MEMFOKUSKAN PERANAN KITA (Bhg I)


Anak-anak reformis yang dikasihi

Ibu bersyukur kerana masih diberi kelapangan untuk bertemu dengan anak-anak sekelian. Ibu bersyukur kerana segala rintitan peristiwa kini mempunyai hikmah yang amat besar ! : iakni terbangkitnya arus anak-anak menentang kefasikan dan kejahatan dalam barisan pemerintah. Rupa-rupanya sekian lama mereka yang jahil ini telah menyalah gunakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka lalu bersenggama di dalam kemaksiatan. Usaha sdr Anwar untuk membaiki UMNO dari dalam amat kita sanjungi (sedarlah kita sekarang betapa payahnya tapi mulianya perjuangannya selama ini). Namun ternyata sekarang sdr Anwar tidak dapat bergerak sendirian. Beliau perlukan bantuan kita dari luar. Nampaknya kesungguhan anak-anak dari segenap lapisan menghulur bantuan sangat memberansangkan.

Sungguh hati Ibu bagai dihiris sembilu terbacakan afidavit Dr Munawar yang ternyata disiksa kejam oleh kumpulan binatang- binatang SB itu atas arahan Mahathir. Ibu juga amat terkejut melihat arahan Hakim Paul yang tiba-tiba mengeluarkan arahan tangkap ke atas peguam Zainur dan Manjeet tanpa didengar perbahasan mereka dahulu! Ternyata musuh-musuh kita begitu dayus. Mereka tidak lagi mengenal apa erti undang-undang atau sifat perikemanusiaan. Ayuh anak-anak semua, Ibu sarankan kita kuatkan lagi tekad untuk menentang Mahathir mahazalim itu. Sebarkan rencana-rencana kita.

Di dalam tulisan-tulisan Ibu yang lepas-lepas, Ibu telah bayangkan 6 rencana kita (pantang larang bagi Mahathir) agar kita mempunyai arah tindakan. Sekarang ini kita akan beralih pula pada memfokus kepada aktiviti kita satu persatu. Di dalam perkara 1 pantang Mahathir  (iakni kita perlu pastikan sdr Anwar menang dalam Mahkamah), terdapat 2 Fokus untuk kita tumpukan:-

Fokus 1 -  Mendedahkan kepincangan mahkamah dalam perbicaraan terhadap sdr Anwar.

Ibu gembira terdapat ramai anak-anak yang telah berpenat-lelah mendedahkan kepincangan mahkamah dalam perbicaraan kes sdr Anwar. Ramai yang menulis dengan berbagai gaya emosi dan penekanan. Sumbangan-sumbangan tulisan amat membuka mata serta memberansangkan. Teruskan, kerana inilah peranan anak-anak membantu dari luar terhadap menghancurkan mahkamah Mahathir. Mereka yang belum mencebur diri lagi tapi ingin turut berkongsi pandangan dipersilakan. Mesej yang berbagai bentuk dan gaya ini perlu diteruskan untuk tatapan rakyat yang terdiri dari berbagai latar belakang.

Cuma Ibu berpesan agar segala fakta dalam sumbangan-sumbangan yang baik ini dapat disatukan kembali dalam bentuk senarai/list "Fakta-fakta Kepincangan" yang disusun/disalin semula oleh sekumpulan anak-anak yang pakar (wartawan atau guaman) mengikut kronologi lengkap kejadian dari mula sehingga terkini. Susunkan semula kepada berbentuk fakta (tanpa emosi), simple, mudah difahami serta berkesan untuk menyuarakan seribu persoalan dan kesangsian terhadap bagaimana kes sdr Anwar sedang dikendalikan. Mungkin Ibu boleh cadangkan mirip bentuk senarai tulisan "10 Kelemahan" (tulisan oleh Reformist) baru-baru ini, atau "Luar Biasa" (tulisan oleh Pratchai) satu ketika dulu, atau anak-anak yang pakar ini pastinya boleh membentuknya sendiri atau menilai bentuk-bentuk tulisan penyumbang-penyumbang yang lain yang nyata semuanya bermutu.

Senarai "Fakta-fakta Kepincangan" ini seharusnya sentiasa hidup, iakni sentiasa ditambah apabila sahaja mendapat pendedahan fakta baru yang mungkin baru disumbangkan oleh para penulis kita. Ibu yakin kita tidak akan keputusan sumbangan dari seluruh rakyat tanah air, insyaAllah. Senarai akan menjadi semakin panjang setiap kali fakta dari tulisan baru disumbangkan. Ibu yakin ini akan meransangkan lagi sumbangan dan keperihatinan anak-anak semua, lalu tambah mempereratkan hubungan anak-anak selaku penulis- penulis reformis. Senarai ini juga seterusnya harus mudah dilawati oleh semua pembaca dan didokong oleh kesemua halaman-halaman web Reformasi. Senarai sebegini bakal menjadi "ensaiklopedia" anak-anak terhadap kepincangan mahkamah perbicaraan sdr Anwar, untuk masa kini dan pada masa-masa akan datang. Ianya juga bentuk paling mudah untuk meyakinkan rakyat dalam tujuan penyebaran kita.

