Saudara Mahazalim,

Saya baru saja mendengar berita jam 8 TV3. Saya terpegun dengan cara TV3 memutarbelitkan kenyataan Dr. Chandra Muzaffar. Pembaca berita TV3, memetik berita AFP, mengatakan Dr.Chandra telah berpendapat bahawa "kenyataan Al Gore menunjukkan seolah-olah terdapat campur tangan Amerika dalam gerakan reformasi...".

Setahu saya, sebenarnya apa yang dikatakan oleh Dr. Chandra adalah..." ada pihak tertentu yang akan mempergunakan ucapan Al Gore itu dengan sepenuhnya untuk memberi gambaran seolah-olah gerakan reformasi ini didalangi Amerika..."

Perbuatan keji TV3 yang tak bermaruah ini harus ditentang habis-habisan. Berharap Laman ini dapat mendapatkan kenyataan penuh Dr. Chandra Muzaffar dan menterjemah serta menyiarkannya di laman ini.

Sekian.

 

BERIKUT DISERTAKAN KENYATAAN PENUH
DR CHANDRA MUZAFFAR

Komen Al Gore

Perisytiharan terbuka Naib Presiden Amerika Al Gore yang menyokong gerakan reformasi akan digunakan sebagai senjata bagi mereka yang menentang gerakan tersebut. Mereka kini akan menggunakan komen itu untuk melecehkan gerakan reformasi sebagai gerakan yang diilhamkan oleh Amerika yang mendapat bantuan dan sokongan kuasa luar. Komen Gore tersebut akan dieksploit oleh mereka yang selama ini menuduh kononya terdapat perencanaan CIA untuk menghuru harakan negara dan mengguling Dr. Mahathir Mohamad.

Amat sedih sekali jika gerakan untuk reformasi demokratik ini di perburukkan dengan cara sebegini. Ini adalah kerana isu yang ditimbulkan oleh gerakan tersebut selama ini merupakan asas penting untuk masa depan negara kita. Samada masih ada lagi ruang demokrasi, atau terdapatnya pengagihan kekayaan yang lebih seimbang serta pembenterasan yang lebih efektif terhadap rasuah kaum elit di masa-masa akan datang, adalah merupakan isu-isu yang menyentuh setiap rakyat Malaysia.

Tetapi perjuangan untuk mewujudkan Malaysia yang benar-benar adil dan demokratik dengan kepimpinan yang jujur di tampok pemerintahan, di dalam penelitian akhir, sebenarnya adalah perjuangan rakyat Malaysia. Tiada kuasa asing, bagaimana kuat sekalipun, boleh cuba untuk menentukan atau dibenarkan untuk menentukan, hasil yang akan diperolehi dari perjuangan yang amat berharga ini.

Dr. Chandra Muzaffar
Presiden
International Movement for a Just World
17 November 1998