Kepada Semua Rakyat Malaysia + PDRM

-----------------------------------
   Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Mu ya Allah.  KepadaMu
kami memohon keampunan serta hidayah dan inayat.  Hanya kepadaMu yang
kami sembah dan tempat kami memohon petunjuk dan pertolongan.

   Barang siapa yang diberiNya taufik dan hidayah maka tiada satu
kuasapun selainNya yang mampu menyesatkannya.  Barang siapa yang
disesatkanNya juga tidak ada satu kuasapun selainNya yang sanggup
memberinya hidayah.

   Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad s.a.w. yang telah membawa
petunjuk dan pedoman yang sangat jelas.  Siapa sahaja mengetahui,
memahami, menghayati dan meyakini ajarannya pasti akan selamat serta
berbahagia di dunia dan akhirat.  Demikian pula sebaliknya, pasti akan
celaka siapa sahaja yang enggan mematuhinya.

   Telah sekian waktu suara-suara reformasi bergema diserata ceruk
rantau negara ini dan juga di luar negara.  Hari demi hari...minggu
demi minggu.......bulan demi bulan....dan mungkin tahun 
demi tahun.  Telah mula menitik titisan darah merah membasahi bumi ini.
 Telah menular subur tiupan bayu kebencian, kemarahan, kata-mengata,
hasut menghasut, hina-menghina dan permusuhan di kalangan kita yang
bergelar makhluk Allah.  Kita yang berbangga dengan gelaran BANGSA
MELAYU dan kita yang kononnya mengaku beragama ISLAM.

   Malang........demi masa sesungguhnya manusia itu(Melayu) di dalam
kerugian.  Apakah asas perjuangan kita?  Untuk BANGSA?  Untuk NEGARA
atau untuk AGAMA?  Jika benar kita manusia yang beriman dan bertaqwa
yang berpaut kukuh pada RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN serta mengakui
menerima dua kalimah syahadah seperti mana Roh kita melafazkannya di
awalan kejadian....surutlah ke pangkal jalan.  Sempurna dan tunaikanlah
perjanjian kita dengan Allah Taala.  "Sesungguhnya janganlah kamu
menjadi Yahudi, Nasrani, Majusi....Manusia Munafik.

   Janganlah sampai kemungkaran dan onah yang dilakukan oleh manusia
munafik dan manusia jin ini, maka diturunkan Allah satu pembalasan yang
turut dirasai oleh mereka-mereka yang tidak berdosa.  

   Dewasa ini, kita memusuhi polis.  Lepas ini kita akan memusuhi
tentera pula.  Mereka kita hina.  Mereka kita caci dan kutuk
habis-habisan.  Polis bacul....polis zalim....bahkan ada yang
mengatakan polis anjing.(Memang tidak dinafikan ada segelintir polis
yang bersikap zalim dan kejam 
terhadap rakyat yang tidak berdosa).  Sedangkan kita sendiri......? 
Janganlah kita menjadi manusia jahiliah.  Jangan pula kita menjadi
manusia munafik atau pula MANUSIA JIN!!!
  
   Tafsir dan hayatilah apa yang terkandong di dalam kitab suci
Al-Quran tentang Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Pemimpin Dan Pengikut.
 Tafsirkan pengertian sebenarnya MANUSIA MUNAFIK dan MANUSIA JIN. 
Jangan kesampaian kita menjadi MELAYU JIN!!!

   Senario sekarang sepatutnya, kita merumus jalan kedamaian,
keharmonian dan kesejahteraan rohani serta jasmani.  Jangan kita sibuk
khianat-mengkhianati, kutuk mengutuk dan memusuhi di antara satu sama
yang lain.  Jangan kita turuti ajaran Iblis, Manusia Jin dan Melayu
Jin:  Gajah sama gajah berperang, pelanduk mati di tengah-tengah.
MAHATHIR.....RAHIM NOOR kamulah DAJAL di alaf ini!!  Allahuakbar!
Allahuakbar! Allahuakbar!

   Percayalah kepada keagongan dan kebesaran kuasa Allah!!  Bagi
mereka-mereka yang mengkhianati AGAMA, BANGSA dan NEGARAnya pasti akan
menerima pembalasan dari Allah Taala.  Ingatlah Allah memperkenankan
doa-doa orang-orang yang teraniaya.

   Sebaik-baik makhluk yang dijadikan Allah adalah 
MANUSIA.  Kepada manusia telah dianugerahkan akal dan fikiran untuk
digunakan secara bijak dan matang dalam membezakan faktor dosa, pahala,
halal dan haram.  Tapi...sepandai-pandai manusia janganlah pula kitab
suci Al-Quran hendak ditafsir berasaskan hukum logik!!  Sesungguhnya
diri manusia itu tidak mampu mengeathui dari apa yang telah ditetapkan
oleh kudrat dan iradat Allah Taala.  Maka bertaqwalah kita kepadaNya. 
Jangan kesampaian ISLAM berkubur tanpa berbatu nisan dan cuma
meninggalkan nama BANGSA MELAYU saja!

   Tunggulah......Insya-Allah di dunia dan di akhirat kamu akan
menerima dan merasa akan pembalasan dariNya!!!!!!!


SALAM REFORMASI

MULKIM