"JUSTICE FOR ANWAR"

Sebelum itu, ingin saya berkongsi pengalaman yang boleh saya sifatkan sebagai menarik. Beberapa hari lepas, saya telah berkunjung ke sebuah 'shopping mall' untuk membeli beberapa barang keperluan. Apabila sahaja saya melangkah ke dalam sebuah kedai buku, beberapa orang pekerja disitu tersenyum seolah-olah mengalukan kedatangan saya. Saya telah membeli sebuah majalah susunan Ahmad Lutfi; dan sewaktu saya membayar untuk majalah tersebut, layanan yang diberikan cukup baik. Pendek kata sepanjang saya berada dalam kedai itu, hati saya merasa sangat senang.

Selepas itu, saya mengunjungi sebuah gerai yang menjual kaset-kaset ceramah, kitab-kitab Al-Quran dsb. Saya tertarik kepada sebuah Al-Quran dan telah membelinya. Demi Allah, saya tidak menduga harganya agak murah jika hendak dibandingkan dengan kualitinya yang boleh dikatakan 'elegant'. Sudahlah begitu penjual itu bagi diskaun RM5 padahal sayalah yang sepatutnya memberi sedekah dengan memghalalkan baki wang yang tidak seberapa itu tetapi dia berkeras mengatakan yang dia ingin bersedekah.

Begitu juga halnya sewaktu saya masuk ke sebuah lagi kedai buku. Tuan punya kedai (sewaktu itu sedang memerhatikan pekerjanya melayani pelanggan) meluru ke arah saya dan memberi salam. Dia kemudian membawa saya melihat buku-buku 'reformasi' yang baru. Begitu juga dengan kaset-kaset yang 'panas' termasuklah kaset Mesyuarat Tertinggi UMNO yang memecat DS Anwar sebagai Tim. Presiden. Begitulah seterusnya sehinggalah saya keluar dari 'shopping mall' tersebut. Ringkasnya, saya menjadi perhatian pada malam itu termasuklah mereka yang senyum seperti memberi sokongan terhadap saya.

Pasti abang-kakak tertanya, kenapa? apa yang 'special'nya budak nie?

TIDAK, takde istimewanye saya.... Jawapannya adalah kerana pada malam itu, saya telah memakai lencana atau 'tag' JUSTICE FOR ANWAR (seperti yang dipakai oleh keluarga Anwar). Dan saya telah membuat kesimpulan peribadi. Taburlah fitnah yang berjela-jela, pasti semakin kuat sokongan kepada DS Anwar dan keluarga. Lebih-lebih lagi banyak taktik yang dah kantoi. Dan apa yang paling menarik, ITU BERLAKU PADA HARI YANG SAMA dimana sewaktu siangnya semasa perbicaraan Anwar berlangsung, Lim Kong Boon,pakar DNA pendakwaraya (kononnya) mengesahkan bahawa tompokan air mani pada tilam (yang cadarnya ntah kemana) itu adalah dari DS Anwar. Ini membuktikan rakyat tidak percaya dengan taktik itu semua. Alhamdulillah.

Fikirkanlah...banyak peristiwa telah berlaku sepanjang musibah DS Anwar ini...antaranya :

- peti besi peguambela Pawanchik telah dipecah orang.

- kereta peguambela Zainur Zakaria telah dipecah masuk.

- rakaman perbualan Ummi dengan Dato Sng ditangguh daripada

pengetahuan umum.

- laporan kecederaan DS Anwar juga ditangguh.

- Sukma disahkan TIDAK DILIWAT oleh pakar perubatan sedangkan dia

'mengaku' diliwat !

- mata DS Anwar lebam kesan pukulan sewaktu ditahan.

- DS Azizah tidak dibenar bercakap di khalayak ramai

(dimana sistem demokrasi?)

- penggerak reformasi digambar MEDIA sebagai musuh negara.

- tahanan ISA yang dibebaskan yang DULU BERANI KINI BISU..contoh

Ruslan Kassim.

- penubuhan ADIL mendapat reaksi NEGATIF daripada Mahathir dan geng

(takkan lah sekor pun tak bagi sokongan POSITIF, NEUTRAL pun

jadiklah)

- saman DS Anwar terhadap Kerajaan dan Mahathir ditolak sebegitu

sahaja sedangkan hujah Karpal Singh mengikut beberapa orang peguam

adalah kukuh dan wajar.

- Azizan mengaku diliwat...KENAPA DIA TIDAK DIPENJARA SEPERTI SUKMA

DAN MUNAWAR !?

- Bil. rakyat yang sertai perhimpunan seramai 10,000 diwawarkan

sebagai 1,000 oleh media.

- gimik UMNO untuk mengedarkan kaset MESYUARAT MT UMNO yang

kemudiannya dibatalkan kerana tidak mahu melanggar perintah mahkamah (berani kerana

keikhlasan atau menyedari kelemahan yang semakin disedari rakyat)

- media tidak habis-habis menghentam DS Anwar, penyokongnya, para

reformis dsb.

- banyak lagi yang tak larat nak sebut.

APAKAH ERTINYA SEMUA INI!!!!???? DIMANAKAH KEADILAN SISTEM KEHAKIMAN

NEGARA KITA ????

Saya juga ingin mengulas tentang komen Al Gore (kononnya dikatakan mencampuri urusan orang negara lain) yang sememangnya 'rezeki' buat penangguk di air keruh. WAH-WAH ... terus keesokkan harinya TV3 menyiarkan gambar lawatan DS Anwar ke Amerika mendapat layan yang sungguh istimewa dan mengatakan yang memang sah DS Anwar merupakan tali barut Amerika. WOI!! DS Anwar juga baik dengan Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei, China, Jepun dan kebanyakkan liga Arab menyokongnya.

Adakah DS Anwar tali-barut mereka juga???? otak tu kasik jalan sikit!!

Wahai rakyat Malaysia yang masih 'tidur'... fikirlah, andaikan Al Gore menyokong tindakan pemecatan DS Anwar (boleh disifatkan sebagai mencampuri urusan negara), adakah Mahathir and the gang akan memaki hamun Al Gore, TENTU SEKALI TIDAK. BAHKAN mungkin sekali jamuan khas diadakan untuk meraikan sokongan daripadanya. Pada pendapat saya, apa yang dikatakan Al Gore itu ada benarnya. Hadis ada menyebut," Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan bangsa itu yang

mengubah nasib mereka ".

Orang yang berpandangan jauh akan menilai nasihat atau perkara yang disampaikan sebelum menilai diri orang yang memberi nasihat itu. Benar Al Gore seorang kafir laknatullah dan lembut gigi dari lidah; tetapi bagaimana dengan ulama terkenal Syeikh Yussof Al-Qardhawi, sebaik sahaja dia menasihati DS Anwar supaya bersabar, terus Utusan Malaysia menyiarkan perkara-perkara buruk tentang Syeikh Yussof. Jadi macamana? .. Itu salah ini salah. Adakah hanya orang yang bersifat maksum sahaja layak menasihati Malaysia ?? Adakah sehingga bala diturunkan Allah sehingga tak sempat nak bertaubat baru nak sedar? NAUZUBILLAH HI MIN ZALIK.

Inshallah...semuanya akan terbukti juga akhirnya.

salam reformasi...

cK_non