MAHATHIR DAN CNN

Saya dah berminggu2 tak nonton apa yang dikatakan 'Berita' yang disiarkan oleh stesen2 TV yang dikuasai oleh Entiti Mahathir. Tapi 2 hari lepas saya bertandang ke rumah kawan dan diorang tengah tengah tengok TV yang waktu tu tengah siar 'berita'.

Kelihatan dikaca TV Dr Mahadurjana sedang di temubual oleh CNN. Bukan main berseri muka Dr M. Dia kan dah Datuk Seri, jadi 2 kali seri lah! Bukan main suka kelihatan dia dapat cakap kat CNN, bukan main ceria, bukan main seronok, nampak syok dia ..syok sendiri!! Maklumlah seluruh dunia dengar dia cakap.

Nah, inilah dia CNN yang dia hentam selama ni ..CNN sebagai satu dari media asing yang berat sebelah, tak bertanggungjawab, tak macam media tempatan,CNN yang asyik memburuk2an Entiti saja, tak pernah tulis yang baik2 pasal Entiti. Entiti Mahathir yang menguasai segala2 nya di Malaysia sentiasa kasi tau rakyat jgn percaya CNN dan lain2 media asing, tirulah macam media tempatan yang sentiasa lapor berita benar, kononnya mengikut Entiti mahathir. Tapi inilah CNN yang dia maki hamun, yang dia cerca, yang dia kutuk, yang dia hentam dan macam2 lagi .. tapi bila DRr M dapat cakap kat CNN, wah wah, bukan main seronok, kembang kempis pipi dia, senyum simpul, terkemut2 lubang hidung dia sampai naik menyampah saya tengok. Dia nak CNN dan media asing macam tu lah, cakap dan dengar cakap dia saja. Dulu bila DSAI cakap dengan CNN, diorang dalam Entiti Mahathir marah2 seolah2 DSAI tu pengkhianat tak trust media tempatan.

Nah, sejahat2 media asing macam CNN, sekurang2nya dia bagi juga peluang Dr M cakap, tapi 'sebaik2' media tempatan, bukan saja tak kasi peluang pada DSAI tapi dia tabur fitnah pula.

Saya pikir kalau Dr M kuasai dunia, dia akan extend ISA ke seluruh dunia .. International Security Act.. dia tangkap habis semua wartawan media asing seluruh dunia dan masuk mereka dalam jel. Tapi dia cukup frust sebab tak boleh control dunia, tu yang dia naik gila sejak akhir2 ni.

Elma Lizia