafikannya, saya memberitahunya yang kemungkinan dia tidak dapat membaca fail tersebut. Dia memberi amaraan yang arahan penahan masih menanti.

123. Tiba-tiba seorang daripada mereka berempat menjerit kepada saya supaya berdiri. Saya menurutinya. Keempat-empat mereka datang dari sebalik meja dan mengerumuni saya dengan cara yang sungguh agresif seperti mereka hendak memukul saya. Seorang daripada mereka mengahadap saya muka ke muka. Mereka semua menjerit kepada saya, di telinga saya, dengan kuat, berulang-ulangkali, bahawa saya telah "fuck" Anwar, "fuck" Anwar, "fuck", "fuck", Anwar, Anwar. Mereka menjerit, menjerit dan menjerit, di telinga saya, di muka saya, kepada saya, berulang-ulangkali, menyuruh saya berulangkali supaya berkata "ya" sehingga saya menyerah kalah dan tidak tahan mengatakan ya, ya. Mereka berhenti menjerit. Itulah yang mereka hendak dengar. Mereka tidak berminat bahawa itu adalah tidak benar.

124. Mereka memberikan saya sebatang rokok dan membenarkan saya menghisapnya.

125. Soal-siasat diteruskan.

126. Terdapat gangguan yang kerap di antara penyoal-siasat. Mereka sentiasa menukar topik.

127. Bilamana mereka sukakannya, saya dipaksa berbaring di atas lantai dan memperaksikan seks dubur dengan Anwar. Saya disuruh bertukar posisi seolah-olah saya di atas Anwar dan Anwar di atas saya.

128. Semua ini sungguh memalukan, menyedihkan dan menjatuhkan maruah. Ianya telah jatuh ke paras kelucahan dalam kedua-dua aksi dan perkataan mereka. Tetapi mereka tidak pernah berhenti. Mereka memalukan saya, mencemuh saya, ketawakan saya, mendakwa saya mempunyai punggung yang berharga, mengingatkan saya yang tidak ramai orang di dalam dunia ini yang mempunyai keistimewaan untuk "meliwat" dan "diliwat" oleh seorang Timbalan Perdana Menteri.

129. Semua ini adalah penipuan tetapi saya terpaksa mengharunginya, mendengar mereka.

130. Mereka berulangkali menggerudi fikiran saya bahawa tanggapan saya adalah salah, bahawa mereka sedang mengajar saya, memulihkan saya, menunjukkan kepada saya bagaimana saya membantu Malaysia dan keluarga saya, bahawa jalan keluar saya dari tempat itu adalah dengan memberikan apa yang negara mahukan.

131. Mereka kembali semula ke isu seks dan letakkan gambar "Mior" di atas meja. Mereka menanya butiran lelaki tersebut. Saya memberitahu mereka yang saya tidak kenal lelaki ini. Mereka berkata yang saya telah "meliwat" Mior. Saya menafikannya.

132. Mereka kembali kepada Anwar dan seks dubur dan tanggapan saya. Setapak, setapak, dengan bergilir menjerit, menjerkah dan menyoal saya, dengan memujuk dan mengugut, dengan amaran mengenai penahanan dan keluarga saya, mereka menyuruh saya mengulang apa yang mereka katakan berulang-ulangkali, bahawa saya telah melakukan seks di luar tabii dengan Anwar beberapa kali. Mereka memaksa saya mengatakan yang saya menyesal mengenainya semua, bahawa saya malu mengenainya dan menyesal bahawa semua perkara tersebut telah berlaku. Beberapa ketika mereka berhenti untuk memastikan yang maklumat tersebut semuanya telah digerudi masuk ke dalam saya dan kemudian mereka menyambungnya. Mereka memaksa saya mengatakan bahawa saya dipaksa melakukannya kerana saya bimbang pekerjaan saya dan jika saya menolak kemahuan Anwar, pekerjaan saya akan berada di dalam bahaya, bahawa saya akan kehilangan sumber pendapatan yang penting. Mereka memaksa saya mengatakan yang ianya amat menyedihkan saya bahawa perangai seperti ini datang daripada seseorang yang mendakwa dirinya muslim yang warak dan bahawa dia telah menipu ramai umat Islam di negara ini dan juga seluruh dunia umat Islam yang telah menganggapnya sebagai seorang pemimpin yang bersemangat. Mereka memaksa saya mengatakan bahawa setiap kali saya melakukan aksi ini, ianya adalah satu pengalaman yang menjijikkan kepada saya. Semua ini adalah penipuan yang direka oleh pegawai-pegawai ISA.

