HAPUSKAN MAHATHIR DAN KRONINYA

MUKADDIMAH

Penyingkiran Anwar dari UMNO merupakan satu rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Islam dan Melayu. Jika selama ini rakyat di kampong dan bandar tidak tahu tentang pergolakan politik dalaman UMNO, tetapi kini segalanya terhambur keluar. Segala darah dan nanah yang busuk yang selama ini hanya terpendam telah tercurah keluar bagai empangan yang pecah. Maka dapatlah sekelian rakyat diseluruh negara membaca dan menilai segala apa yang tersurat dan tersirat. Ramailah bakat-bakat terpendam yang mengeluarkan bermacam-macam idea dan pandangan yang banyak juga membuka minda ramai dari kalangan kita yang tak tau menau cerita dalam UMNO itu. Namun dalam keghairahan mereka menulis, ramai juga yang tersasul, samada terlalu ghairah, atau pun sememangnya tak ada ilmu. Yang ada tu, dengan bangganya menulis begini... " Malaysia adalah sebuah negara Islam yang ....... " Wah wah ... sejak bila pulak Malaysia ni jadi negara Islam?

Siapa yang kata Malaysia ni negara Islam jelaslah dia tu jahil tentang Islam. Kalau kerajaan hanya setakat menerapkan nilai Islam dan mengaku Ugama rasmi ialah Ugama Islam belum lagi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Pada hakikat yang sebenarnya Malaysia bukanlah sebuah negara Islam. Kalau setakat ada bank Islam, universiti Islam dan masjid yang besar dan indah belum lagi jadi negara Islam pada hakikatnya. Bagaimana pulak nak kata negara Islam kalau Mamak Kutty siang-siang lagi dah kata bakal penggantinya tak perlu seorang yang warak... apa lagi? Dan menolak hukum hudud sebagai tidak sesuai dan membuat kelakar tentang janggut Rasulullah dengan katanya zaman dulu tak ada Gillette.

Apa kah Mamak Kutty tidak tahu bahawa pedang orang Islam pada masa itu boleh memotong sehelai saputangan sutera asli yang di campakkan keudara? Kisah ini terjadi semasa perang Salib. Ketua tentera Islam bertemu dengan ketua tentera Kristian. Dengan pedangnya yang besar, tentera Kristian itu memotong dua sebatang besi. Ketua tentera Islam pula mencampakkan sehelai saputangan sutera asli keudara dan memotongnya jadi dua. Itu menunjukkan betapa tajamnya pedang orang Islam dimasa itu, lebih tajam dari pisau cukur. Untuk menjadi negara Islam, mesti lihat contoh dari Rasulullah. Mana ada undi-undi? Walaupun mengundi itu namanya demokrasi, tapi itu bukan Islam. Kerana kalau ramai orang bebal mengundi pemimpin yang bangsat, maka porak perandalah negara. Sedangkan Islam memilih pemimpin mengikut taraf atau makamnya disisi Tuhan. Mana lagi dengan sistem perundangan, pelajaran, kewangan dan lain-lain lagi.

Kalau jadi negara Islam.. income tax kita tak perlu bayarlah kerana orang makan gaji mana ada banyak simpan duit? Itu yang lebih 3,000 orang Melayu masuk Kristian tu.. . kalau Malaysia ni kononnya negara Islam ... apa yang kita boleh dan telah buat? Peeegi dah !! Namun sayugia diingatkan kepada semua mereka yang menyumbangkan artikel kedalam Reformasi sites supaya telus didalam artikel saudara semua. Apa yang saya maksudkan dengan telus ialah ceritakan semuanya termasuk nama-nama mereka yang terlibat. Sebagai contoh kalau kita ceritakan ada menteri sipolan yang makan rasuah, hendaklah sedapat-dapatnya siarkan siapa nama menteri tersebut, berapa banyak rasuah yang diterima, bagaimana modus operandinya.. adakah mendapat duit melalui syarikat-syarikat atau orang ketiga.. siapa lagi yang terlibat dan seterusnya. Begitu juga kalau cerita pasal private life menteri-menteri berkenaan.. ceritakan nama, dengan siapa, dimana, bila .. dan segala hal yang berkaitan dengan terperinci. Adalah menjadi harapan kita semua supaya cerita yang begitu VIVID akan membuka mata semua orang dan memberi suatu impact yang lebih berkesan dan menusuk hati sanubari pembaca.

