PERTUDUHAN MALA FIDE (NIAT JAHAT)

Oleh: Reformis Bona Fide

Perbicraaan terhadap DSAI yang berlangsung kini telah berterusan sehingga ke bulan Ramadhan. Di bulan yang mulia ini kita sepatutnya mengelakkan diri dari mendengar, melakukan, memikirkan atau menyebut perkara-perkara keji dan hina, termasuklah memfitnah dan mendengar fitnah itu sendiri. Tetapi sejak Umi Hafilda dipanggil memberikan keterangan bermula pada hari kedua puasa, kita lebih banyak di dendangkan dengan berbagai-bargai keterangan yang lucu dan lucah yang begitu sukar bagi setiap di antara kita yang masih waras untuk mempercayai segala keterangan yang dikemukakan sejak perbicaraan DSAI dimulakan.

Kita lihat bagaimana konfiden Umi Hafilda memberikan keterangannya di mahkamah di peringkat pemeriksaan utama. Umi ada 7 sebab mengapa beliau menulis surat kepada PM. Antaranya, ialah kerana bangsa, parti dan agama. Tepukan gemuruh kita berikan kepada Umi. Dengan semangat begitu sepatutnya Umi diberikan bintang kebesaran negara dalam tempoh yang terdekat ini, khususnya sebaik sahaja DSAI didapati bersalah. Sebab lain pula Umi mengangap DSAI tidak layak menjadi PM dan pemimpin UMNO kerana beliau ialah peliwat dan tidak bermoral. Bunyinya sebab itu seolah-olah "echo" alasan yang telah diberikan Mahathir. Tidak mustahilkan jika Umi itu ialah "alter ego" Mahathir? Bukankah ada mala fide di sini?

Umi begitu lancar memberikan keterangan bila di soal oleh pendakwa. Begitu tersusun kata dan bahasa jawapan yang diberikan. Seolah-olah kita dipertontonkan dengan sandiwara yang telah diraptai dengan teliti berdasarkan skript yang telah ditetapkan.

Begitu lantang dan garang pula kita dengar Umi memberikan keterangan apabila disoal balas oleh peguambela. Hingga suatu ketika, Umi menguggut hendak mendakwa Fernando apabila Fernando menyindirkan soalan bahawa Umi tergila-gilakan DSAI. Perkara itu tidak mustahil dan Umi sememangnya asyik masyok dan gila bayangan terhadap DSAI. Malangnya, DSAI sendiri tentunya punya "taste". Tidak mustahil jika Umi mengemukakan laporan itu kepada Mahathir kerana berniat jahat. Seperti kisah Zulaikha dan Nabi Yusof a.s. bagaimana Nabi Yusof a.s. dipenjara kerana fitnah Zulaikha.

Bagaimana mungkin DSAI boleh membalas cinta Umi kerana kita sendiri dapat melihat dari segi fizikal, Umi ini seorang wanita yang hodoh. Biarpun berhabisan memperagakan berbagai fesyen pakaian yang ditempah dari boutique Christian Bernard, di mahkamah sepanjang perbicaraan ini yang disedondonkan pula dengan pakaian abangnya Azwan, Umi masih hodoh. Dari segi moral pula, bagaimana mungkin mana-mana orang yang beriman akan tertarik kepadanya. Jika tidak moralnya yang jelik itu tidak mungkinlah seorang ayah yang bergelar ustaz sanggup menggugurkan zuriatnya terhadap Umi. Kita tunggu pengesahan ini bila ayah Umi, Hj Ali hendaknya di panggil ke mahkamah nanti.

Dari segi financial pula, kita dengar bagaimana syarikat Umi menghadapi masalah hutang yang banyak. Tiba-tiba hutang ini diselesaikan kerana kesilapan invois dan masalah hutang-hutang ini telahpun selesai dengan penyusunan semula syarikatnya. Segala-gala beres dalam tempoh yang begitu singkat. Tapi dalam pada itu, kita dapat melihat laporan bagaimana penjamin-penjamin Umi datang menemuinya di mahkamah untuk mendapat penjelasan tindakan undang-undang terhadap mereka akibat hutang Umi.

Kita lihat sendiri betapa angkuh dan kasarnya Umi ketika menjawab soalan di mahkamah. Al-maklum, segala jawapan telah diraptaikan. Lihat saja bagaimana Umi tidak menjawab soalan seperti yang ditanya peguam dan seringkali pula mencelah di dalam pertengkaran pendakwa dan peguambela mengenai bantahan yang dikemukakan. Kelancaran dan keberanian yang ditonjolkan Umi ketika memberikan jawapan kepada soalan-soalan Gurbachan tiba-tiba disentakkan dengan isu pita rakaman perbualan Umi dengan Dato’ Sng ketika di London. Umi yang pada awalnya menafikan pertemuan dan perbualannya dengan Dato’ Sng kemudiannya mengubah fikiran kepada "tidak ingat". Langsung apabila Gurbachan membacakan transkript percakapan, Umi seperti yang dilaporkan oleh media tempatan dan antarabangsa kelihatan pucat, hilang taring keberanian dan keangkuhan seperti yang ditonjolkan sebelumnya. Ketika itu kita dapat bayangkan Umi bukan sahaja hodoh tetapi juga bodoh.