 

133. Mereka mahu menetapkan butiran maklumat dan menyuruh saya memilih satu bulan. Saya tidak boleh kerana memang tidak pernah berlaku sebarang hubungan homoseks di antara saya dan Anwar. Saya tidak boleh memilih apa-apa. Mereka berkata yang mereka akan menolong dan mula meneliti pekerjaan saya di Malaysia. Mereka meneliti butiran maklumat; bahawa pertama kali saya berjumpa Anwar pada tahun 1984; bahawa pertama kali saya datang ke Malaysia pada tahun 1986; bahawa saya hanya datang melawat pada tahun 1986, 1987 dan 1988; Bahawa saya mula tinggal di Malaysia pada tahun 1988. Para penyoal-siasat saya menghadapi kesusahan untuk menetapkan tarikh. Penyoal-siasat saya akhirnya menetapkan pada bulan Mac 1993 kerana di dalam soal-siasat mereka, mereka merasakan selepas tahun 1993, aktiviti penulisan ucapan saya untuk Anwar telah amat berkurangan. Ini adalah kerana Anwar telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan penekanannya adalah lebih terhadap kewangan dan saya tidak dapat membantu. Kadang-kadang apabila ucapan intelektual hendak dibuat, satu draf akan diberikan kepada saya dan saya akan menyuntingnya.

134. Mereka tahu daripada hasil soal-siasat mereka bahawa pada tahun 1993, saya tinggal di Bukit Damansara dengan isteri dan anak-anak saya.

135. Jadi, mereka memilih bulan tersebut - ianya adalah Mac 1993. Saya banyak berjalan pada waktu itu dan berharap pada diri saya sendiri yang saya berada di luar negara dalam bulan Mac 1993 - Saya mungkin berada di New Delhi, atau Casablanca atau di Qatar untuk menghadiri konferens atau pulang ke rumah saya di Amerika. Saya tidak memberitahu mereka mengenai perkara ini.

136. Mereka menentukan untuk tujuan versi rekaan bahawa Anwar memanggil saya datang untuk berbual-bual, bahawa pada ketika itu ianya lebih kurang seminggu atau 10 hari selepas beliau dilantik menjadi TPM, bahawa saya pergi ke sana, bahawa ini adalah hubungan terakhir saya dengannya.

137. Kemudian saya dikehendaki tanpa henti-henti mengulang segala butiran yang telah mereka tentukan sehingga ianya digerudi masuk ke dalam saya.

138. Dan ianya berjalan secara berterusan sehingga mereka habis mereka-cipta keseluruhan cerita. Tidak ada rehat langsung untuk saya, tidak ada sebarang keredaan di dalam soal-siasat mereka yang tekun.

139. Apabila mereka akhirnya berpuas-hati dengan pengulangan saya mengenai butiran maklumat, mereka menukar kembali topik yang pihak berkuasa yang lebih tinggi telah dimaklumkan mengenai saya, bahawa mereka gembira dengan kerjasama dan prestasi yang telah saya berikan. Mereka menawarkan saya sebatang rokok dan kemudian meninggalkan saya seorang diri di dalam bilik sekejap.

