MANUSIA JIN MELAYU(BHG. 1)


   Dalam kesyahduan ketafakuran berlalunya kedinginan malam Nisfu
Syaaban, terbetik di hati nurani ini untuk mencoretkan sebuah nukilan
buat tatapan semua berteraskan tuntutan kebenaran dan keadilan di
antara yang hak serta yang bathil.  Semoga masih ada benih baka pesaka
bangsa Melayu beriman dan bertaqwa yang sanggup membela dan
memperjuangkan maruah sebangsa makhluk Allah yang dipanggil BANGSA
MELAYU!

       REFORMASI!!  REFORMASI!!  REFORMASI!!


1. SENARIO SEMASA

   Dewasa ini, pada realitinya memang masyarakat majmuk kita sedang
dilanda wabak gejala masalah-masalah sosial.  Namun apa yang amat
malang dan menyedihkan sekali ialah penglibatan sejumlah besar
anak-anak remaja dari keturunan bangsa Melayu.  Statistik dari tahun
demi tahun yang dikeluarkan oleh agensi serta perbadanan berkuasa
terlibat memaparkan grafik peningkatan yang aktif.  Kadar ini adalah
berdasarkan pada bancian yang dikumpul.  Tapi...kadar yang tidak
dikumpul dan terkumpul?

2. PERMASAALAHAN SEMASA

   Umumnya di antara permasaalahan gejala sosial yang sedang kita
hadapi melibatkan para remaja lelaki dan perempuan termasuk murid-murid
sekolah dan di institusi pengajian tinggi.
  a -  Penagihan merokok
  b -  Penagihan pil-pil perangsang
  c -  Penagihan ubat batuk
  d -  Penagihan dadah
  e -  Pewnagihan arak
  f -  Budaya bohsia
  g -  Budaya punk
  h -  Budaya merayau & melepak
  i -  Budaya gengsterism
  j -  Budaya memadu asmara(romen & sex)
  k -  Budaya kurang ajar

  2.1  Hakikat Insan

       Persoalan pokok...adakah kita sebagai orang   Melayu yang
mengaku berfikiran rasional dan   liberal mahu mengaku dan menerima
hakikat     kebenaran keujudan fenomena ini?
  Jawapannya - Jangan membohongi dan mengkhianati
  diri sendiri.  Roh kita terlebih dahulu mengenal   Allah dan menerima
Dua Kalimah Syahadah.    Berpegang teguhlah pada perjanjian itu!

3. KETOKOHAN SIFAT ORANG MELAYU

   Malangnya.......sejarah waktu dan masa telah membuktikan orang
Melayu tidak akan dan tidak mahu mengaku!!!
   Jelasnya, jika kita tidak mempunyai perasaan malu pada diri sendiri
atau orang lain maupun perasaan bersalah pada diri sendiri atau orang
lain....apatah lagi kepada Allah Taala!!  Maka jadilah kita satu bangsa
yang:  
                 a. Hipokrit
                 b. Egoistik
                 c. Materialistik
                 d. Oportunis
                 e. Individualistik
                 f. Problematik
                 g. Culturistik

4. KELATAHAN ORANG MELAYU

   Kelazimannya orang bangsa Melayu akan cepat melatah dan melenting
bila tercubit sikit.  Maklumlah 'Bior Papae Asalkan Bergayae'.'Takkan
Melayu Hilang Di Dunia'.  Resolusinya seolah-olah istilah KERAMAT
MELAYU itu terletak di makam teragong yang dipuja, dimuliakan dan
disembah.  Tidak boleh disentuh sikit....SENSITIF!  Tapi..mana yang
lebih penting lagi mulia...AGAMA ISLAM atau BANGSA MELAYU?  Tidak
terdapat di dalam firman Allah atau hadith nabi yang menyebut secara
spesifik BANGSA MELAYU.  Istilah... MANUSIA JIN adalah.  Jangan
marah....tak sungguh tak melata...tak sungguh orang tak kata.  Siapa
yang makan cabai...dialah terasa pedasnya.

