Siapa Dr. Ristina?

Siapa dia Dr. Ristina yang menjadi aktress penting dalam kes Anwar? Sedikit masa dulu gambarnya sering terpampang di muka akhbar. Dah sama glamor dengan aktor dan aktress penting yang lain. Apa watak yang dimainkannya?

Dr. Ristina adalah salah seorang dari empat anak perempuan Encik Majid dan Arwah Mak Cik Mak Mon. Seorang lagi anak perempuan En Majid bernama Suzy. Suzy adalah isteri kepada Dato Shamsudin Othman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Yang dua lagi tak payah cerita. Saya amat kenal keluarga mereka.

Menteri Dalam Negeri pula ialah Dr. Mahathir. Timbalan Menteri Dalam Negeri ialah Megat Junid. Salah seorang isteri Megat Junid bernama Norzila (nama glamor Ziela). Norzila pula kawan rapat dengan Normala. Normala pula isteri ahli perniagaan yang juga kahwin dengan aktress Kuza. Si ahli perniagaan ini pula adalah proxy Mohd Isa (MB NS). Itukah sebabnya yang Mohd Isa bersungguh sangat hentam Anwar (selain dari dua lagi MB - lain-lain MB dah confirm support Dr. M di depan saja - diam-diam sokong Anwar termasuk majoriti exco mereka. - cerita majoriti exco kebanyakan negeri sokong Anwar saya cerita lain kali)

Balik cerita asal, teringatkah saudara pembaca hal Megat yang sudah sekian lama tidak mahu berganjak dan selesa (atau takut untuk melepaskan) dari kerusi Timbalan Menteri. Tetapi oleh kerana "perancangan yang lebih besar" perlu dilaksanakan terpaksa di "naikkan" pangkat keluar dari KDN. Satu sebabnya ialah takut sangat pengantinya akan mengeluarkan kes lama Miss M yang dibunuh. Yang hairan secekap-cekap PDRM kita tidak dapat langsung "clue" untuk menyelesai kes ini. Walaupun bahan bukti semua telah dilenyapkan tapi beliau tidak tidur malam di awal-awal dulu kerana takut terbongkar kes perbunuhan tersebut jika tidak melutut dengan bossnya.

Sebab kedua, beliau adalah salah seorang Timbalan Menteri yang paling kaya. Musa Hitam yang lebih dahulu dalam kabinet dan pernah menjawat kedudukan yang kedua tertinggi pun tidak sekaya Megat. (Tak payahlah kita nak banding dengan Anwar) Pergilah ke salah satu rumah Megat di Kelana Jaya. Tengoklah deretan kereta. Kalau Mercedes tu mungkin penuh jari sebelah. (takut pulak lepas artikel ini disiarkan - kereta-kereta tersebut disorot - letak di rumah lain separuh). Itu baru di satu rumah. Rumah-rumah lain lagi - di rumah isteri-isteri lain lagi. Tengoklah rumah-rumahnya pulak. Bukankah di KDN banyak kontrak-kontrak yang besar.

Apakah "perancangan yang lebih besar"? Ia itu supaya kaitan KSU KDN dengan Timbalan Menteri KDN tidak nyata. Bahawa orang terlupa Megat dulu Timbalan Menteri, KSUnya Dato Shamsuddin. KSU menerima arahan dari Menteri atau Timbalan. Ipar KSU pula Dr. Ristina. Itu je.

Bila Megat dipindahkan, ianya adalah persediaan supaya orang awam tidak akan sedar bahawa kaitan Megat/Norzila/Normala dan Megat/Shamsuddin/Isteri Shamsuddin/Ipar Shamsuddin (Dr. Ristina).

Kenapa Dr. Ristina "selindung" Azizan dan Umi Felda? Kenapa Polis kena pecah rumah Dr. Ristina untuk dapatkan Azizan dan Umi Felda? Bukankah Polis di bawah jagaan Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri? Bukankah Ketua Polis Negara "report" kepada Dr. M dan Megat bukannya Anwar?

Kenapa ketika Polis pergi ke rumahnya untuk menangkap Ummi dan Azizan, Dr. Ristina memainkan peranan penting untuk melambat-lambatkan penangkapan itu? Atas arahan siapa Ristina bertindak untuk membiarkan Polis menunggu beberapa jam di luar? Kalaulah tidak kerana arahan masakan berani Dr. Ristina melanggar perintah Polis? Sebabnya ianya menjadi satu kesalahan untuk menhalang Polis menjalankan tugasnya.

Dahlah tu, Dr. Ristina tidak pula ditahan atas kesalahan menghalang Polis menjalankan tugas. Takkan tak ada arahan atasan.

Semuanya ini adalah lakunan - yang harus menerima segala "award" terbaik dari Academy Film Hollywood mahupun yang di Cannes. Untuk semua kategori - termasuk lawak terbaik.