TIADA MAAF BAGI MAHATHIR

DAN

KRONINYA

Walaupun Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri dan kekotoran dirinya akibat dari amalan rasuah, kronisme dan nepotisme masih belum didedahkan tetapi kepercayaan masyarakat kepadanya sudah tiada lagi. Masyarakat sedang menunggu saat kejatuhannya dan proses perbicaraan / pengadilan yang akan diadakan kelak apabila beliau sudah tidak lagi berada di takhta singgahsana. Itulah penemuan dan rumusan menarik tiga orang Professor Madya dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjalankan survey selama satu bulan (17hb Oktober hingga 16hb November 1998) di kalangan :

    • 20 pensyarah Universiti
    • 30 guru sekolah menengah
    • 20 guru sekolah rendah
    • 10 pegawai bank
    • 10 doktor di Hospital Besar KL
    • 30 ahli saintis (dari MARDI, IMR, RRI dan Puspati)
    • 50 pegawai kanan kerajaan (dari Kementerian Kewangan,
    •      Pendidikan, Belia & Sukan dan Perumahan)

      • Jumlah Keseluruhan = 170 responden

Jelas walaupun Mahkamah belum bersidang (kerana Mahathir belum jatuh) sebilangan besar (85% - 90%) responden telah memberi "vonis" untuk Mahathir, keluarga dan kroni bisnesnya. Mereka, menurut pengkaji ini tidak bersedia memaafkan Mahathir, keluarga dan para kroninya. Bagi responden ini rekonsiliasi nasional (iaitu menghubungkan kembali Mahathir dan Anwar) tidak diperlukan kerana perbezaan antara yang "bersih" atau yang hak (Anwar Ibrahim) dan yang "tidak bersih" atau bathil (Mahathir) adalah jelas.

Pihak penyelidik bertanya khusus tentang rekonsiliasi nasional ini kerana ada pendapat dikalangan masyarakat yang mengatakan rekonsiliasi antara mereka berdua adalah suatu yang baik untuk negara. Para responden berpendapat rekonsiliasi adalah suatu yang wajar jika ia melibatkan dua orang yang sama-sama bersih. Rekonsiliasi yang disebut-sebut itu tidak wajar kerana ia akan menbuat "si-jahat" bersalah terlepas dari jerat hukuman. Sementara itu ada yang berpendapat rekonsiliasi tidak sesuai dengan situasi politik sekarang kerana tidak lama lagi negara akan berdepan dengan realiti politik era-pasca Mahathir.

Di bawah diperturunkan penemuan kepada soalan-soalan yang diajukan kepada para responden.

1. Apakah rekonsiliasi antara Mahathir dan Anwar suatu yang mungkin ?

    • YA                                                    10%
    • TIDAK                                              85%
    • KURANG PASTI                               5%

2. Kalau tidak, Kenapa ?

    • Tindakan Mahathir terhadap Anwar adalah melampau                  90%
    • Anwar melakukan kesalahan besar terhadap Mahathir                      0%
    • Perbezaan pendekatan ekonomi adalah besar                                    10%

3. Alasan-alasan lain kenapa rekonsiliasi tidak penting dan tidak mungkin.

                                                                                                         YA         TIDAK      KURANG PASTI

  • Negara harus dikelolakan oleh                                        90%            -                        10%
  • orang yang bersih

  • Penjahat politik (Mahathir dan                                         85%           5%                     10%
  • rakan) mesti dihukum

  • Rekonsiliasi hanya akan  menyimpan "bom waktu"     85%          10%                      5%
  • kerana perpecahan akan berulang lagi

  • Rekonsiliasi tidak perlu kerana  tidak lama lagi              80%         10%                    10%

    Mahathir akan menjadi sejarah dan era

    pasca-Mahathir akan berlaku

 

  1. Jika rekonsiliasi diusahakan juga apakah kelompok-kelompok berikut boleh dimaafkan.

                                                                                                  YA         TIDAK      KURANG PASTI

  • Mahathir dan keluarga                                                 10%           90%                        -
  • Golongan korporat dan kroni Mahathir                    10%            85%                      5%
  • UMNO                                                                             45%           55%                        -

 Jelas kajian ilmiah di atas menunjukkan rakyat sudah bosan dan tidak lagi dapat menerima Mahathir. Sebenarnya era Mahathir sudah berlalu tetapi Mahathir tetap Mahathir .... iaitu seorang insan yang degil, yang merasakan dia sahaja yang betul dan orang lain tidak tahu. Dia sahaja yang pandai memerintah Malaysia. Dengan perkataan lain dia "indispensible". Orang lain tidak boleh diharapkan dan negara akan hanya selamat kalau beliau terus berada di posisi No. 1

Bangunlah dan sedarlah wahai rakyat Malaysia.

Hidup Reformasi, Hidup Anwar.

For other links in our database, check out MEGA LINKS