Terutamanya hati orang kampong yang saya kira pada masa ini belum lagi menghayati REFORMASI seperti kita yang tinggal di bandar, walaupun kita dulunya ramai yang datang dari kampong. Kerana bagi orang kampong sisa peninggalan zaman Jepun dulu, UMNO bagi mereka adalah satu 'de facto' standard yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Bagi mereka UMNO adalah segalanya. Apa tidak, subsidi baja, benih dan lain-lainnya semua dari Kerajaan. Kalau kita cuba burukkan UMNO didepan mereka, dengan bersahaja mereka akan berkata: " Engkau budak-budak mana tahu, dulu perang Jepun sangat susah, makan ubi kayu. Engkau orang tak tau susah " dan lain-lain kata-kata yang mendatar dan tidak bersifat maju dan berdaya saing. Mereka telah begitu lama dibuai mimpi indah oleh UMNO sehingga mengkritik terhadap dasar-dasar kerajaan pun dianggap sudah lawan taukey. Apa kita nak buat, mereka itu golongan lama yang jiwanya sudah lama dijajah, digula-gulakan dan mereka jadi begitu taksub dengan UMNO. Seolah-olah mereka ini sudah tidak ada pilihan lain selain UMNO.

Golongan ini termasuk lah mereka yang sekarang ini berumur dalam lingkungan 60 tahun keatas. Mereka termasuk bapa dan ibu kita sendiri. Baru-baru ini saya balik kampong dan cerita sedikit sebanyak tentang REFORMASI, dan betapa para pemimpin UMNO yang di bangga-bangga dan di agungkan itu majoritinya berakhlak amat rendah dan hanya mementingkan pangkat dan kedudukan mereka sahaja. Jawapan yang saya terima amatlah melemahkan sekali. Ibu saya kata: " Biarlah.. nanti di Akhirat kan semua kena soal dengan Tuhan " Memang betul! Setiap orang akan disoal di Akhirat. Tapi apakah yang kita akan tinggalkan untuk anak dan cucu kita di dunia? Apakah mereka itu tidak akan tinggal di bumi Malaysia ini untuk meneruskan hidup yang sementara sebelum menuju ke alam Akhirat itu? Jadinya tidak wajarlah kita hanya berpeluk tubuh dan memerhatikan bagaimana kekayaan negara dikikis habis oleh segelintir penjahat yang bertopengkan UMNO.

Mereka itu hidup senang lenang bersama sanak saudara dan rakan taulan mereka sedangkan rakyat majoriti hidup kais pagi makan pagi. Tapi..cuba lihat jawapan ibu saya di atas, menyentuh soal Akhirat dan Tuhan. Ini menunjukkan bahawa orang-orang golongan lama ini, biarpun mereka tak ambil pusing dengan agenda jahat dan rakus para pemimpin UMNO, tapi masih berpegang dengan sendi Ugama yang kuat. Jadinya untuk kita memberi kefahaman dan mendapat sokongan golongan ini, mestilah dengan menggunakan isu Ugama yang begitu pincang dalam UMNO. Kita mesti dedahkan dengan seluas-luasnya tentang keburukan moral dan akhlak para pemimpin UMNO dengan bukti-bukti yang jelas dan nyata, sehingga dapat menaikkan bulu roma siapa yang mendengarnya. Gejala murtad yang berleluasa dan tidak ditangani dengan jitu oleh UMNO juga mesti di sebarkan dengan luas.

Episod ini juga menjadi satu pelajaran dan peringatan berguna untuk diri Anwar sendiri. Dia yang selama 16 tahun didalam UMNO tidaklah membawa perubahan dan dasar yang begitu boleh dibanggakan selaku menjadi Menteri Pertanian dan Pelajaran dulu. Namun sokongan rakyat yang begitu padu terhadap Anwar sekarang semestinya dijadikan satu iktibar untuk Anwar supaya berjuang untuk rakyat terbanyak dengan lebih berwibawa. Walaupun Anwar mengingatkan kita bahawa dia tidak memerlukan air mata dari sesiapa, namun bila saya baca kisah-kisah bagaimana beliau dizalimi dan diaibkan, tidak dapat tidak air matalah saya jugalah yang menitis. Dalam pada kita sedap tidur dengan merangkul isteri kita, Anwar hanya sendirian didalam penjara yang dingin.

