Assalamualaikum, Pada (Khamis 18 Dis. 98) Dato' Sri Sabarudin Chik telah mengadakan satu pertemuan dengan para pelajar malaysia di Malaysia London. pertemuan tersebut dihadiri oleh kira-kira 150 (++) pelajar yang kebanyakan dari mereka adalah para pelajar A-Level yang sedang bercuti dan di "wajib"kan @ dipaksa hadir ke program tersebut. sessi pertemuan berlangsung selama lebih kurang satu jam setengah. kehadiran beliau ialah untuk merasmikan mesyuarat agung kelab UMNO UK dan Eire. kat bawah sedikit cerita dan ditambah satu dua komen personal. dalam ceramah beliau, beliau menjelaskan bahawa malaysia kini tidak mengalami krisis politik tetapi hanya mengalami krisis kewangan / ekonomi. beliau turut menekankan bahawa masalah kewangan sendiri pun sedang bertambah baik. walaupun dalam ceramah beliau, beliau kurang menyebut mengenai kes DSAI, tetapi kebanyakan soalan yang dikemukakan ialah sekitar isu tersebut. seorang peserta mengatakan bahawa amat sukar sekarang ini untuk rakyat percaya kepada polis dan kerajaan setelah Dato Said mengaku bahawa dia sanggup menipu.

Sabarudin menekankan bahawa Dato Said hanya "sanggup" menipu tetapi dia "tidak" menipu. Sabarudin kemudian mengatakan bahawa memang polis bersifat begitu. the exact phrase he said was "polis kalau orang arah dia dia akan buat. dia polis. you don't like it don't joint police. ITU KERJA POLIS LAH" seorang peserta lain menyambung bahawa berbagai teknik diguna oleh SB untuk neutralise orang. jadi, bagaimana kita hendak reconcile dalam hal ini? peserta ini turut bertanya mengenai bagaimana kita hendak yakin dengan para senator yang menyatakan sokongan kpd PM dan meminta PM lantik TPM sedangkan senator dilantik oleh Agong dengan NASIHAT PM

Sabarudin cuba menafikan bahawa senator dilantik oleh PM dikalangan "orang-orang" PM tetapi beliau mula naik marah apabila peserta tersebut mengatakan bahawa menurut perlembagaan adalah hak PM untuk melantik senator. (mungkin sabarudin rasa malu sikit sebab nampak tak tahu perlembagaan). seorang lagi peserta (wakil Forum Malaysia UK dan Eire) bertanya kenapa belum lagi dilantik TPM dan kenapa laporan siasatan kecederaan DSAI belum lagi didedahkan? Sabarudin cuma kata bahawa beliau tidak tahu kenapa laporan belum didedahkan. beliau turut mengatakan bahawa "kehitaman" mata DSAI berbeza-beza mengikut akhbar mana yang melaporkannya. CNN lebih hitam dari yang lain kata beliau. mengenai lantikan TPM beliau mengatakan bahawa jawatan TPM tidak ada dalam perlembagaan dan jawatan ini sebenarnya tidak perlu dan tidak semestinya ada dan tidak penting. beliau jugak kata "for sure it cannot be me" peserta kemudiannya mengatakan bahawa seorang menteri kabinet datang ke nottingham beberapa bulan lalu dan mengatakan bahawa "memang benar ada menteri kabinet yang womaniser". sabarudin (muka berubah sikit) kata bahawa "bukan semua....

BARANGKALI. entah dia saja.... mungkin dia mengaku dia saja, saya tidak tahu. dah dia kata dia... barangkali dia lah agaknya... okay yang lain.... " (obviously sabarudin tidak tahu bahawa menteri kabinet tersebut ialah rafidah aziz - womaniser ?) seorang lagi bertanya komen sabarudin mengenai desakan untuk buat pilihanraya. setelah jawab dua tiga patah, sabarudin kata "bodoh betul orang itu" sebab tak baca undang-undang. insya-Allah kalau ada berita lain ana akan tulis lagi. wassalam.

homepage