140. Sebentar kemudian seorang pegawai lain masuk. Inilah orangnya yang kemudiannya membawa saya berjumpa dengan majistret untuk merakamkan kenyataan daripada saya. Dia kelihatan begitu garang ketika dia berjalan masuk. Dia menjerit kepada saya menyuruh saya berdiri. Saya menurutinya. Dia datang dan berdiri di hadapan saya. Dia berkata yang mereka sedang membatalkan kad pengenalan saya, bahawa usaha sedang dijalankan untuk menghantar saya ke pusat tahanan dan saya kemudiannya akan dihalau keluar negara. Dia memberitahu yang kerakyatan Amerika saya berada di dalam keadaan yang amat merbahaya dan bahawa agen-agen Amerika di Malaysia yang menyiasat telah membuat keputusan untuk memansuhkannya. Keluarga saya telah diberitahu supaya mengemas barang-barang. Beliau memberi amaran yang saya sudah tidak ada apa-apa melainkan saya bersetuju untuk berkhidmat kepada negara, bahawa saya hanya mempunyai satu pilihan dan ianya adalah dengan bekerjasama dengan mereka. Beliau kemudian memulakan satu ucapan penuh emosi tentang cintakan Malaysia, mengenai pengorbanan, mengenai perjuangan dan mengorbankan nyawa seseorang demi pertahanan Malaysia, mengenai mempertahankan Malaysia, mengenai masuk penjara demi Malaysia. Dia menjerit ke arah saya samada saya bersedia untuk melakukan semua itu. Dia menjerit "jawab, jawab, jawab". Saya amat terkejut dan apa yang saya boleh katakan ialah "ya, ya, ya". Dia menghentakkan kakinya di atas lantai, mengangkat tangannya ke udara dan melaungkan "Hidup Malaysia", kemudian berpusing dan berjalan keluar .

141. Saya berdiri terpacak di atas lantai dan masih lagi berdiri apabila keempat-empat penyoal-siasat berjalan masuk kembali. Mereka menyuruh saya duduk dan memberitahu saya yang saya telah melakukan kerja dengan bagus. Mereka menawarkan saya sebatang rokok dan memberitahu saya bahawa ianya cuma 4 hingga 5 bulan dan saya tidak perlu merisaunya. Mereka berkata bahawa itulah hukuman yang akan saya terima. Saya membantah tetapi mereka berkata yang saya tidak perlu risau. Mereka menawarkan saya sebatang lagi rokok dan ketawa dan berkata yang saya mempunyai "pelir" yang hebat.

142. Pegawai sebelumnya berjalan masuk sekali lagi. Dia menyuruh saya berdiri lagi dan memberitahu saya yang beliau telah bercakap dengan pegawai kanannya dan segalanya mesti dilakukan pada hari itu juga, malam itu juga. Dia menunggu pegawai-pegawai kanannya untuk tiba. Beliau meninggalkan bilik dalam keadaan yang sama, menghentakkan kakinya di atas lantai, mengangkat tangan dan melaungkan "Hidup Malaysia".

143. Sebentar kemudian dia datang kembali dan bercakap secara sulit dengan keempat-empat penyoal-siasat. Dua daripada mereka kemudiannya meninggalkan bilik. Pada ketika itu, empat pegawai baru berjalan masuk. Saya tidak pernah melihat mereka sebelum ini. Kesemua mereka yang berada di dalam bilik menabik keempat-empat pegawai baru tersebut. Tiga daripada pegawai-pegawai yang baru masuk duduk di kerusi-kerusi yang pada asalnya diduduki oleh keempat-empat penyoal-siasat yang lalu. Seorang daripada mereka berdiri dekat dengan pintu. Pegawai "Hidup Malaysia" juga masih berdiri. Baki dua orang penyoal-siasat asal meninggalkan bilik, menutup pintu di belakang mereka. Pegawai-pegawai lain memanggil lelaki yang duduk di tengah sebagai "Dato".