SISTEM PELAJARAN YANG MUNDUR

Selepas 40 tahun merdeka, sampai kini masih sibuk dengan kedaulatan bahasa Melayu dan kepentingan bahasa Inggeris. Ini adalah satu isu yang bodoh dan membuang masa saja. Jadikanlah bahasa Melayu itu tuan dibumi Malaysia ini dan galakkan orang mempelajari bahasa Inggeris, apa salahnya? Kalau tahu cakap 10 bahasa lagi bagus untuk semua orang !!! Sewajarnya kita yang pernah dijajah Inggeris mesti tau cakap Inggeris. Itu tak salah. Tapi jangan kita agongkan bahasa Inggeris !! Ini tidak, Dewan Bahasa sangat suka menciplak perkataan Inggeris dan dijadikan bahasa Melayu. Oleh sebab yang demikianlah orang mengatakan kita masih mendaulatkan bahasa Inggeris. Lihat saja perkataan-perkataan korupsi, induksi, produk, manipulasi, aplikasi, efisien, immunisasi, kontroversi dan macam-macam si si lagi. Dah gitu ada pulak satu menteri pelajaran Sulaiman Daud dulu kata bahasa Malaysia boleh jadi bahasa Dunia!! What a big joke man... Kini dah lebih 10 tahun Sulaiman Daud resign, tak pun jadi bahasa Dunia.. kenapa? Kalau nanti orang Inggeris tengok bahasa Malaysia penuh dengan si si basi tu.. Eeeh .. ini bahasa Inggeris ni..!!

Apalah salahnya Dewan Bahasa mengumpul dan buat satu kamus semua bahasa dan loghat suku kaum di Malaysia yang berbilang kaum ini, seperti bahasa Dayak, Kadazan, Murut, Dusun, Asli, Temiar, Banjar, Jawa, Bugis, Boyan dan loghat Penang, Kedah, Kelantan dan Minang kemudian dikutip sebutan-sebutan yang boleh diketengahkan dan dijadikan perbendaharaan bahasa Melayu yang baru. Ini tidak, sikit-sikit ambik bahasa Inggeris, tukar saja dari ..tion kepada ...si. Information jadi informasi. Senang punya kerja. Budak sekolah pun boleh buat. Tak perlu bayar gaji mereka mahal-mahal dan duduk dikerusi empuk dengan bilik hawa dingin. Kalau macam gini punya kerja, sampai mampus pun bahasa Malaysia tidak akan berdaulat dibumi sendiri, lupakan saja impian nak jadikannya satu bahasa Dunia.

Sistem pelajaran kita tidak menekankan sifat berdikari dan kematangan berfikir. Sistem sosial kita juga dipenuhi dengan protokol title nama-nama pembesar yang terlalu didewa-dewakan. Ini membuat rakyat jadi takut tak tentu pasal. Lihat saja title-title Yang Maha Mulia, Yang Teramat Mulia, Yang Amat Berhormat dan lain-lain lagi semuanya amat mendewa-dewakan orang itu. Padahal semua orang itu kentut dan taik dia pun bau busuk jugak. Apa istimewanya mereka itu? Cuba tengok sejarah Melaka, sampai buku Hikayat Hang Tuah pun ditulis orang. Sedangkan pada hakikatnya Hang Tuah tu seorang yang bodoh. Tak tau mana Raja yang zalim dan yang adil. Kononnya tak mau menderhaka. Dengan semangat inilah orang Melayu hidup merana dibumi sendiri. Takut nak melawan cakap ketua walaupun ketua itu salah. Mereka jadi dayus dan jadi tukang angguk saja. Macam dalam UMNO jugaklah. yoU Must Not Oppose !! Sepatutnya buku Hikayat Hang Tuah tu diharamkan saja, dan tulis pula buku Hikayat Hang Jebat. Sungguh memilukan yang buku itu disatu masa dulu dijadikan teks sastera bagi penuntut Tingkatan 6. Dan sekarang mereka itu sudah jadi pegawai atasan dalam kerajaan. Mereka yang dulunya menghafal dan menghayati semangat Hang Tuah bodoh !!

GEJALA MURTAD DI MALAYSIA

Rata-rata orang kampong tidak tahu tentang gejala murtad yang berleluasa di bumi Malaysia ini. Mungkin jumlah lebih dari 3000 orang Melayu Islam yang memohon untuk tukar nama di Pejabat Pendaftaran akan memeranjatkan orang-orang kampong yang masih menyokong UMNO. Apakah tujuan menukar nama kalau tidak untuk menukar ugama? Dan UMNO sebagai sebuah parti yang kononnya berjuang untuk orang Melayu dan ugama Islam hanya mampu berdiam diri apabila sekeluarga India muallaf dibunuh di Kelang, dan anak Pak Bohari murtad di Pontian. Apa bodoh sangat orang UMNO ni? Kalau pun takut dan dayus untuk menjadikan murtad sebagai satu alasan, kita boleh gunakan isu melarikan anak gadis orang, tangkap dia dan sumbatkan dalam penjara. Juga dengan isu anak Hj. Kamaruddin yang murtad, kita boleh gunakan isu melarikan anak orang tanpa kerelaan orang tuanya. Katanya Polis Malaysia ni yang kedua terhandal di dunia, takkanlah nak tangkap mereka yang bawa lari anak gadis orang pun susah sangat?Soalnya samada nak buat atau tidak.. itu saja.

