Dr. Malik Hanafiah - Pembohong Besar

 

             Dr. Malik Hanafiah, bekas setiausaha politik Mahathir dan kini anggota EXCO Perak merupakan "ideologue" Mahathir yang rancak ke sana-sini menabur fitnah terhadap Anwar Ibrahim. Dalam penerangan yang diberikannya kepada para anggota parti UMNO di bahagiannya di Taiping, dia berbohong besar. Dia mengatakan bahawa Anwar berzina dan melakukan liwat. Mahathir ada bukti yang cukup. Buktinya ialah kerana kegopohannya Anwar (iaitu selepas berzina dan meliwat) terlupa memakai seluar dalamnya itu (underwear) -; dia terus pakai seluar panjangnya. Jadi seluar dalam itu ada dalam simpanan Mahathir. Malik bertanya "apa lagi bukti yang dikehendaki ? Tak cukupkah dengan bukti seluar dalam itu."

             Dalam ceramahnya yang terbaru di Pulau Langkawi beliau mengatakan pihak polis ada bukti tentang perbuatan Anwar dalam bentuk video-tape -; dimana Anwar sedang melakukan perbuatan terkutuk itu. Video itu telah ditunjukkan kepada Zahid Hamidi semasa dia ditahan di bawah ISA. Melihat perbuatan yang terkutuk itu, Zahid, mengikut Malik termuntah-muntah dan betul-betul marah pada Anwar.

            Itulah Malik Hanafiah -; Pembohong Besar yang berbangga dengan PhD-nya dari Oxford. Malik ini dikenali di kalangan pelajar-pelajar UKM yang sezaman dengannya sebagai opportunis besar. Lain dia berjanji dengan kawan, lain dia buat di belakang. Di hadapan kawan kerana nak menang di dalam pilihanraya Persatuan Mahasiswa UKM dia berjanji begini-begini tetapi secara senyap-senyap dia berjumpa pihak kerajaan (SB dan Kementerian) menceritakan strategi pelajar (iaitu kawan-kawannya).

           Dia ditolong oleh Mohd. Noor Azam (bekas setpol PM) dan Pak Wan Ismail (ayah Dr. Wan Azizah) sehingga berjaya   menjadi setpol Mahathir. Dari UPM (ketika itu dia pensyarah) mereka berdua menolongnya menjadi pegawai seranta di Kementerian Tanah dan dari situ direkomen kuat oleh Mohd Noor Azam, Pak Wan Ismail dan Datok Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi  setpol Perdana Menteri. Di depan orang-orang Anwar dia berlakun sebagai orang kuat Anwar. Orang kuat Anwar yang betul-betul percaya kepadanya ialah Dr. Sidek Baba.

            Sebenarnya tiada apa yang hebat pada Malik. Walaupun dia belajar di Oxford tetapi dia masuk Oxford di zaman universiti-universiti England ketandusan pelajar luar negara. Jadi siapa sahaja yang minta tempat asalkan ada basic qualification dia akan diterima. Malik cuma gred 3, MCE dalam tahun 1966. Lepas itu dia masuk Maktab dan menjadi cikgu. Bukan pelajar outstanding gred 1 - 6 / 7 A dan lepas itu masuk form six dan terus ke Universiti.

          Malik ... awak perlu jaga mulut awak. Awak tak selamat dikawasan sendiri.

Hidup Reformasi, Hidup Anwar.

For other links in our database, check out MEGA LINKS