Akhbar Menjual Maruah

Semalam 5 November 1998, saya dengan keluarga telah berjalan-jalan di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu untuk mencari-cari sedikit makanan dan pakaian. Alangkah sakitnya hati apabila terlihat di setiap kedai menjual surat khabar terpampang di muka hadapan dua akhbar utama negara iaitu UTUSAN MALAYSIA (UTUSAN MAHATHIR) dan BERITA HARIAN dengan tajuknya 'SAYA TIDAK RELA PELIWAT JADI PM'. Saya rasa ada juga rakyat yang prihatin merasai apa yang saya rasai.

Kepada Ummat Islam,
Tidakkah kita rasa terhina dengan tajuk besar di dada akhbar itu?Akhbar milik orang Melayu yang mengaku berugama Islam menyiarkan keaiban yang amat besar tentang orang Melayu yang beragama Islam dengan satu fitnah yang amat besar yang belum tentu salah benarnya. Mahkamah belum memutuskan sama ada DSAI bersalah atau tidak tetapi akhbar-akhbar tempatan telah menjatuhkan hukuman yang begitu berat kepada orang teraniaya.

Tidakkah kita rasa kecewa dengan penyiaran berita yang terang-terang menghina bangsa kita sendiri. Sedarkah kita bahawa bangsa asing juga akan melihat atau membaca tajuk itu, walaupun tidak membelinya kerana tulisannya begitu besar dan terang. Apa kata mereka dengan sikap dan perangai bangsa Melayu? Beginikah perangai orang Islam? Oh! Sungguh hinanya kita dengan penyiaran berita itu.

Kepada Pembaca sekelian,
Tidakkah kita merasa malu dan sedih dengan tulisan itu yang terang-terang merendah-rendah martabat bangsa kita sendiri. Tanpa rasa segan kita terus membelinya dan membawanya pulang untuk dibaca oleh keluarga kita. Kalau kita mempunyai pendirian dan pegangan hidup terhadap Islam, kita tidak tergamak untuk membeli, membaca dan membawanya pulang.

Tolong jangan menjadi pembantu kepada penyebar fitnah yang sangat besar dosanya. Agama melarang kita mengata orang atau menyebar berita tentang keburukan orang lain walaupun sememangnya orang itu telah bersalah. Inikan pula belum pasti bersalah atau tidak, tetapi hanya telah dijatuhkan hukuman oleh akhar talibarut kerajaan.

Hentikanlah anda semua daripada membacanya atau kalau hendak membeli dan membacanya, tunggulah dan pilihlah sekiranya tidak ada berita yang berupa fitnah disiarkan. Kalau tidakpun terus BOIKOT daripada membelinya. Syarikat akhbar begini perlu diajar supaya menghormati orang lain, jangan senang-senang untuk mendapat keuntungan dengan menjual keaiban orang lain.

Jangan sentuh langsung dan tanamkan dalam hati kita bahawa akhbar itu najis dan tidak harus disentuh. Jika kita semua bersatu dan percaya kepada kebenaran, insyaallah tidak lama lagi syarikat itu akan gulung tikar dan berkubur dengan sikap yang tidak jujur itu. Carilah alternatif lain untuk sementara waktu, seminggu, sebulan atau setahun ini. Saya rasa tidak rugi kalau kita berhenti daripada membacanya kerana masih ada bahan lain untuk dibaca.

Kepada Penjual Ahkbar,
Tidakkah anda merasa bersalah atau berdosa mempamerkan suatu akhbar yang terang-terang menyebar fitnah dan menjatuhkan maruah bangsa kamu sendiri. Tidakkah kamu merasa malu jika bangsa lain yang lalu di depan kedai anda membaca tajuk berita itu? Di manakah letakkan sifat orang-orang Melayu yang sangat perihatin kepada orang yang tertindas. Di manakah sifat masyarakat penyayang yang ingin diterapkan oleh Dr. Mahazalim di dalam teras WAWASAN 2020. Tolonglah kita bersama-sama menjaga kehormatan bangsa kita sendiri.