MAMAK KUTTY LIWAT DULU

Sebelum Mamak Kutty membuat segala macam tuduhan liwat terhadap Anwar, adakah rakyat Malaysia sedar bahawa secara simboliknya, dia telah lebih dahulu meliwat semua bontot rakyat dinegara ini dengan isu-isu yang berikut: a. Pembelian Skyhawk yang menjunam bagai nak rak.. dan membunuh ramai pilot. Skyhawk atau lebih mirip kepada SKY HOAX ini sebenarnya adalah barang second hand. Berapa banyak yang masuk kocek Mamak Kutty dan menteri pertahanan masa itu supaya meluluskan pembelian barang antik yang bakal membunuh ramai pilot Melayu itu? b. Isu BMF Finance di Hong Kong hingga terbunuhnya Jalil Ibrahim, angkara pinjaman yang begitu banyak kepada George Tan. c. Kerugian 6 billion oleh Perwaja. d. Pemecatan Tun Saleh Abas. e. Penggunaan duit Petronas dengan berleluasa untuk bail-out syarikat kroni Mamak Kutty. Jadi sekarang ni apa yang Mamak Kutty sibuk sangat pasal liwat liwat ni? Sedangkan secara simboliknya Mamak Kutty telah terlebih dulu meliwat seluruh rakyat Malaysia, tua muda, lelaki dan perempuan termasuk pondan sekali. Bontot2 yang berak tak basuh pun tak ketinggalan juga diliwatnya sekali. He is really a fucking bastard isn't he?

KEGAWATAN EKONOMI

Memang sudah menjadi resam budaya kerajaan Malaysia, iaitu MANAGEMENT BY CRISIS. Sebagai kata pepatah "Sudah Terhantuk baru Tengadah". Cuba imbas kembali apa-apa yang telah berlaku selama ini: - Apabila telah ramai orang mati dijalan raya, barulah nak buat peraturan tak boleh memandu mabuk dan sebagainya. - Apabila saham dah jatuh macam nangka busuk barulah nak buat sekatan itu dan ini dalam perniagaan saham. Kenapa dulu tak buat begitu? Bukankah tak masuk akal mereka yang takda sijil boleh pula menggunakan sijil orang lain untuk berniaga saham. Apa punya business macam ni? Sekarang sudah terhantuk, baru nak buat sekatan. Sepatutnya sekatan itu dibuat sejak dulu lagi. Regulate betul-betul. - Bila ringgit dah jatuh merudum, baru nak di ikat (peg) ringgit dengan US dollar. Padahal kita boleh buat dari dulu lagi. Contohnya seperti China, mana boleh kita beli duit China di sini. Sebenarnya management by crisis ini adalah bukti jelas yang menunjukkan ketidakcekapan kerajaan dalam mentadbir kewangan negara. Mereka yang duduk disitu tidak ada mempunyai pandangan jauh kehadapan. Adakah logik ekonomi sebuah negara boleh jatuh dalam masa dua minggu? Padahal dalam masa dua minggu itu nelayan yang pergi menangkap ikan dilaut dalam baru nak pulang kepantai.

Sampai saja dipantai, dia dah jadi miskin dua kali ganda. Sepatutnya dagangan matawang itu sudah disekat dengan peraturan yang ketat sejak dulu lagi. Misalnya seseorang tidak dibenarkan membeli atau menjual ringgit lebih dari 1 juta dalam masa sebulan. Kalau begitu barulah kita tau orang itu genuine, kerana seseorang tidak perlu menghabiskan duit hingga sejuta dalam sebulan, kalau bukan untuk tujuan spekulasi. We must eradicate speculation at the very root. WHAT IS SO GREAT ABOUT PROTON? Sebagai sebuah negara kecil, apakah kita mesti memasuki perlumbaan untuk membuat kereta? Sekarang lihat, dalam suasana gawat seperti ini, syarikat besar seperti PROTON lah yang banyak menanggung musibahnya. Yang bodohnya tu, kereta yang dijual di England lebih murah dan lebih baik daripada yang dijual dinegara ini.

