Reformasi Generasi ke Dua Peneroka FELDA

1. Saya seorang anak peneroka FELDA di selatan semenanjung. Telah bertahun saya hidup bersama masyarakat peneroka yang hidup serba daif dan sederhana. Walaupun kedaifan mereka tidak banyak berubah walaupun telah hampir setengah abad mengabdikan diri di ladang namum hakikatnya majoriti mereka adalah penyokong BN walaupun hakikatnya BN gagal mengubah nasib hidup mereka , ianya adalah satu fakta yang sangat sukar saya fahami.

2. Pengurusan FELDA hakikatnya adalah jentera firaun jelmaan UMNO lintah darat penghisap darah peneroka,

    1. Adakah patut FELDA membuat untung dengan mengenakan peneroka faedah pinjaman sehingga 6.0% keatas belanja pembangunan tanah sedangkan FELDA sendiri cuma dikenakan faedah pinjaman dalam kadar 2.0% oleh Badan-badan kewangan yang mengeluarkan pinjaman tersebut. Jika dikata untuk menampung kos pengurusan tidak logik kerana pembiayan pengurusan ditampung sepenuhnya oleh geran kerajaan persekutuan.
    2. Adakah patut jalan pertanian diladang dibaiki sekerap 4 kali setahun dan kontrak penyelenggaraan diberikan terus kepada anak syarikat FELDA yang diwujudkan khusus untuk tujuan tersebut. Mengapa jalan pertanian perlu diselenggarai sekerap itu dan jika FELDA jujur mengapa tidak ditenderkan kerja tersebut untuk memastikan kos yang rendah dan mutu kerja yang tinggi. Perlu diingat setiap sen wang yang dibelanjakan untuk tujuan ini ditanggung balik oleh peneroka nasib tak baik principal + interest.
    3. Manakan mungkin harga kelapa sawit dan getah yang dijual kepada kilang FELDA terlalu rendah dibandingkan dengan kilang swasta? Apakah adilnya peneroka yang menjadi abdi tapi pengurusan FELDA yang hidup macam raja di Banglo mewah di bukit damansara?
    4. Manakan mungkin Koperasi Peneroka FELDA (KPF) yang majoriti penyimpannya adalah peneroka dan wang koperasi tersebut hampir kesemuanya dilaburkan kedalam anak syarikat FELDA tetapi wakil-wakil peneroka didalam lembaga pengarah koperasi hanyalah Peneroka yang biasa yang pro-UMNO tetapi tidak tahu menahu sedikitpun mengenai perniagaan cuma seronok menuggu saguhati mesyuarat sebanyak RM200.00 dan elaun pengarah RM2000.00 , akibatnya wang peneroka digunakan untuk membiayai kereta-kereta mercerdes dan BMW pengarah-pengarah syarikat dan gaji mereka yang mencecah RM20,000.00 sebulan dan hakikatnya peneroka yang menabung masih kekal dengan motosikal cabuk dan ada juga yang masih berbasikal tua. Jika FELDA jujur mengapa tidak dilantik wakil peneroka dari generasi kedua yang Professional, bukannya generasi kedua peneroka tidak kurang dengan Peguam, Akauntan , Doktor, Engineer dan sebagainya tetapi hakikatnya FELDA tidak jujur kerana khuatir perbuatan pembaziran dan tipu helah mereka dipersoalkan.
    5. Saya hanyalah anak peneroka, tetapi setelah tiga abad hidup merempat akibat sistem kapitalis laknat yang didukung oleh UMNO dan BN membuatkan saya mual dan hinggakan saya tidak pernah mengundi mana-mana parti kerana tidak ada faedahnya. Kini semua golongan masyarakat telah sedar perjuangan UMNO dan jentera firaunnya bukan untuk memertabatkan nasib Bangsa melayu tetapi hanya untuk menjaga kepetingan golongan elite yang hanyut dengan naluri kapitalis mereka untuk merompak dan mengumpulkan harta rakyat sebanyak yang mungkin selagi terdaya. Modal zaman batu UMNO dengan menakutkan rakyat dan memomokan mereka dalah sangat bodoh bodoh dan memualkan. Saya memberi amaran , anak peneroka generasi kedua peneroka dalah mereka yang terdidik dan ramai yang berkelulusan dari LONDON dan States kami berbeza dengan ibu-bapa kami yang boleh digula-gulakan . Insyallah akan kami pastikan api reformasi terus marak ditanah rancangan yang kami cintai dan kami akan pastikan dalam pilihanraya nanti UMNO akan ditanam hidup-hidup. ----Jentayu.