"KAMI TIDAK LAGI MEMPERCAYAI POLIS"

Dato' Seri Anwar Ibrahim dan para pendokong gerakan reformasi seharusnya berbangga kerana memiliki barisan  peguambela yang berani dan tegas seperti Zainur Zakaria, Gurbachan Singh, Fernando dan lain-lain.

Gurbachan semalam dilaporkan telah meminta seorang pegawai mahkamah untuk bersama dengan beliau ketika beliau menemubual Norazman, orang yang dipercayai telah merakam perbualan Dato' Sng dengan Ummi Hafilda.

Dato' Abdul Gani Patail mencadangkan kepada Gurbachan agar mengambil seorang anggota polis dan bukannya pegawai mahkamah.

Namun Gurbachan menolak dan dengan tegas berkata: "Kami tidak lagi mempercayai polis".

Kata-kata beliau itu telah menimbulkan kemarahan hakim Augustine dan meminta Gurbachan menarik balik kata-kata tersebut, namun beliau tetap enggan.

Kita merasa kagum dengan keberanian Gurbachan yang enggan menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap polis. Tindakan beliau ini boleh menyebabkan beliau dipenjarakan kerana menghina mahkamah seperti mana yang telah menimpa rakannya, peguam Zainur Zakaria.

Di dalam mahkamah, arahan hakim wajib dipatuhi dan keengkarannya  boleh membawa kepada diambil tindakan menghina mahkamah.

Apa yang diungkapkan oleh Gurbachan sebenarnya adalah fakta dan tidak perlu ditarik balik. Bukan sahaja pihak pembela, malah rakyat juga sudah tidak menaruh kepercayaan kepada polis lagi.

Polis Malaysia sudah menjadi seperti polis di India dalam filem-filem Hindustan.

Cuba kita perhatikan beberapa tindakan yang jelas merupakan penyalahgunaan kuasa pihak polis:

Apa lagi yang nak kita katakan jika satu demi satu tindakan polis jelas sekali tidak lagi profesional. Polis sebenarnya sudah dilatih untuk mentaati arahan ketuanya. Mereka tidak boleh menyoal samada arahan itu bersalahan dengan undang-undang, etika, agama atau budaya. Jika bertentangan sekali pun arahan wajib dipatuhi.

Itulah dia psikologi pemikiran yang sudah disumbat ke dalam setiap kepala otak manusia yang bergelar "polis".

Mereka tidak ubah seperti "robot", atau dalam bahasa kasarnya "anjing", dalam ertikata mengikuti dan mentaati arahan ketuanya.

Malah mengikut maklumatyang sampai ke Doi Moi, SAC1 Musa Hasan sendiri apabila ditanya oleh bapanya,al-Ustaz Dato' Haji Hassan Azhari, kenapa beliau melakukan penganiayaan begitu terhadap Anwar, beliau menjawab: "Saya hanya mengikut arahan ketua saya, dan jika ketua saya mengarahkan saya menangkap ayah, saya akan tangkap (walaupun tak bersalah)".

Inilah dia pendirian polis. Jika Ketua Polis Negara sendiri terlibat secara peribadi dalam konspirasi ini dengan memukul Anwar secara yang begitu zalim, apakah masih ada arahan yang baik dan  adil yang kita harapkan?

Mahathir semalam, cuba untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis apabila beliau berura-ura untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa penyiasat bebas.

Ini merupakan suatu tindakan paling bodoh yang pernah dilakukan oleh Mahathir.

Lebih empat bulan yang lalu,ketika pemimpin parti pembangkang meminta agar sebuah badan penyiasat bebas ditubuhkan, Mahathir secara mentah-mentah menolak dengan alasan polis akan bersikap profesional.

Bagaimana polis nak menyiasat polis? Lebih-lebih lagi apabila ketua badan penyiasat itu pula hanyalah seorang Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Melaka. Sedangkan yang memukulnya adalah Ketua Polis Negara.

Ini sudah dari awal lagi tidak masuk akal.

Sekarang dia nak tubuh badan penyiasat bebas pulak. Kenapa? Badan penyiasat sekarang ini sudah hilang kewibawaan dan tidak boleh dipercayai lagikah?, atau sebenarnya cuba hendak memujuk rakyat?.

Buatlah apa pun Mahathir, rakyat sudah tidak percaya lagi kepada polis, polis di era  Mahathir - Rahim Noor -- adalah polis konspirasi!.

Yang pasti, memang tepat seperti yang Gurbachanungkapkan:
                 "Kami tidak lagi mempercayai polis".

Kepada anggota polis yang tidak merestui tindakan jahat rakan-rakan mereka ini, cukuplah dan jangan bersubahat lagi. Jika berpeluang carilah kerja lain yang lebih amanah mengambil kira dosa dan pahala di dalam mencari sesuap nasi untuk anak isteri sebelum kembali menemui Ilahi.~Doi Moi.