Semua orang tau, kereta export model sungguh baik buatannya. Kereta yang dijual disini dibuat dengan lebih kurang saja. Dengan dashboard yang berbunyi, belum sampai 3 tahun kereta Proton di sini sudah berbunyi bising diseluruh badan kereta. Ni apa ni? Adakah rakyat Malaysia mesti membayar subsidi kepada semua kereta yang dijual di luar negeri? Apakah peribahasa "KERA DIHUTAN DISUSUKAN ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN" itu yang menjadi tunggak perjuangan PROTON? Apakah rakyat Malaysia ini they are just NOT good enough to get the best? All the best mesti diberi pada orang putih. Inilah dia sistem keadilan yang dibawa oleh Mamak Kutty.

APAKAH KITA PERLU KEPADA BSKL?

Kononnya dengan berniaga saham kita boleh kaya cepat. Apa akan jadi kalau semua 22 juta rakyat Malaysia kerjanya main saham aje? Semua orang duduk dirumah dengan satu terminal dan setiap saat lihat mana kaunter naik mana turun. Itukah dia senario yang hendak kita lihat? Tentu tidak bukan? Inilah bukti bahawa pasaran saham itu sebenarnya tidak perlu. Kita tidak perlu pada pasaran saham untuk maju. Kerana pasaran saham itu sesuatu yang tidak real. Itu adalah perniagaan yang haram disisi Islam. Oleh kerana kita tak ikut cara Islam, maka sekarang terimalah akibatnya dengan senang hati. Tak perlulah salahkan orang lain. Spekulator asing memang mau cari untung dengan cepat. Yang boleh kita salahkan adalah diri kita sendiri. Kerana sebenarnya kitalah yang tamak. Kitalah yang terlalu terikut-ikut hendak sangat berniaga saham. kita tidak ada idea yang original. Apa yang kita telah buat hanyalah mengikut trend sistem kewangan dan pasaran dunia Barat tanpa mengambil kira segala risiko yang mungkin timbul hasil dari kebodohan kita mengikut cara mereka.

GAWAT KERANA BOROS BELANJA

Dengan terdirinya KLCC twin tower yang begitu megah.. siapa yang untung? Yang untung ialah: 1. Ananda Krishnan Kutty 2. Anak-anak Mamak Kutty 3. Main kontraktor - orang asing 4. Banyak sub-kontraktor .. syarikat asing juga 5. Para pekerja asing 6. Staff Petronas - kerana dapat bangunan baru yang sungguh indah Hanya lebih kurang 10,000 orang staff Petronas yang berbahagia dapat kerja dalam bangunan KLCC. Yang karpetnya tebal satu inci dan sangat indah. Kalau masuk tandas, hulur saja tangan bawah kepala paip, air pun keluar. Canggih betul. Dan bangunan indah itu di biayai oleh jerit payah dan keringat rakyat yang membanting tulang empat kerat untuk sesuap nasi bersama ikan kering dan sayur paku pakis yang ditanam tepi parit. Bayangkan hanya 10,000 daripada 22 juta rakyat Malaysia mendapat faedah langsung daripada kos yang berbillion itu. Orang Petronas ni.. kerja macam time kerajaan jugak. Pukul 4:30 petang semua dah balik. Kerja makan gajilah katakan. Mereka tu nasib baik aje dapat kerja dengan Petronas.

Bukan lah mereka tu pandai sangat. Duduk dalam ofis, ramai orang, tapi kerjanya bukan ada banyak sangat. Macam ofis kerajaan jugak. Kalau pihak swasta, satu orang buat empat lima kerja, tapi di Petronas dan pejabat kerajaan, 4 atau 5 orang pulak buat satu kerja. Orang-orang macam ginilah yang dapat privelege bekerja dalam bangunan yang amat canggih dalam dunia tu. KASIHAN RAMAI RAKYAT TAK MAMPU BELI RUMAH Sedangkan duit untuk buat KLCC tu.. boleh buat berapa banyak rumah kos rendah? Kalau kerajaan memang benar nak tolong orang susah, memang boleh buat. Tapi tak mau. Bangsat !! Rakyat miskin tak mampu beli rumah. Dah 41 tahun merdeka.. ura-ura nak buat kos rendah hanya tinggal dalam perancangan saja. Kalau adapun, nak bagi pada suku sakat mereka jugak. Yang ada tu tak layak dapat rumah kos rendah, tapi kerana pandai bodek UMNO maka dia dapat dua buah rumah kos rendah. Orang yang benar-benar layak hanya gigit jari. Lepas tu UMNO sibuk pulak pasal remaja lepak di pasaraya dan tempat umum. Kerana apa mereka lepak? Ramai diantara yang lepak itu anak orang susah yang tinggal di rumah-rumah setinggan yang tak sepertinya. Maka jiwa muda mereka memberontak melihat keadaan sekeliling yang membosankan itu. Bila lepak, bercampur gaul tentulah terjadi gejala yang tak sihat. Inikah yang dikatakan UMNO membantu kaum Bumiputera?

