UMNO dalam Dilemma

Assalamualaikum kepada semua pencinta keadilan,

Disini saya ingin menurunkan beberapa 'berita' yang saya dengar dari
seorang yang mempunyai pertalian rapat dengan seorang yang mempunyai
kedudukan yang sangat dekat dengan Dr. Mahazalim. Selain dari itu
pembawa 'berita' ini (Miss X) adalah seorang ahli UMNO, jadi 'berita'
yang disebutnya datang dari dalam UMNO. Yang menjadikan Miss X memberi
perhatian kepada 'berita' yang diterimanya ialah kerana kesahihan satu
'berita' yang sampai kepada nya dua minggu sebelum perkara itu berlaku;
ia itu berkenaan pemecatan DSAI dari jawatan TPM dan Menteri Kewangan,
walaupun 'berita' itu hanya menyatakan bahawa'satu perubahan besar' akan
berlaku dalam pucuk pimpinan negara! Kebelakangan ini Miss X mendengar
dan menerima 'berita-berita' ini:

    (a) Dr.Mahazalim mengarahkan disenaraikan nama dan
syarikat-syarikat  mereka-mereka yang rapat dengan DSAI DAN MUSNAHKAN
MEREKA!

    (b) Dr.Mahazalim tidak akan bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.
Ini disebabkan oleh hasil kajian yang dibuat diseluruh negara oleh
badan-badan persendirian dan terutama guru-guru KEMAS, didapati majoriti
rakyat tidak menolak UMNO tetapi mereka menolak Dr.Mahazalim.
Pemimpin-pemimpin UMNO mengakui bahawa Dr.Mahazalim telah melakukan
kesilapan besar memecat dan mengaibkan DSAI menyebabkan kegawatan dalam
UMNO dan wujudnya puak-puak yang sedang berlumba-lumba mencari pengaruh
untuk mengisi kekosongan kerusi yang dipaksa dikosongkan oleh DSAI. Maka
untuk menyelamatkan UMNO dari hancur pelan B akan dilaksanakan...DSAI
akan didapati tidak bersalah dan akan dipanggil balik memimpin
UMNO!!!Bagaimana semua ini akan dilaksanakan? Mustahil? Ada kemungkinan?
Ini persoalan-persoalan yang menjadi bahan perbincangan kami disini.
Dari kacamata orang biasa ini tidak akan berlaku, tetapi dari kacamata
orang politik, dalam politik semua boleh berlaku....Malaysia boleh!!!

Guru-guru kemas diarahkan bertanya kepada orang-orang kampung mengenai
sokongan mereka; kebanyakannya berkata selagi Dr.Mahazalim memimpin UMNO
mereka akan mengundi PAS; dan mereka mahu DSAI memimpin UMNO pada
pilihan raya akan datang! Maka demi UMNO Dr.Mahazalim akan undur dan
DSAI...all is forgiven!!

AWAS SEMUA!!! Ini mungkin perang saikologi Dr.Mahazalim dan kuncu-kuncu
untuk menenangkan ahli-ahlinya supaya tidak berhijrah kepada PAS dengan
memberikan harapan kosong kepada mereka. Bagi kita yang bukan ahli UMNO,
matlamat kita bukan saja singkirkan Dr.Mahazalim tetapi singkirkan
UMNO!! dan BN!

Seorang rakan sekerja telah pergi menghadhiri satu seminar/bengkel
kaunseling yang telah dikendalikan oleh seorang pakar kaunseling ternama
yang pada satu ketika dulu pernah menjadi TNC Hal Ehwal Pelajar disebuah
IPTA. Dato' Kaunselor ini memang pandai becakap walaupun kalau kita
pernah hadhiri satu ceramah olehnya tak perlu hadhiri ceramah yang lain
dilain masa dan tempat kerana beliau akan menyatakan perkara yang sama!
Maka menurut cerita rakan tadi di akhir ceramahnya Dato' Kaunselor telah
menyentuh hal politik semasa. Dato' Kaunselor memberi tahu sebab
Dr.Mahazalim memecat DSAI adalah kerana DSAI pergi berjumpa President
Clinton dan George Soros di Filipina sebelum SUKOM! Dato' ada melihat
bukti gambar DSAI dengan Clinton dan Soros! Tape pun ada!(Tak pasti
audio atau visual).Ini kali pertama saya mendengar 'berita' tentang
pertemuan DSAI dengan Clinton dan Soros. Ada sesiapa tahu pasal ini?
Adakah ini satu lagi perencanaan yang akan diajukan kepada rakyat tidak
lama lagi untuk melabelkan DSAI sebagai 'penghianat' negara? Semua orang
tahu sekarang,terutama Dr.Mahazalim dan kuncu-kroninya, bahawa fitnahan
mereka yang mengatakan DSAI rendah moral tidak diterima oleh rakyat
bahkan menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat kepada mereka. Maka
pelan Dr.Mahazalim dan kuncu-kroni seterusnya  ialah pastikan DSAI
dibenci rakyat kerana menjadi boneka Amerika dan Yahudi!!

Rakyat Malaysia yang arif dan bijaksana tidak akan tertipu lagi oleh
tipu helah Dr.Mahazalim serta kuncu-kroni nya. Dr.Mahazalim yang
menghianati bangsa dan ugama dengan meremehkan hukum Islam, memusuhi
ulamak-ulamak, membuka pintu kepada orang aseng membeli hartanah hak
Melayu...penjajahan secara halus!!!

Selamat menjalani ibadah puasa, semoga Allah menerima ibadah kita.

Wassallam.

Nurul Insaf