5. AMANAT WARISAN

   Kita pernah mendengar orang berkata Pemuda Harapan Bangsa Dan Pemudi
Tiang Negara.  Jadinya tanggungjawab agama untuk siapa?  Bayi-bayi yang
baru lahir?  Kanak-kanak atau orang-orang tua yang sudah nyanyuk? 
Jangan melenting!!  Yang tersurat dan tersirat.
   Memang kita tidak menafikan generasi muda yang ada sekarang adalah
pemimpin, pentadbir, pengurus dan pengikut akan datang. 
Mereka-merekalah yang akan mewarisi segalanya peninggalan harta
khazanah pentadbiran, pembangunan kemajuan dan maksiat yang telah
dicapai di dalam satu zaman oleh generasi terdahulu.  Dalam saat usia
kita yang semakin nyanyuk, menanti ketibaan Malaikat Maut datang
menjemput...kita akan tersenyum riang tanda kepuasan beribadah
sekiranya dapat melihat pelapis generasi baru berjaya.  Tapi.....kalau
sebaliknya...jawablah sendiri...tanggunglah sendiri di dunia, di dalam
kubur dan di akhirat nanti!
   Sedarlah... bangsaku...disebabkan sikap bangsa kita yang ego,
sombong, bongkak, riak dan hipokrit..nilai-nilai kemanusiaan dan
keperibadian
bangsa Melayu menjadi pincang dan rosak oleh sifat warisan nafsu-nafsi
amarah kita yang negatif dan kronik.  Selagi kita masih berdegil tidak
mahu mengaku kelemahan serta kesilapan kita dan menerima hakikat
kebenaran sebenarnya..kita pasti tidak mampu mereformasikan budaya
Melayu lapok serta usang dan menghayati hakikat tamadun yang aman damai
dan harmonis...

6. NILAI MORAL & AKHLAK

   Senario alaf ini, kini mempamerkan keruntuhan nilai-nilai
akhlak(moral) dan akidah yang begitu drastik dan kronik dikalangan
orang Melayu dari kategori kanak-kanak sekolah, remaja, dewasa dan
datok-nenek yang nyanyuk.  Banyak murid sekolah pun sudah mampu menjadi
Mafia hingga sanggup membunuh rakan sendiri.  Kakak, adik dan abang
sanggup tidur sekatih dan....(segan nak khabak.  Takut naik stim)  Bapa
sendiri, bapa tiri yang selalu mengigau merangkak...tenggek
emak..tenggek anak hingga perut naik bengkak.  Datok gayut, nenek
nyanyuk...sebab terlebih makan pil Viagra dan tongkat Ali...pangkat
cucu-cicit pun dia lipat.  Laki orang...bini orang...duda pula bertemu
janda....sama gagah sama hebat...sama jua berpengalaman...terpelanting
bantal... terkoyak tilam....sampai runtuh katil!  Begitu pula anak di
perantauan...dalam negeri, luar negeri...duduk serumah bersekedudukan
sudah menjadi kebiasaan.  Dalam bas...dalam teksi...dalam semak...dekat
pokok ubi...dalam hotel, dalam motel dan di merata tempat
lagi.....semuanya mempunyai cerita yang syok lagi memberahi!!

7. PENAGIHAN MEROKOK

   Dewasa ini, sudah menjadi pandangan yang biasa bila kita melihat
murid-murid sekolah dan penuntut di pengajian tinggi serta institusi
pendidikan menghisap rokok.  Dalam kelas(pada ketiadaan guru), dalam
tandas....dalam asrama...dalam/luar kawasan sekolah....di perhentian
bas..di gedung membeli-belah... dalam panggung wayang...di tempat video
game centre...dalam disko...dalam pub...di tempat karoake....di
gerai/kedai makan....di tempat rekreasi...di tapak pesta...di tempat
perkelahan... dalam semak dan ....you name it!
   Yang amat menggembirakan dan membanggakan bila melihat anak-anak
bangsa kita yang baru bersunat dan yang baru tumbuh bulu, dalam unifom
menghisap rokok dengan penuh aksi dan gaya.
REAKSI:  Teacher: no power cane, cane.  Nanti              department
marah sampai          terkencing-kencing.
         