Harga rumah kos rendah yang dulunya 25,000 sekarang dah jadi 35,000. Gaji peon cuma naik 50 ringgit SETAHUN!! Macamana nak beli rumah? Polis prebet yang sekarang ni berlagak dengan kuasa yang ada, bila pencen pun tak mampu nak beli rumah. Kalau dari dulu dah buat banyak rumah kos rendah, harga masih 25,000 dan berikan kepada yang benar-benar perlu, tentu banyak masaalah sosial dan budaya lepak boleh di kurangkan. Bayangkan, dengan berbelanja RM2 billion untuk membina KLCC twin tower, kalau dibahagi dengan RM30,000 (sebagai kiraan kasar, kerana rumah itu dijual dengan harga RM35,000) bagi kos pembuatan sebuah rumah kos rendah, maka kita telah menyediakan sebanyak lebih dari 66,666 buah rumah kos rendah dalam masa dua tahun sahaja. Dan kerajaan akan mendapat pulangan yang pasti kerana setiap unit akan terjual. Kira sajalah, dengan membuat untung sebanyak RM5,000 kerajaan akan sudah mendapat jumlah keuntungan sebanyak RM5,000 X 66,666 = RM333,330,000.00 LEBIH DARI 300 JUTA !!

Dengan melaksanakan usaha diatas, bukan sahaja boleh untung malahan ramai rakyat miskin akan mendapat kehidupan yang lebih baik, anak-anak mereka boleh belajar dengan lebih selesa dan akan lebih berjaya dalam pelajaran. Gejala lepak akan menjadi kurang dengan sendirinya, kerana mereka ada rumah yang lebih selesa dari rumah setinggan, walaupun tak seindah Seri perdana, tapi cukuplah untuk lepak di rumah saja. Bukannya menangani gejala lepak itu dengan cara menghalang mereka dari datang ke kompleks membeli belah. Come on lah this is a free country for God sake !! Gejala lepak itu mestilah diatasi di root cause nya, iaitu dengan menyediakan taraf tempat tinggal yang lebih sempurna kepada golongan rakyat yang kurang mampu. DAN SEDARLAH BAHAWA GOLONGAN RAKYAT YANG KURANG MAMPU ITU LEBIH 90 PERATUS ADALAH ORANG MELAYU-ISLAM !!

Tapi dengan membuat KLCC twin tower, hanya sekadar untuk bermegah-megah dengan kata-kata Malaysia Boleh, lihatlah sekarang dalam kegawatan ini KLCC pun dilelong. Siapa yang mampu sewa disitu? Kos penyenggaraannya pun mahal nak mampus. Apa lagi dengan sistem Building Automation dari Thorn Security, Card Access Control dari George Kent dan Fire Alarm dari Tyco Engineering semuanya tidak berfungsi dengan baik. Inikah yang dinamakan satu projek bertaraf dunia? Yang jadi kelakarnya tu, ramai diantara mereka yang bekerja di KLCC twin tower tu, berlagak dengan tali leher dan beg James Bondnya sebenarnya tinggal di rumah setinggan yang tidak sempurna. Sungguh adalah satu contrast sebagai bumi dengan langit. Rumahku syurgaku konon mau dijadikan cogankata. Kalau duduk di Seri Perdana bolehlah cakap macam gitu. Tapi duduk di rumah setiggan.. ? Nak study pun susah. Rumah kecik, tak ada bilek khas untuk study. Adik beradik buat bising, nak buat homework pun susah.

Padanlah anak Melayu ramai yang tidak maju dalam pelajaran. Inikah yang dikatakan UMNO menolong orang Melayu-Islam? Pegi dah. Orang Melayu-Islam yang dulu kononnya di peras oleh penjajah Inggeris kini diperas pula oleh pemerintah dari bangsa mereka sendiri yang hidupnya hanya ingin bermegah-megah dengan mendirikan yang terbesar, yang tertinggi, yang tercanggih ...sedangkan jutaan rakyat tak ada rumah dan hidup kais pagi makan pagi. Pasal kita ada duit sikit dari hasil minyak.. maka para pemimpin ingat kita sudah terlalu kaya.. lalu lupa diri dan keadaan sekeliling. Mula lah mereka itu joli katak. Yang jadi kabinet minister semuanya macam tunggul saja, kerana semuanya takut hilang kerja. Inilah silapnya kerana menghayati semangat TUAH tu. Sepatutnya kita mesti hayati semangat JEBAT.