144. "Dato" ini pada mulanya bercakap di dalam intonasi suara yang hambar. Dia bermula dengan memberitahu saya bahawa mereka hendakkan Anwar dan mereka mahukannya. Beliau mengatakan yang Anwar telah melakukan kerosakan yang teruk kepada negara dan bahawa saya boleh menolong mereka dengan banyak dengan bersetuju untuk mengaku mempunyai hubungan homoseks dengan Anwar. Beliau menambah bahawa ini adalah satu khidmat kepada negara dan merupakan satu pengorbanan yang mana saya akan diberi hadiah yang lumayan, bahawa semua masalah saya akan diselesaikan, bahawa saya akan diberikan kerakyatan Malaysia, bahawa saya akan diberikan pekerjaan yang lumayan dan lebih penting lagi bahawa saya akan menjadi orang yang merdeka dan bahawa keluarga saya akan kukuh bersama. Beliau meyakinkan saya bahawa mereka akan berhubung dengan agen-agen Amerika untuk menyelesaikan kerakyatan Amerika saya dengan sempurna. Beliau mengatakan yang pegawai-pegawainya telah memberitahunya yang saya telah bersetuju untuk mati demi negara tetapi dia tidak ada niat untuk menghukum saya kerana saya adalah seorang mangsa nafsu Anwar dan apalah 4 hingga 5 bulan penjara dibandingkan dengan kematian. Beliau menggulung dengan memberitahu saya bahawa dengan menolong mereka menangkap Anwar, saya menolong negara untuk menghapuskan seorang pembelot dan mereka hendakkan Anwar, bukannya saya.

145. Orang di sebelah kiri Dato kemudian mengambil-alih. Beliau berkata bahawa mereka akan mengatur saya untuk membuat kenyataan mengenai hubungan homoseks dengan Anwar dan semuanya akan menjadi baik selepas itu. Dia berkata bahawa mereka akan mengatur semua ini dengan halus, bahawa pegawai-pegawai mereka akan memberikan maklumat lanjut tentang bahasa tetapi mereka tidak boleh masuk campur jika tidak Anwar dan orang-orangnya akan menuduh pihak polis. Dia tidak mengatakan apa-apa mengenai prosidur mahkamah, mengenai hukuman atau penjara walaupun beliau sentiasa meyakinkan saya untuk mempercayai mereka dan percayakan yang mereka akan menjaga saya dan keperluan keluarga saya. Mereka memujuk saya dengan mengatakan yang isteri saya boleh memanggil mereka untuk bantuan setiap masa dan keselamatan saya dan keluarga saya adalah tanggung-jawab utama mereka.

146. Saya menjadi kebas disebabkan rasa takut dan risau.

147. Apabila beliau habis, ketiga-tiga pegawai yang duduk terus berdiri. Pegawai-pegawai rendah menabik beliau dan kesemua mereka melaungkan "Hidup Malaysia" dan kesemua mereka meninggalkan bilik.

148. Sekarang sudah semestinya lewat malam. Saya ditinggalkan bersendirian untuk beberapa minit. Kemudian keempat-empat penyoal-siasat berjalan masuk. Seorang datang kepada saya dan menampar belakang saya dan berkata yang saya telah lakukan kerja yang bagus dan bahawa mereka sekarang boleh "fuck" Anwar Ibrahim.

149. Seorang dari keempat-empat penyoal-siasat meninggalkan bilik. Sebentar kemudian dia kembali dengan seorang pegawai "kanan". Pegawai kanan tersebut memberitahu saya bahawa beliau sangat gembira dengan saya dan bahawa kad pengenalan saya tidak akan dibatalkan. Dia menambah yang beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan pegawai kanannya dan akan memberitahu saya semula tetapi buat sementara waktu saya patut memikirkan mengenainya dan patut berehat.

150. Saya kemudiannya ditutup mata dan digari dan dibawa turun 50 anak tangga dan dikembalikan ke bilik kurungan saya.

 

Bersambung......

 

BHG 2 BHG 4

Sumber Asal : https://members.tripod.com/~bantahan/anees2.htm

Terjemahan Keris Tamingsari