PEROMPAK MODEN

Tanpa perlu senario hutan rimba
tapi berlindung di hutan gua batu
tidak perlu jampi serapah, air pinang
mana lagi dana rakyat yang belum disapu
semua mesti dikorbankan untuk mahligai
untuk tampung syarikat kroni bangkrap
tidak perlu kain memuntar di kepala
atau kain batik bersilang di bahu
cukup sekadar tali leher berwarna pelangi
atau sebatang pensil 'made in mafia'
projek mega mana lagi belum terpacak
prompak moden a.k.a Robin Hood dahulu
merompak si miskin subsidi untuk korporat
bertopeng hebatnya koridor raya multimedia.

Kini di masjid mereka berokok merdu
ladang mampu menangis tersedu-sedu
tapi di kondo ekslusif memfaraid habuan
di pentas rakyat lantang melaung slogan
"Negara kita tanggungjawab kita,
jangan tanya apa negara boleh berikan
tanya diri apa korban untuk negara."

Konspirasi peringkat tinggi demi konspirasi
nepotisme, kolusi, kronisme, maharajalela
di mahligai impian mengatur cengkaman
maka rakat tak mapu ke rawatan swasta
annak terpinggir tak mampu ke IPT
tak mengapa, pilihanraya nanti pangkah lagi
untuk mereka terus berkuasa semutlaknya.

Perompak moden hebat sepanjang sejarah
tujuh keturunan harta tak habis dikikis.

ZAKI EMBONG, SG. ULAR, TRENGGANU, 1998
Extracted from HARAKAH-Dis. 21,1998