PROJEK BAKUN YANG JAKUN

Apakah projek Jakun itu benar-benar perlu? Ya.. kata Mamak Kutty memang perlu, kerana ia adalah projek yang besar. Dan lebih besar projek itu, maka lebih besar jugak dia dan kroni dia dapat buat harta untuk dibawa masuk dalam kubur bila mereka mati nanti. Lihat saja IPP (Independent Power Producer) yang menjadi beban pada TNB sekarang. Letrik yang mereka jana pun tak habis pakai. Dan TNB dipaksa oleh Mamak Kutty untuk membeli tenaga yang lebih itu. Apa punya bangsat peraturan seperti ini? Kononnya dengan projek Jakun, kita boleh jual tenaga kenegara jiran. Apa dia orang ingat jiran-jiran kita semua bodoh dan dungu macam kita? Mereka juga boleh jana kuasa sendiri. Dan tenaga elektrik adalah amat penting bagi kepentingan negara masing-masing. Mengapa mereka mesti mau bergantung pada kita? Dari segi strategik ekonomi dan keselamatan adalah amat bahaya kalau kita menggantungkan satu bahan tenaga yang penting ini dengan negara luar. Dunia tak selalu aman sayang ooii...Fikirlah sikit ada kepala hotak tu.. apa kepala dia orang tu isi taik ke? YB = YANG BANGSAT Apakah dengan mendapat title YB itu seorang akan menjadi terhormat?

Kalau perangai tak ubah macam syaitan, kerjanya hanya mengaut kekayaan negara dengan rakus untuk kaum keluarga dan kroni dia saja. Sepatutnya title YB itu kita sebut sebagai YANG BANGSAT. Dan tentulah title YAB itu menjadi YANG AMAT BANGSAT. Sebab itulah Mamak Kutty tak mau lantik TMamak Kutty sekarang ni sebab dia mau pakai title YAB (yang amat bangsat) itu untuk dirinya sendiri saja. Buat masa ini memang layak pun dia saja yang menggunakan title itu. Lihat saja wakil rakyat, elaun baru berapa sen, tapi mereka buat rumah besar dan pakai kereta Mercedes lampu bulat. Mana mereka dapat duit? Tapi rakyat semua diam, buat bodoh, pekakkan telinga dan buat-buat tak nampak. Mereka saban hari pergi sawah dan toreh getah, wakil rakyat punya hal jangan tanya, cukup masa mesti undi dan pangkah BN dan UMNO.

WILL ANWAR GET A FAIR TRIAL?

Itulah yang menjadi isu besar sekarang ni. Negara luar sehinggakan Mad Lin All Right pun ingatkan supaya Anwar gets a fair trial. Dan pemimpin-pemimpin UMNO pun bukan main angguk lagi.... Of course, of course Anwar will get a fair trial ...? OKlah kalau gitu, tapi ingat jika Anwar tak dapat FAIR TRIAL kita minta pada Mad Lin All Right supaya hantarkan sepuluh biji TOMAHAWK cruise missile ke Sri Perdana. Cuba kita kaji semula rentetan peristiwa yang terjadi..

1. Buku 50 dalil dimasukkan kedalam beg setiap perwakilan UMNO

2. Hakim yang malarang pengedaran buku 50 dalil ditukarkan

3. Anwar dilucutkan dari jawatan sebelum dibuktikan bersalah.

4. Bukan saja dilucutkan jawatan, malahan dilucutkan keahlian

5. Nalla ditangkap atas sebab lain, kemudian di hubungkait dengan Anwar

6. Affidavit yang menuduh Anwar disebarkan keseluruh negara melalui setiap media massa

7. Anwar ditangkap macam seorang penjenayah gangster. Pintu rumah dipecahkan.

8. Sukma dan Munawar ditahan dengan ISA, ditorture dan tidak dapat peguam sendiri

9. Anwar ditumbuk dalam tahanan

10. Anwar ditahan tanpa ikat jamin

11. Hakim Paul Augustine didatangkan dari Melaka. Adakah dia tu orang Tambi Cik?

12. Saksi Mohd. Said mengaku sanggup berbohong jika disuruh oleh Mamak Kutty Budak sekolah rendah pun boleh faham bahawa semua perkara yang dibentangkan diatas itu semuanya NOT FAIR. And now you are talking about FAIR TRIAL? What the fuck are you talking about? Boleh jadi hukuman untuk Anwar telah pun ditetapkan oleh Mamak Kutty sebelum perbicaraan bermula. Ini tidak mustahil boleh berlaku. Malaysia Boleh !! Apa yang lebih penting dari FAIR TRIAL ialah FAIR JUDGMENT !! Anwar must get a fair judgment. Dan sekarang ini para pemimpin UMNO sibuk pulak berkata mengatakan demonstrasi yang diadakan akan merugikan negara kerana investor akan takut nak datang.