Umi diselamatkan dari keaiban yang amat sangat. Namun begitu, tembelang Umi telah pecah dan pembelaan mala fide yang yang usulkan oleh peguambela semangkin terselah. Biarpun peguambela ingin meneruskan dengan menyoal isu berkenaan ianya tidak dibenarkan oleh Hakim setelah mendengar hujah panjang dari kedua-dua belah pihak peguambela dan pendakwa. Hakim juga mengenakan "embargo" terhadap kandungan skript percakapan berkenaan dari disiarkan di mana-mana media. Kita semua tahu muslihat disebalik perintah itu. Anihkan? Affidavit Dato’ Nalla yang sepatutnya di embargo boleh pula disiarkan di seluruh media. Bukankah namanya mala fide juga ini? Tunggulah, kita akan dengar keterangan selanjutnya setelah Umi dipanggil semula nanti untuk menjawab isu pita rakaman yang dibangkitkan yang pastinya lebih menarik lagi.

Selesai Umi, kita mendengar pula keterangan saksi pakar yang mengesahkan bahawa Sukma tidak di liwat. Tiada kesan liwat di dubur Sukma yang berlaku dalam tempoh 5–10 tahun ini. Ini suatu lagi berita sensasi. Jadi, mana mungkin Sukma boleh didapati bersalah oleh mahkamah sebelum itu? Di mana keterangan yang digunakan oleh polis di dalam penyiastan mereka untuk mengesahkan DSAI telah meliwat Sukma. Apakah polis yang menjalankan penyisatan itu terlalu tolol sehingga tidak tahu bagaimana mendapatkan bukti yang sebenar di dalam siasatan mereka selain dari mengadakan-adakan keterangan. Jadi, kalau Sukma tidak diliwat, siapa pula yang diliwat oleh DSAI selain dari Azizan? Jadi berita muka depan mengenai pengakuan bersalah Sukma dan Dr Munawar itu bukankan untuk semata-mata untuk mengaibkan DSAI. Bukankah mala fide juga ini?

Kalau begitu, kenapalah tiada bukti pakar yang dikemukakan untuk mengesahkan dubur Azizan tidak di liwat dan masih "virgin". Kita sebaliknya di dengarkan dengan keterangan Azizan bahawa sukar untuk dibuktikan "virginity" kecuali wanita.

Semalam kita dikejutkan sekali lagi dengan ujian DNA yang mengesahkan tompokan air mani di tilam yang dipunggah dari Tivoli Villa ialah kepunyaan DSAI dan Shamsidar. Yang hairannya, ada apa kena mengenanya bukti ini dengan tuduhan yang sedang dibicarakan. Tuduhan yang sedang dibicarakan ini ialah mengenai salahguna kuasa oleh DSAI menggunakan kedudukannya selaku TPM untuk menghalang tindakan di ambil terhadapnya mengenai tuduhan salahlaku dengan Azizan dan Bukan dengan Shamsidar.

Jika benarlah sekalipun bukti DNA berkenaan, apakah relevannya terhadap pertuduhan yang sedang dibicarakan. Bukankah juga ada mala fide di sini?

Kita tahu selain dari tuduhan-tuduhan yang sedang dibicarakan ketika ini, DSAI juga dipertuduhkan dengan kesalahan meliwat Azizan. Kesemua pertuduhan itu berkaitan di antara satu dengan lain. Sepatutnya ialah, kesalahan meliwat Azizan dibicarakan terlebih dahulu dan kemudiannya disusuli dengan kesalahan rasuah yang dikatakan. Bagaimana jika DSAI didapati tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Azizan? Apakah menjadi kesalahan bagai DSAI atau mana-mana rakyat biasa seperti kita sekalipun (inikan pula TPM) untuk memberitahu polis supaya tidak perlu mengambil tindakan pendakwaan. Keadaan pelik ini sepertilah yang berlaku di dalam kes Sukma bila tiada bukti ia diliwat. Jadi, apa muslihatnya Mohtar si peguam negara dan hakim Paul mendahulukan perbicaraan pertuduhan ini dahulu?

Mudah. Pertuduhan rasuah lebih senang dibuktikan berbanding dengan pertuduhan liwat (tetapi sukar pula dibukti terhadap Mat Tyson yang dibebaskan minggy ini). Pertuduhan rasuah itu jika disabitkan, cukup untuk menamatkan karier politik DSAI. Malahan, tidak mustahil jika perbicaraan terhadap pertuduhan liwat Azizian itu tidak akan diteruskan stelah DSAI disabitkan dengan pertuduhan rasuah yang sedang dibicarakan sekarang. Bukankah ini mala fide atau niat jahat namanya?

Kita tungguh lagi keterangan-keterangan baru yang bakal dikemukakan. Lebih banyak keterangan, lebih banyak jurang di dalam kes pendakwa. Lebih banyak usaha akan diteruskan untuk menutup jurang ini yang tentu dengan izin Allah s.a.w mendedahkan lebih banyak jurang bukti dan kecurangan pendakwaan DSAI serta mala fide mereka.

Pendakwa, Saksi Pendakwa, Polis, Hakim dan Mahathir janganlah anggap kami rakyat biasa ini kesemuanya buta kayu. Maka itu kami memperjuangkan reformasi demi keadilan bukan sahaja kepada DSAI tetapi kepada kami sendiri. Kami perjuangkan hak kami. Rakyat akan menentukan samada gelaran YAB atau YB kalian akan terus kalian sandang bila pilihanraya nanti.