Siapa Dalam MKT Umno


Rencana ini saya tulis adalah sebagai susulan dari rencana saya yang 
bertajuk Siapa Dalam Kerajaan Mahathir. Segala perwatakan yang akan 
ditonjolkan adalah berdasarkan ucapan mesyuarat MKT Umno pada 3 Sept. 
1998 yang mana keputusan untuk memecat DS Anwar di buat dan kononnya 
dicapai secara sebulat suara. Allah maha kuasa, dengan terdedahnya pita 
rakaman ucapan tersebut, dapatlah kita semua menilai tentang sifat 
manusia munafik dan bersikap " kawan makan kawan " serta berpaling tadah 
demi menjaga kedudukan. Lebih menyedihkan lagi ada di antara mereka 
seolah - olah menjadikan DS Anwar sebagai seorang musuh negara yang 
wajib dihancurkan, lebih hina dari George Soros, Benjamin Netanyahu dan 
Bill Clinton.

Kita dapat kesan ada dikalangan suara mereka itu ialah merupakan sahabat 
DS Anwar suatu ketika dahulu, kini menjadi pembelot dan pembela kepada 
konsprasi oleh Dr. Mahathir. Dengan angkuh mereka melemparkan pelbagai 
tohmahan dan kejian kepada DS Anwar, dalam masa yang sama mereka 
mengampu presiden dan megiyakan segala tuduhan yang diciptakan oleh Dr. 
Mahathir, walau mereka sendiri tidak pernah lihat, dengar dan bertemu 
dengan pihak yang dikatakan menjadi saksi atau pembawa cerita tersebut.

Sebelum melanjutkan lagi rencana ini, sukalah saya jelaskan kepada 
pembaca yang kurang faham mengenai apakah MKT dan peranannya serta 
komposisi keahliannya. Ini adalah untuk memudahkan kita memahami mengapa 
hal tersebut berlaku. MKT adalah merupakan sebuat badan pembuat dasar 
kedua tertinggi dalam Umno selepas Mesyuarat Agung. MKT di beri kuasa 
oleh perlembagaan Umno untuk membuat dasar, rancangan, polisi, peraturan 
dan bertindak untuk menjaga disiplin dan tata urusan perjalan parti. 
Bidang kuasa MKT meliputi keseluruhan organisasi Umno dari peringkat 
nasional hinggalah peringkat cawangan. MKT juga berkuasa untuk memecat 
keahlian dalam Umno. Manakala keahlian dalam MKT pula adalah terdiri 
dari ahli yang dipilih dalam mesyuarat Agung yang di adakan setiap 3 
tahun. Ahlinya terdiri dari Presiden, Tim. Presiden, 3 orang NP, Ketua 
Pemuda , Ketua Wanita S/U Agong, Ketua Penerangan, Bendahari dan 25
ahli dipilih dan 10 ahli yang dilantik oleh presiden ( 45 ahli MKT ).

Setelah kita tahu fungsi MKT, marilah versama kita renungkan apakah
yang berlaku pada malam ‘ petaka ‘ 3 september 1998. Kita dengan pada awal 
mesyuarat, dalam ucapan pembukaan Dr Mahathir terang - terang 
melemparkan pelbagai tuduhan mengenai salah laku seks, menjadi ejen 
asing dan mengurat isteri orang kepada DS Anwar. Beliau juga secara 
sinis mengatakan bahawa DS Anwar tidak layak menjadi pemimpin bagai 
rakyat Malaysia ( PM ) dan presiden Umno. DS Anwar mesti disingkirkan 
jika bimbang beliau akan mengambil alih kepimpinan Malaysia dan Umno 
jika berlaku apa - apa di luar jangka kepada Dr. M dalam masa terdekat. 
Juga diterangkan mengapa DS Anwar disingkirkan dari kabinet.

Selepas itu, kita dengar ucapan pembelaan dan penjelasan dari DS Anwar. 
Beliau dengan tegas menyatakan semua tuduhan tersebut adalah fitnah dan 
wujudnya konspirasi peringkat tertinggi untuk  menjatuhkannya. Terserlah 
keberanian dan keyakinan DS Anwar dalam mempertahankan kebenaran, 
walaupun dia seolah telah dihukum dan tahu akan keputusan yang bakal 
diambil ke atasnya pada malam itu. Beliau tidak gentar menentang tuduhan 
presiden dan memintanya menggunakan kebijaksanaan serta budi bicaranya 
tanpa dipengaruhi oleh mana - mana pihak.