APA YANG JADI BODOH GITU? KALAU PEMIMPIN UMNO YANG TAK MULAKAN DULU, TAKLAH SEMUA RAKYAT NAK DEMO. DULU MASA BELUM BUAT TAK FIKIR PANJANG. APA DIA INGAT RAKYAT SEMUA DUNGU MACAM DIA ORANG? SEKARANG NASI DAH JADI TAIK. TERIMA SAJALAH SEGALA AKIBAT DARI KEBODOHAN DAN KETAMAKAN MEREKA SENDIRI DENGAN SEGALA KEREDHAAN DAN SENYUMAN. SINDIRAN AL GORE - BERTEMU BUKU DENGAN RUAS Apabila Al Gore membuat ucapan dalam makan malam dipersidangan APEC yang baru lalu, semua orang kuat UMNO melenting, terutama Mamak Kutty. Nasiblah, selama ini rakyat hanya memendam rasa, dan tidak mampu untuk bersuara. Kritikan Al Gore adalah sebenarnya mewakili suara rakyat Malaysia yang sudah lebih 10 tahun tertindas oleh pemerintahan kuku besi Mamak Kutty. UMNO kata Al Gore biadap. Tapi adakah mereka melihat kedalam diri mereka sendiri?

Apakah penginiayaan keatas rakyat Malaysia berkenaan isu BMF Finance, Perwaja, Tun Salleh dan banyak yang lain itu bukan biadap? PADA HAKIKATNYA MAMAK KUTTY TELAH BEGITU LAMA BERLAKU BIADAP KEPADA RAKYAT MALAYSIA. RAKYAT DIPERBODOH BODOHKAN. KERANA DIA KINI LEBIH KEBAL DARI RAJA-RAJA MELAYU MAKA DIA BERLAGAK HANTU. TIADA ORANG YANG SANGGUP MELAWAN MAMAK KUTTY. OLEH SEBAB ITU TUHAN TELAH MENGHANTAR SEORANG YANG LEBIH BIADAP UNTUK BERLAKU BIADAP KEPADA MAMAK KUTTY. Jadinya apalah yang Mamak Kutty nak sibuk sangat tu? Don't worry brother.. you are among friends of your own kind. If you say Soros is a rogue, please also look at yourself, your sons and cronies, all of you are no better than lanun dan pemeras ugut professional.

PERHIMPUNAN REFORMASI YANG MEMENATKAN

Memang betul semua perjuangan perlukan pengorbanan. Reformasi juga perlukan pengorbanan yang tidak sedikit. Berapa ramai orang yang dah masuk ISA, dan ditahan dalam lokap, tanpa makanan (makan tengah hari jam 4:00 petang?) dan masuk penjara. Bukan saja hardcore Reformasi yang ditahan, orang lalu lalang yang tidak terlibat pun jadi mangsa, jadi korban Reformasi. Ramai orang Kampong Baru juga jadi korban Reformasi dengan tidak disengajakan. Bukan saya tak setuju dengan perhimpunan itu semua, saya setuju. Cuma ianya tentu memenatkan ramai orang dan ramai yang jadi mangsa belantan Polis sampai luka parah. Apa yang saya ingin sarankan ialah.. sudah sampai masanya kita bertindak melawan Polis. Pihak Polis, adalah sebagai robot yang jadi senjata pada Mamak Kutty. Memang Mamak Kutty menggunakan taktik menyelitkan "Element of Fear" terhadap rakyat supaya jangan menyokong Reformasi. Setiap kali perhimpunan, ramai yang luka parah kena hentam dan melecur kena air asid. Sekarang kita mesti lawan balik segala keganasan Polis itu. Next time, kita mesti bawa lastik, dan gunakan ball bearing sebagai bullet. Kalau tarik kuat-kuat, ball bearing ini perginya macam peluru pistol dan boleh menembusi perisai dan helmet FRU. Takkan asyik kita saja yang kena hentam. Sesekali kita mesti hentam balik. Kalau Polis tembak, biar ada yang mati. Kerana Reformasi perl .............(penulis artikel berhenti disini)

homepage