Janganlah kerana inginkan sedikit keuntungan sehingga kita sanggup menggadai maruah bangsa kita sendiri. Anda semua beragama Islam, DSAI juga beragama Islam, dalam Islam kita bersaudara. Sanggupkah kita menjatuhkan maruah saudara kita sendiri kerana beberapa sen keuntungan yang diperolehi daripada penjualan akhbar hina itu. Cubalah jangan menjualnya untuk beberapa waktu sehingga akhbar itu berlaku adil dan tidak menyiarkan berita yang terang-terang menjatuhkan maruah bangsa kita sendiri.

Buat masa ini terjualnya akhbar itu kerana adanya penjual. Penjual itu adalah anda. Syarikat akhbar itu tidak menjualnya sendiri dan sekiranya anda, penjual menolak untuk menjualnya, tidak mustahil dalam jangkamasa yang singkat, syarikat itu akan gulung tikar dan tidak ada lagi akhbar PENYEBAR FITNAH akan beroperasi di tanah air kita ini. Diharapkan negara kita akan bersih daripada berita-berita fitnah.

Kalau berita-berita di Internet 50 - 50 peratus benarnya tetapi berita di akhbar-akhbar hampir-hampir 100 % palsunya kerana ia adalah agen kerajaan untuk menyebar kepalsuan pemerintah. Terlalu banyak bukti kepalsuan yang tersiar, terlalu banyak ketidakadilan yang dilakukakan. Sebagai contoh untuk renungan.

  1. Semasa demonstrasi di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Kampung Baru. berpuluh-puluh demonstran yang tercedera dan diseksa tidak disiarkan tetapi beberapa kerat anjing Mahathir luka terguris telah disiarkan beberapa kali, seolah-olah demonstran ini jahat dan ganas.
  2. Demonstran yang berkumpul untuk menyuruh Mahazalim berundur tidak disiarkan tetapi unjukrasa anjuran penzalim disiarkan (di depan Kedutaan Filipina - menggunakan kanak-kanak, mengutuk Sorospun menggunakan kanak-kanak)
  3. Peguam-peguam yang berhimpun di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut keadilan tidak sedikitpun disiarkan oleh media cetak dan elektronik kerajaan.
Sebahagian daripada insiden penting yang dapat menggambarkan ketidak adilan yang dilakukanoleh kerajaan dan kemudahan di bawah mereka. Kalau hendak dicatatkan terlalu banyak. Saya rasa semua kita mengetahuinya.

Kepada Pengusaha Akhbar,(pengarang, pencetak dan yang ada kaitan dengan keluarnya surat khabar) Begitu hina kalian di mata rakyat, mendapatkan nafkah untuk anak-anak dengan menyebar berita-berita aib orang lain. Tidak adakah cara lain untuk membesarkan anak-anak kamu selain daripada bekerja seperti itu. Halalkah pendapatan kamu itu untuk dibawa pulang dan seterusnya membeli makanan dan pakaian keluarga? Sedarlah! Gaji dan wang kamu perolehi itu adalah hasil daripada penyebaran fitnah terhadap bangsa seagama denganmu, saudara kamu, seagama dengan kamu.

Tahukah kamu dengan keluarnya tulisan dan berita yang kamu sampaikan itu kepada orang ramai atau rakyat, daripada tidak tahu kepada tahu tentang keburukan orang lain, kamu merupakan penyebar fitnah itu? Sedarlah! Kerja kamu itu terkutuk dan terhina dan mungkin tidak akan berkekalan. Hentikanlah segera supaya kamu semua tidak tergolong daripada golongan orang-orang yang zalim. Tidak terfikirkah oleh kamu semua, sekiranya kamu berada di tempat DSAI, mendapat cacian dan tohmahan daripada akhbar setiap hari. Tidakkah terasa malu dan hinanya diri. Kamu telah menjatuhkan hukuman yang berat kepadanya, walhal mahkamah belum lagi menjatuhkan hukuman. Siapa kamu? Sedarlah! Kamu sedang dinilai oleh rakyat dan masyarakat.

Kepada Pemberita,
Berikanlah laporan yang adil kepada semua pihak . Mana-mana yang mengaibkan orang kurangkanlah atau tidak usah dilaporkan. Tahukah kamu bahawa berita begitu akan dibaca oleh semua orang sama ada orang Melayu, beragama Islam ataupun orang lain yang tidak beragama Islam dan mungkin juga musuh Islam. Mereka akan menggunakan bahan ini untuk menjatuhkan bangsa kita. Kamu pula akan mendapat bayaran hasil daripada pelaporan itu dan bawa balik untuk anak isteri kamu.