         Father/mother: ...anak saya baik.           Tahulah saya
mendidiknya.  Rotan anak          saya, saya repot pada jabatan, pada
polis          dan menteri.  Saya pakai loyar....saman          di
mahkamah.  *Kat Tuhan tak nak ke          repot?

         Guru Besar:          no..lah...diam-diamlah...put-put under 
         carpetand under-underware.  Nanti sekolah 
         malu.  Jabatan malu.  Menteri malu.  Tis          arahan dari
department.

         Penolong Kanan: Betoi cikgu...I setuju..
         I sokong..(lalang/kuali 4 muka).

         Menteri: We are civilised people maan!
         No cane kong.  Sebenarnya tiada bukti dan          masaalah
adalah kecil.  Kementerian serta
         Jabatan Pendidikan Hipokrit mampu
         mengawasinya.  Don't worry la!!

         PIBG: ..betoi...betoi...kami sokong..kami          setuju
resolusi ini.(buta mata, buta          hati, telinga badak).

         Lain-lain: moleklah tu....moleklah tu...

   Maka sekali lagi melenting dan melatahlah ORANG
MELAYU(ketua/pemimpin/pengikut) dengan adegan ini.
Karutlah....merepeklah....bohonglah...boleh belahlah....tak logiklah
dan berbagai lagi mukadimah pandangan warisan budaya Melayu yang
negatif, kronik, hipokrit dan culturistik!

8. OPSYEN PENDIDIKAN PROFESIONAL

   Selepas dianugerahkan sijil KMR(KELULUSAN MENGHISAP ROKOK),
anak-anak Melayu kita diwajibkan melanjutkan pelajaran dalam bidang
Sains Perubatan dan Ko-kurikulum diperingkat Pra-penyangak bagi
mendapatkan sijil DP(DIPLOMA PENAGIHAN) dengan diberi opsyen pilihan:

       a. DPG (ganja)
       b. DPH (heroin)
       c. DPPH(pil khayal)
       d. DPUB(ubat batuk)
       e. DPHG(hidu gam)
       f. DPTL(tahi lembu)
       g. DPPS(ponteng sekolah)
       h. DPRR(raba romen)
       i. DPS (seksologi)
       j. DPB (bohsia)
       k. DPP (pelacuran)
       l. DPKL(kaki lepak)
       m. DPMH(motor haram)

   Karut!...Bohong!...Tipu!...Merepek!..Gilo!...
Maka melatah dan melentinglah lagi ORANG MELAYU yang kononnya berbudi
bahasa, bersopan santun, berhemah tinggi tapi pada hakikatnya mempunyai
hati yang berzulmah, busuk dan angkuh melainkan mereka-mereka yang
BERIMAN, ISLAM DAN IHSAN.

9. RENUNGAN CORAT-CORET

   Jelajahlah kesegenap pelusuk negeri.  Dari Perlis hingga ke Johor. 
Dari Sabah hingga ke Serawak.  Tengoklah dengan sendiri.  Perhatikan
dengan teliti dan tanyalah pada makcik yang berehat di serambi dan
pakcik yang melepak di kedai kopi.  Apa sudah terjadi pada generasi
pengganti?  Mengeluh panjang tak terkata-kata.  Semput nafas menahan
sebak didada.
Anakku.....Bangsaku....Warisanku...Terkubur tanpa berbatu nesan!  