Drama ini lebih menarik selepas itu. Sebaik sahaja Ds Anwar habis 
berucap, maka bangkitlah ‘ jembalang dan puaka‘ suruhan presiden iaitu 
 
i.  Datuk Kaya Parti Ibrahim Ali :- Beliau adalah ahli MKT yang 
dilantik, kalah dalam dua kali pemilihan Umno 1993 dan 1996, 
mempergunakan Dr. Hasmah untuk melobi menjadi Senator tahun 1995, kalah 
dalam PR 1995 di Pasir Mas, menjadi pemegang saham terbesar dalam Mara 
Holding ( kesimpulannya beliau seorang pemimpin yang tak laku dalam
Umno 
dan rakyat P Mas ). Dengan lantang mendesak DS Anwar meletak jawatan, 
menuduh DSAI tidak mengenang budi PM dan lebih hina lagi meniyakan 
sepenuhnya tuduhan Dr. M, siap denga tepuk meja ‘ kununnya’ menonjolkan 
diri sebagai seorang yang setia kepada presiden. Hebat sekali lakonan
si katak lompat ini.
ii.  Rafidah Aziz : - Juga Ahli MKT dilantik, kalah dalam pemilihan 
Ketua Wanita 1996, diselamatkan oleh PM dalam kes rasuah saham di MITI, 
menteri tak tahu bersopan dengan tetamu.
iii.  Ramli Ngah Talib : - Ahli MKT dilantik, kalah dua kali 
pertandingan NP tahun 1993/ 1996.
iv.  Isa Doremon Samad : - Ahli MKT dilantik, kalah dua kali 
pertandingan K Pemuda tahun 1993/ 1996.
v.  Sanusi Joned :- Ahli MKT dilantik, kalah pertandingan NP 1993,
tidak dicalonkan lansung tahun 1996 untuk sebarang jawatan.

Mereka inilah antara paling lantang sekali menghentam Ds Anwar. 
Kesimpulannya mereka adalah ahli yang dilantik, pemimpin yang memang 
telah ditolak oleh ahli Umno dalam setiap pemilihan parti, diyakini 
mempunyai dendam kesumat kepada DS Anwar terutama  Ramli, Isa dan Sanusi 
kerana tidaktermasuk dalam team Wawasan pada tahun 1993, akibatnya 
mereka kalah dan Sanusi hilang kerusi NP. Rafidah pula kerana kalah 
kepada Dr. Zaharah yang dipercayai proksi DSAI untuk ketua Wanita tahun 
1996. Untuk makluman pembaca 5 lagi ahli  MKT yang dilantik ialah Datuk 
Syed Hamid, Datuk Zainal Melor, TS Hussien Ahmad, Mohamad Rahmat dan TS 
Hamid Pawanteh. Mereka ini mungkin diarahkan untuk standby jika serangan 
oleh lima yang di atas dapat dipatahkan, sebab itulah suara lima yang 
kemudian itu kurang lantang dan ada yang diam membisu. 

Sementara itu, ada juga toyol presiden yang dipilih juga turut mengambil 
bahagian dalam menghentam DSAI. Sayangnya mereka ini terdiri dari 
golongan berpengetahuan ugama, tapi sanggup menggadaikan prinsip demi 
mempertahankan Dr.M. Tokoh seperti Hamid Othman, TS Wan Mokhtar dan 
Yusof Nor sepatutnya menggunakan pendekatan berhikmat dalam menasihati 
dan menegur Dr. M. Sepatutnya diterangkan kepada PM tentang cara dan 
hukum menuduh orang berzina menurut islam. Tapi sayang mereka juga
turut menyokong Dr. M walaupun kata - kata mereka agak tersusun dan sopan. 
Tapi ia tidak bermakna mereka ini selamat dari dosa bersubahat dengan 
Dr. M. Ini semua demi kpangkat dan kedudukan, maruah islam jadi 
pertaruhan.

Bagi manusia durjana seperti Megat Junid, Shahidan Kassim dan TS Khalil, 
mereka menjadikan sidang MKT ini untuk melepaskan dendam dan menutup 
pekung mereka. MJ menafikan beliau adalah antara tokoh utama merancang 
konspirasi bersama Daim ,Aziz Shamsudin dan Rahim Thamby. Sebaliknya 
mendakwa mereka hanyalah sebagai menyampaikan kebenaran kepada PM. 
Shahidan pula cuba menutup pekung kelemahannya memimpin Umno Perlis 
sehingga tewas dalam PR Arau kepada PAS dan beliau marahkan DSAI kerana 
tidak turun berkempen di Arau. Inilah masanya membalas dendam tersebut. 
TS Khalil pula mengajar teori seorang pemimpin yang mesti patuh kepada 
pucuk pimpinan, walhal dia sendiri hampir menjual kekayaan negeri
Pahang kepada tauke balak cina dan tanah tapak industri kepada rakyat asing.