Mengapa kita harus lakukan begini?

Biar Ibu terangkan bahawa suatu sifat semulajadi manusia adalah sifat "lupa". Dari situlah ungkapan Inggeris "forgive and forget" didatangkan i.e. "maafkan dan lupakan". Ibu terangkan di sini bahawa salah satu strategi Mahathir ialah untuk membeli waktu/buy time. Mahathir amat berharap agar kezalimannya tidak diketahui umum, atau jika dapat diketahui sekali pun ianya akan terhakis dek zaman, lalu rakyat semua lupa lalu menerima Mahathir semula. Sebelum tragedi sdr Anwar, misalnya, berapa ramaikah di antara kita yang masih marahkan Mahathir di atas konspirasi pemecatan Tun Salleh Abas dan Hakim-Hakim tertinggi yang lainnya? Berapa ramai pula di antara kita yang telah "lupa" akan kenangan itu lalu "memaafkan" saja tindak-tanduk Mahathir? Padahal ketika berlaku kemelut pembuangan hakim-hakim itu, ramai kita yang amat memarahi campur tangan Mahathir dalam institusi kehakiman.

Begitulah sifat semulajadi kita. Jadinya begitulah harapan Mahathir. Lambat-laun beliau mahu rakyat "melupakan" kezalimannya terhadap sdr Anwar; sebagaimana kita juga telah "melupakan" balu-balu mangsa Memali 1985.

Ibu katakan cukup! Kali ini kezaliman Mahathir tidak akan diberi ruang untuk terus "hilang" dalam kenangan begitu rupa. Kita mahukan kezaliman Mahathir ini terpahat kekal dalam sejarah tanahair, sebagaimana kekejaman Firaun terpahat kekal di dalam Al Quran. Generasi sekarang, dan generasi akan datang  akan terus mengingati dan mengetahui sejarah kediktatoran Mahathir. Mahathir telah diberi peluang oleh sdr Anwar (sebelum beliau ditangkap) untuk tidak meneruskan rancangan jahatnya agar rakyat terus menghormati Mahathir. Namun nyata Mahathir terlalu konfiden dan bongkak dan memilih jalan jahat untuk mengkhianati sdr Anwar dan membohongi rakyat jelata. Begitu sekali ketakburan Mahathir. Begitu sekali beliau mahu membodohkan rakyat lagi. Oleh itu kali ini, kita pastikan Mahathir telah tersalah pilih jalan angkara tindakan bongkaknya itu.

Oleh itu menjadi rancangan kita dalam Fokus 1 ini untuk memahat kepincangan mahkamah terhadap sdr Anwar supaya ianya menjadi bahan sejarah yang tidak akan dilupakan. Bahkan ia sentiasa akan menjadi ensaiklopedia/bahan rujukan kita rakyat Malaysia sampai bila-bila, tidak akan ada "forgive and forget". Tidak akan ada sesuatu pun kepincangan mahkamah ini yang akan kita lupa atau tinggalkan. Senarai Fakta-fakta Kepincangan akan kita gunakan untuk rujukan juga sebaran umum BILA-BILA masa sahaja bagi sentiasa mengingati kejahatan manipulasi Mahathir.

Fokus 2 - Mendedahkan Saksi-saksi Mahathir

Mereka yang terlibat secara lansung di dalam merancang konspirasi jahat Mahathir sebenarnya tidak ramai. Mereka itu (termasuk Mahathir) adalah golongan "tukang rancang". Mereka ini tidak lebih dari 10 orang. Selain mereka ada beberapa individu yang lainnya diberi upah dan ganjaran sebagai golongan "tukang laksana". Mereka mungkin tidak lebih dari 100-200 orang. Selain "tukang rancang" dan "tukang laksana" ada golongan mereka yang mempunyai kepentingan walau tidak diberi upah lansung, mereka menjadi "tukang ampu". Kemungkinan saja golongan "tukang ampu" ini tidak melebihi 1000 orang, namun menjadi harapan Mahathir agar mereka ini boleh diharap untuk mempengaruhi umum menjadi penyokong beliau, dan menjadi penyebar berita-berita fitnah terhadap sdr Anwar. Yang selain itu Mahathir juga menggunakan instrumen kerajaan secara tidak Halal iakni Polis, Hakim, FRU, Penjara untuk menakut-nakutkan rakyat dari bangun bersuara.

Apa peranan kita terhadap tukang-tukang rancang, laksana dan ampu ini? Untuk ini, Ibu berterimakasih kepada Dato Mustapha Mohamad yang memberi idea yang berkesan. Kata Dato Mustapha, "seharusnya 200-300 orang reformasi yang berdemonstrasi baru-baru ini meninggalkan Malaysia dan menjadi warga negara lain". Sungguh biadap mulutmu Dato Mustapha! Walaupun Ibu tiada pernah dapat menyertai demonstrasi aman anak-anak (lantaran keuzuran Ibu), Ibu dapat membezakan siapa yang sebenarnya patriotik dan siapa pula pengkhianat negara. Kita pasti bakal membuat Dato Mustapha menjilat ludahnya sendiri nanti insyaAllah. Tukang ampu sepertinya akan kita halau keluar sahaja apabila Allah berikan kemenangan kepada kita insyaAllah.

