SAJAK BUAT ANWAR

Saudaraku

Sekian lama kau mencuba

Sekian itu jua aku berdoa

Pernah ketika diri ini tertanya

Mampukah usahamu membuahkan sirnanya

Namun panas tidak berpanjangan

Cita yang murni dibunuh hina

Ku pasti semua itu ada hikmahnya

Kini kau tahu siapa kawan, siapa lawan

Kini aku juga tahu wadah mana sebagai pedoman

Menjulang kembali kalimah Ilahi

Mengorak warisan daulah Islam sejati

Kebangkitan Islam adalah pasti

Aku tidak mahu tersisih lagi

Saudaraku

Aku sayangkan agamaku

Aku sayangkan negaraku

Aku sayangkan anak bangsaku

Aku sayangkan keluargaku

Aku yakin kau juga begitu

Kini segalanya dinoda

Bersihkan...sucikan

Ketuanan Islam bakal membungkus sekularisme

Keadilan pasti...ku pasti kan tercerna

Aku sayangkanmu Anwar

Manusia merancang, Allah merancang

Namun perancangan Allah penentu segala

Biarkan mereka dengan percaturan yang sia-sia

Hanya masa menanti sejarahnya

Kezaliman tersungkur, keadilan menyubur

Gerakan Islam menanti kehadiranmu

Teruskan usaha, tingkatkan daya

Kita masih ada wadah yang luhur

memartabatkan Islam di bumi tercinta

Marilah bersatu berpadu tenaga

Bersama Parti Islam kita kan mara

Ahlan wa Sahlan saudaraku Anwar

Ahlan wa Sahlan seluruh warga Malaysia




MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Ex MCKK di London