Inilah watak - watak utama dalam mesyuarat tersebut. Bagi yang lain kita 
anggap kurang penting, jika pun mereka bersuara hanyalah tak lebih
untuk mengampu presiden dan kononnya menyatakan kesetiaan kepada PM. Watak 
seperti Sulaiman Brandy bagi kita langsung tidak penting kerana seluruh 
warga KL tahu siapa beliau sebenarnya.

Ada juga yang berpaling tadah dengan turut sama mendesak DSAI berundur, 
seperti Siti Zaharah. Walaupun beliau adalah proksi DSAI, namun untuk 
selamat terpaksalah menyokong presiden.

Namun disebalik manusia - manusia munafik dan jembalang tersebut, masih 
ada insan yang mulia hati dan budinya, mereka masih mempunyai 
pertimbangan yang waras dan sanggup menggadaikan masa depan demi sebuah 
persahabatan dan lebih lagi untuk keadilan. Sekalung tahniah dan terima 
kasih buat Dr. Affifuddin, Dr. Ibrahim Saad, Zahid Hamidi, Khalid Yunus 
dan beberapa lagi yang kurang pasti suara mereka. Bagi kami pejuang 
reformasi, pembelaan saudara semua amat besar ertinya, walaupun tidak 
mampu untuk membendung kezaliman yang telah lama dirancangkan. Semoga 
Tuhan memberikan kekuatan kepada saudara semua. Jika saudara semua 
kehilangan jawatan dan kedudukan selepas ini, percayalah rezeki itu 
ditangan ALLAH bukannya ditangan Dr. M. Teruskan perjuangan, kami faham 
situasi saudara semua.

Berdasarkan analisa di atas, kita dapat merumuskan bebarapa perkara 
mengenai MKT Umno.
i.  Memeng Presiden mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat dalam MKT. 
Beliau sudah tentu memperolehi sokongan dari 10 ahli dilantik dan 
ditambah 3 orang pegawai lagi iaitu S/U agong, K Penerangan & Bendahari 
atas apa jua keputusan yang akan dibuat olehnya.
ii.  Ahli MKT yang sebahagian besar terdiri dari menteri, MB, 
Tim.menteri sudah pasti akan menyokong presiden kerana takut kehilangan 
jawatan dalam kerajaan.
iii.  Keputusan mesyuarat dapat dijangkakan lebih awal kepada presiden 
adalah yang membuat tuduhan dan mahukan DSAI dipecat dari Umno.
iv.  MKT hanya alat untuk menyelamatkan presiden dari dituduh gila
kuasa dan diktator. Dengan ahli MKT bersetuju, maka keputusan akan dianggap 
sebagai keputusan mesyuarat. MKT sebagai rubber stamp keputusan yang di 
buat oleh presiden.

Pada pendapat cerdik pandai, keputusan malam tersebut akan berubah jika 
keputusan dibuat secara undi sulit. Cadangan dari Dr. Affifuddin ini 
ditolak atas alasan sudah jelas presiden mahukan DSAI berundur. Jika 
melalui undian, maka Dr. M memerlukan sekurang - kurangnya 30 undi 
menyokongnya untuk mendapat majoriti 2/3 bagi memecat DSAI. Ini agak 
mustahil berdasarkan teori berikut. Jika dicampurkan undi presiden, 3 
pegawai parti dan 10 ahli dilantik, Dr. M baru mempunyai 14 undi.
Itupun jika semua ahli yang dilantik mengundi menyokong. Diandaikan ada lagi 
talibarut yang menyokong ianya mungkin tidak sampai lima orang ahli
yang dipilih, maksudnya baru 19 orang, jadi tak mungkin PM menang dalam undi 
tersebut, dan DSAI akan terselamat, sebab itulah cadangan keputusan 
secara undi ditolak.

Oleh itu, bersamalah kita renungkan analisa di atas. Insyallah rencana 
susulan akan saya kongsikan bersama selepas habis kajian yang sedang 
saya lakukan mengenai mesyuarat MKT Umno 3 september tersebut.

Salam perjuangan dan REFORMASI.

WiraUmno