10. KEMPEN AIDS-HIV

   Suatu ketika heboh dan sibuk kita semua memperkatakan tentang
ancaman penagihan najis dadah.  Musuh nombor satulah...gejala yang
seriuslah....masih boleh dikawallah...Rawatan dan pemulihanlah dan
seribu serba macam lah, le lah dan meelah lagi!  Pergi belahlah!! 
Kempen promosi
dan kempen propoganda pun mulalah dijajarkan ke sana ke sini.  Kononnya
untuk memberi civic conscious dan kesedaran terutamanya dikalangan
pelajar-pelajar sekolah, remaja dan belia-beliawanis.  Macam biasa bagi
kerja yang dibuat seperti HANGAT-HANGAT TAHI AYAM yang tidak
bernawaitukan IBADAH - maka berkubur jua ia tanpa berbatu nesan. 
Menularlah kau AIDS!  Menularlah kau HIV!  Suburlah dikau ke dalam
darah daging, jiwa raga, jasmani dan rohani ORANG-ORANG MELAYU!!

11. HAKIKAT KEBENARAN PERTAMA

   Hakikat kebenarannya sudah begitu ramai anak-anak
Melayu...bapak-bapak Melayu ...orang-orang Melayu yang terlibat dalam
penagihan dadah.  Lebih hebat dan lebih produktif telah ramai
orang-orang Melayu yang terlibat dalam 
profesyen pengedaran dadah!  Buktinya...lihatlah sahaja dalam
kerat-keratan akhbar...di kaca tv..di
pusat pemulihan dan di pusat serenti dalam Malaysia, bangsa Melayulah
yang menduduki majoriti
kerusi kabinet di pusat-pusat motel ini.  Canggihnya dalam
tempat-tempat sebeginipun masih terdapat bekalan dadah dan berlakunya
penagihan dadah.  Tanyalah pada adik, abang, kakak, pakcik, makcik,
kawan, saudara, tunang dan kekasih yang telah keluar dari pusat... yang
telah lari dari pusat dan yang pakar keluar masuk dari penjara, 
pusat serenti dan pemulihan.  Mereka akan menceritakannya dari A hingga
Z.  Tak sungguh tak melata...tak sungguh orang tak kata.  Kalau tak ada
angin manakan pohon kan bergoyang.(kecuali terdapat sepasang beruk
sedang berkhalwat di dahan 
yang rapuh).

12. HAKIKAT KEBENARAN KEDUA (Mandi Mayat Dajal)

   Sebegitu juga telah ramai orang-orang Melayu yang mewnghidap dan
dijangkiti penyakit AIDS dan HIV.  Bayangkan secara mana yang selamat
dan sebaiknya untuk kita memandikan mayat mereka?
Taruh clorox.....taruh klorin?  Sembur baygon..
Sembur minyak atar?
Sembur racun paraquat/malation?  atau taruh kayu....bubuh
petrol...cucuh api!   
Maha adil!....Maha kejam!...Maha zalim!!!!!

13. HAKIKAT KEBENARAN KETIGA(Kuman Syaitan &     Iblis)

   Peringatan ikhlas untuk mereka yang nak kawinkan anak. 
Risik-risiklah....tengok kut bakal menantu tu bekas mat gian atau bekas
bohsia.  Sebab benih dan kuman iblis yang dihisap dan disuntik itu
menjadi genetik darah daging, sama
seperti kencing manis, darah tinggi, AIDS dan HIV.
Orang bijak pandai(Melayu Bangsat, Yahudi, Nasrani), orang hipokrit dan
orang munafik takkan
mengaku dan memberitahu rahsia ini.  KALAU nak tahu lebih dan BUKTI
nyata bertanyalah pada tok guru-tok guru pondok yang BENAR-BENAR arif
dalam bidang AKIDAH dan KEROHANIAN.  Bertanyalah pada mereka yang pakar
dan mahir dalam rawatan serta pemulihan secara Islam.  Kalau dah buta
huruf...buta mata...buta hati dan pekak badak...
buatlah sendiri solat taubat...solat tahajud...
solat istikharah....salat hajat.  Bertanyalah sendiri pada Allah dan
mohonlah taufik dan hidayah serta syafaat dariNya.
   Malangnya....sedihnya....seperti biasa ideologi
BUDAYA MELAYU ....ORANG MELAYU BANGSAT akan
berkata....merepeklah...bohonglah...perkara remeh.
..anak mami baik...mana ada bokti....masih terkawal....memalukan