Mahathir Perlu Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, Jan 6 (AFP) – Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad sepatutnya bertanggungjawab terhadap tindakan polis yang memukul bekas TPM Anwar Ibrahim dan perlu memohon maaf kerana kenyataan yang telah dibuatnya mengenai kecederaan itu, kata isteri Anwar hari ini.

Wan Azizah Wan Ismail berkata di dalam satu kenyataan berkata siasatan terhadap kecederaan yang ditanggung oleh suaminya selepas ditahan pada 20 September amat "mendukacitakan." Beliau bercakap di mahkamah dimana Anwar kini sedang dibicarakan dengan tuduhan rahsuah.

Peguam Negara Mohtar Abdullah semalam berkata bahawa polis Malaysia "bertanggungjawab sepenuhnya" terhadap kecederaan yang dialami oleh Anwar semasa ditahan. Namun beliau tidak menamakan mereka yang bertanggungjawab.

Azizah meminta Mahathir, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang menguasai polis, "sepatutya meminta maaf terhadap tuduhan yang dilakukan ke atas Anwar kononnya kecederaan itu dilakukan sendiri oleh Anwar."

Mahathir, yang menyerang Anwar pada awal September dengan tohmahan tidak bermoral, telah mendapat kritikan hebat di laur negara apabila muncul di mahkamah dengan matanya hitam lebam dan menggunakan balutan leher.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata dia telah dipukul hingga pengsan semasa di dalam tahanan polis sejurus ditangkap.

Azizah berkata Peguam Negara poerlu "lebih telus dan professional" di dalam menyiasat dakwaan itu.

"Setelah lebih empat bulan, kecederaan Anwar masih tidak disiasat dengan serius. Tambahan pula, (Ketua Polis Negara) Rahim Noor, yang bertanggungjawab terhadap insiden malam itu, lansung tidak disoalsiasat," kata Azizah.

Anwar, bercakap kepada wartawan semasa rehat di hari perbicaraannya, menjelaskan bahawa beliau "terkejut" dengan "kegagalan para penyiasat menyoalsiasat Rahim".

Dia berkata dia masih ditahan di dalam kurungan yang ketatdan tekah kehilangan berat sebanayak 10 kilogram (22 paun) sejak penahanannya.

Ketua Pembangkang Lim Kit Siang menganggap kenyataan Mohtar sebagai "pengakuan yang manakutkan terhadap ketidak patuhan undang-undang dan tidaktelusan di dalam inti penguasa keselamatan kebangsaan" di dalam negara ini.

"Ia adalah skandal keselamatan yang amat utama dimana Anwar boleh dihentam (dipukul) di dalam setiap kesempatan paera pegawai tertinggi polis sehingga beliau tidak sedarkan diri tanpa mengathui siapa sebenarnya yang melakukannya," kata Lim.

Seorang aktivis social, Chandra Muzaffar, menyatakan kenyataan Mohtar sebagai percubaan dasyat untruk mengalihkan pandangan masyarakat.

"Adalah jelas bahawa pegawai tertinggi polis yang terlibat secara lansung dengan kecederaan itu. Adalah munkin mereka melakukannya dengan bersubahat dengan beberapa tokoh utama ahli politik.," katanya.

"Peguam Negara takut jika keseluruhan cerita tentang pemukulan itu dibongkar sekarang, ia akan mengoyakkan harapan kes pendakwa terhadap Anwar."

Anwar kini sedang dibicarakan di atas empat tuduhan rasuah kerana dikatakan mengarahkan polis menutup tohmahan salahlaku seks terhadapnya, termasuk perlakuan seks liwat, yang akan dibicarakan kemudian nanti.

Sessi pagi dipenuhi dengan hal-hal tatacara melibatkan rakaman perbualan diantara seorang ADUN dengan seorang saksi utama pendakwaan yang merupakan orang pertama menimbulkan persoalan salahlaku seks Anwar.

Peguambela meminta suapay saksi tersebut Ummi Hafilda Ali, kakak kepada bekas Setiausaha Sulit Anwar dipanggil semula untuk soalbalas.

Hakim Augustine Paul meolak permohonan itu, menyatakan Ummi tidak boleh dipanggil smeuka untuk menjawab di atas asas rakaman di depan pendakwaan dan para pembela telah mengemukakan transkrip yang berkonflik.

"Ada yang mungkin menyatakan ianya telah diedit, ada yang mngatakan ia bahan bukti yang direka," kata hakim itu.

Hakim itu pada mulanya telah menghalang para media menerbitkan bahan yang terdapat di dalam rakaman itu, yang dibawa di dalam mahkamah bulan lalu, yang menurut peguambela, menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.