Di dalam perbicaraan kes sdr Anwar, jelas saksi-saksi yang dibawa oleh Gani Patail semuanya telah diupah oleh Mahathir untuk berkhianat terhadap sdr Anwar. Berapa jumlah ganjaran yang diberikan (atau mungkin ugutan?) kepada setiap mereka kita tidak ketahui setakat ini. Namun, apa jua alasan mereka untuk melakukan sedemikian, tidak dapat kita terima kerana besarnya kejahatan yang disebarkan. Yang jelasnya mereka ini telah tergolong dalam golongan "tukang laksana" rancangan Mahathir, lalu menjadi tali barut punca penyebar fitnah serta pengkhianat negara. Bagaimana rakyat Malaysia boleh terus "berjiran" dengan orang-orang sebegini? Jika sebaliknya mereka ini sebenarnya telah diugut seperti mana yang telah dilalui oleh Dr Munawar, Sukma, Dato Nalla; maka seharusnya mereka ini bangun membersihkan nama. Sekurang-kurangnya saudara-mara, rakan-rakan yang terdekat sepatutnya tampil kemuka Internet lalu perjelaskan kedudukan mereka. Ini penting demi mengelakkan cemuhan rakyat berlaku terhadap mereka yang tidak berdosa. Rakyat amat bersimpati nasib malang mereka yang diugut dahsyat, dan akan cuba meringankan bebanan keluarga malang itu.

Bagi semua saksi-saksi Mahathir yang telah diupah menjadi "tukang laksana", Ibu cadangkan agar ditubuhkan juga senarai hitam "Saksi-saksi Mahathir" yang lengkap dengan biodata, alamat, perkerjaan, nama-nama ahli keluarga, nama sekolah anak-anak, nombor telefon, serta ungkapan-ungkapan utama mereka dalam memberi kesaksian di dalam kes ini, sebagai contohnya "Saya telah melihat ......" atau "Saya telah diliwat .....". Ingatlah, segala kesaksian mereka sedang direkodkan jua oleh Allah. Ini adalah usaha kecil kita di dunia untuk merekodkannya bagi tujuan maslahah kita. Kelak insyaAllah bila dihancurkan kebathilan nanti dan tertegaknya kebenaran, akan kita sama-sama tuntut kembali segala pembohongan yang telah dilakukan oleh orang-orang ini seperti mana tercatit di dalam senarai hitam ini.

Nampaknya Hakim Paul juga telah mengundang dirinya untuk dimasukkan sekali dalam senarai hitam ini. Untuk tujuan mengumpulkan serta mengemaskini maklumat senarai hitam "Saksi-saksi Mahathir" ini, ramai anak-anak yang boleh membantu. Umpanya anak-anak yang bekerja di Jabatan Pendaftaran boleh menyumbangkan butir-butir peribadi pengkhianat-pengkhianat ini, kakitangan posmen boleh tolong mengesahkan tempat tinggal mereka, pekerja-pekerja Telekom boleh menyumbangkan nombor telefon kediaman/ mobil mereka, guru-guru sekolah boleh memberi nama sekolah anak-anak mereka, anak-anak di JPJ boleh memberitakan kenderaan mereka, dan bermacam-macam lagi. Namun pengamatan perlu diberi terhadap mengesahkan semula segala butiran yang diterima dari umum sebelum dimasukkan ke dalam senarai kita.

Senarai hitam "Saksi-saksi Mahathir" ini perlulah hidup, seperti mana senarai dalam Fokus 1 di atas. Ia juga perlu mudah dilawati oleh mana-mana pengunjung dari semua halaman web Reformasi. Mudah- mudahan saksi-saksi upahan Mahathir ini meskipun diberikan "kemewahan" oleh Mahathir, namun akan hanya hidup minum serasa duri makan serasa lilin, lantaran tidak senang kehidupan mereka. Hidup mereka beserta keluarga mereka akan terus dipulau dan dihina lantaran kesanggupan mereka untuk bersekongkol dengan fitnah Mahathir. Ibu harap keluarga-keluarga ini dapat memahami perasaan rakyat terhadap sebuah penipuan yang maha zalim sebegini. Harus saja mereka lekas-lekas bertaubat.
 

Begitulah nasihat Ibu kali ini. Bak kata orang lama Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Peranan-peranan kita perlu dimainkan bersama-sama demi kepentingan masa depan negara. Kekuatan kita adalah di tangan kita.

Ibu sudahi dengan petikan Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud "Apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah kamu cegah ia dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka cegah ia dengan lisan (tulisan), jika tidak mampu maka cegah ia dengan hati (menanam rasa benci). Bahkan yang dengan hati itulah selemah-lemah iman (iakni tiada iman lagi setelah itu)."

Ikhlas dari
Ibu Zen Abdullah
Selangor