Maka makanlah mereka hasil daripada kerja terkutuk itu dan membesarlah mereka hasil daripada kerja terkutuk itu juga. Pakailah pakaian hasil daripada kerja terkutuk itu dan seterusnya dibawa bersembahyang menggunakan pakaian hasil daripada hasil kerja terkutuk itu. Sedarlah! Kerja penyebaran fitnah adalah dilakukan oleh pemberita, tanpa pemberita orang tidak akan tahu sesuatu buruk atau baik. Pandai-pandailah memilih berita untuk disampai atau dilaporkan. HALALKAN PENDAPATAN KAMU!

Tidakkah kamu dapat merasakan perasaan orang yang difitnah itu? Berita buruk yang menimpa mereka yang disebarkan secara meluas dan semua orang tahu. Bagaimana mereka mahu menghadapi orang ramai? Malukah mereka? Beranikah mereka untuk berhadapan dengan orang lain? Tidakkah terfikir oleh kamu semua? Sudahkah anda memohon maaf kepada mereka semua?

Kepada Keluarga Datuk Seri Anuar Ibrahim,
Bersabarlah! Berserahlah kepada Allah di atas segala ujian yang ditimpakan kepada kalian. Tabahkan iman, redhalah dengan qada dan qhadar yang ditentukan kerana ini adalah sebahagian daripada ujian yang diturunkan oleh Allah kepada ummatNya. Sabar itu separuh daripada iman. Biarkanlah mereka dengan lagak angkuh dan sombongnya kerana mereka juga akan mati dan akan dihisab segala baik dan buruknya tingkahlaku mereka. Mereka akan dipersoalkan tentang tanggungjawab mereka di dunia ini.

Rakyat tahu dan menyokong DSAI, walaupun unjukrasa sudah berkurangan tetapi tidak bermakna sokongan untuk DSAI telah berkurangan. Dari pemerhatian dan soalselidik yang saya lakukan secara rawak dan tidak 'sistematik' dan daripada perbualan mereka semua menyokong DSAI. Mereka tidak berani untuk menunjukkan sokongan secara terbuka kerana terlalu banyak anjing-anjing mahazalim berkeliaran di antara kami.

Kebenaran akan tetap muncul walaupun lambat, kebatilan pasti akan lenyap walaupun memakan masa. Kekuasaan tidak akan kekal, apabila tiba masanya ia akan pasti runtuh. Selepas itu barulah tahu, dimana hendak bergayut dan berpaut, dimana hendak menumpang. Biarkanlah mereka berkhayal dengan keadaan sekarang kerana menjelang pilihan raya nanti tahulah di mana kedudukan mereka.

Pesanan daripada rakyat kepada DS Wan Azizah, janganlah ditubuhkan satu parti baru kerana ini akan menguntungkan mahazalim. Jangan terpengaruh dengan cadangan dan jerat yang dibuat kerana sejarah telah menunjukkan bahawa parti serpihan tidak mempunyai akar umbi yang kukuh. DS mempunyai beberapa pilihan,

  1. Biarkan proses mahkamah berjalan dahulu sehingga selesai,
  2. Kekallah dalam UMNO kerana bukan parti itu tidak baik tetapi pemimpinnya yang korup(kerana banyak kurap)
  3. Menyertai parti PAS yang sejak dahulu menginginkan perjuangan DSAI. Tunjuk- kan bahawa kalau UMNO tolak PAS adalah tempat yang paling sesuai untuk menegakkan Islam
Jangan tergopoh gapah mengambil keputusan, kerana keputusan yang diambil hari ini menentukan kejayaan di hari depan. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Mahazalim sememangnya mempunyai akal pembelit nombor satu di dunia.(Keturunan …..) Ini telah diakui oleh semua orang, sama ada kawan atau lawan Jangan terpengaruh dengan tektik kotor untuk menjatuhkan DSAI.

Sekian,

Dari Pendidik Guru.
6 Disember '98