Komen untuk kempen Cetusan Rasa dan Patriotik

Kita semua tahu berbagai usaha telah diambil oleh kerajaan untuk menarik simpati rakyat. Bermacam-macam kempen telah dilancarkan untuk meraih sokongan orang ramai yang semakin hari semakin pudar. Baru-baru ini (pada 29/12) kita semua disuakan dengan kempen Cintai Malaysia. Tok Mat Bulat dengan bangganya telah menjemput Dr MM untuk merasmikan pelancarannya.

Hari ini sudah enam hari kempen tersebut berjalan, dan pada hari ini jugalah saya berpeluang menziarahi laman webnya di: http://kempen.gov.my. Seperti yang saya duga, komen-komen daripada pengunjung adalah amat bertentangan sekali sambutannya. Banyak komen yang datang dari pelawat mengutuk dan mengeji Dr MM dan kroni-kroni beliau. Kepada para pembaca semua, yang masih belum berkesempatan melawat laman web tersebut sila ke sana dengan segera dan luahkan perasaan ketidakpuasan hati anda. Laman tersebut mungkin akan dilucutkan dari net sekiranya sambutan yang diterima masih lagi negatif. Alasan yang akan diberikan oleh Tok Mat Bulat nanti ialah berlaku masalah teknikal. Alasan yang amat hodoh dan bodoh.

Disini, apalah gunanya kerajaan membazirkan duit mengadakan satu kempen yang sia-sia. Sudah tidak ada simpati lagi untuk Dr MM. Umum sudah pun tahu apa jua bentuk kempen yang akan di jalankan pasti mendapat tentangan dari orang ramai. Adalah lebih molek duit yang dibelanjakan untuk kempen tersebut disalurkan kepada golongan yang lebih emerlukan. Berapa ramai nasib rakyat yang tidak terbela serta menderita di negara yang dikatakan baik taraf ekonominya (tapi sekarang ini ada masalah). Cerita terbaru tentang nasib malang rakyat ialah tentang kejadian merobohkan rumah setinggan di Kampung Seri Murni, Ampang Campuran. Dimana pihak yang bertangungjawab pada tika dan saat ini? Tidak adakah tindakan dikenakan terhadap pemaju terbabit.? Ialah golongan setinggan berkenaan adalah golongan yang kurang berada. Mana ada duit nak jolok sana sini. Kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab, baik polis, kerajaan atau pun pemaju terlibat, mereka ini adalah manusia, bukan binatang. Oleh itu berbudi bahasalah sikit.

Yang amat menghairankan saya ialah sikap Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Azmi Khalid. Beliau berjanji tidak akan melakukan apa terhadap kawasan perumahan setinggan tersebut, tapi janji tinggal janji sahaja. Beberapa hari sebelum tahun baru, menteri sekor ni bukan main gah lagi berkempen sayangkan negara, tapi bila tiba masalah masyarakat macam nie lansung tak bersuara. Di sini saya ingin mengingatkan timbalan menteri berkenaan bahawa semangat patriotik bukan sekadar mengibar bendera, tapi menolong golongan yang susah dan tak berdaya di negara sendiri juga lebih penting dan patriotik, PAHAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Oleh itu saya menyeru mana-mana badan atau individu yang ingin melaburkan duit atau harta benda bagi menyahut seruan kerajaan dalam kempen patriotik ini, supaya mensedekahkan sahaja aset-aset dan wang tersebut kepada mereka yang lebih memerlukan. Dalam bulan Ramadhan ini eloklah membuat banyak amal jariah. Kita rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama amat menyanjung dan cinta kepada tanah tumpah darah kita sendiri. Kita semua memang mempunyai semangat patriotik terhadap negara. Tidak usahlah kita semua mudah digula-gulakan dengan berbagai kempen ‘PATRIOTIK’ yang kunun pada zahirnya menyokong negara tapi realitinya untuk menyokong Dr MM serta kroni-kroni beliau.

Dengar khabar, belanja yang dikeluarkan oleh MBF dalam kempen kibarkan bendera Malaysia sebanyak lebih kurang 6 juta ringgit. Kan lebih baik jika duit tersebut disimpan atau dibelanjakan untuk menolong golongan yang kurang bernasib baik. Baru-baru ini juga kelab penyokong kerajaan (lebih elok dinamakan KELAB MENYOKONG MAHATHIR & KRONI) telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar dalam kempen kibarkan bendera negara sempena 31 Disember 98. Saya adalah mereka yang ‘ditahan’ untuk diberikan bendera tersebut secara percuma. Bayangkanlah jika harga bendera tersebut paling cikai pun RM10.00, kalau beribu-ribu helai tu dah berapa. Itupun belum tolak lain-lain kos sampingan lagi. Satu perkara yang meragukan saya, kepada siapakah diberikan tender untuk membuat dan membekalkan bendera-bendera tersebut. Mungkin kepada syarikat-syarikat kroni menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat yang terlibat dalam kempen tersebut.

Kesimpulan disini ialah, kepada semua rakyat Malaysia yang waras, terutamanya kepada rakyat Sabah yang akan melalui pilihanraya tidak lama lagi, undilah calon-calon dari wakil pembangkan. Marilah kita sama-sama tumbangkan Dr MM dan kroni-kroni beliau yang kita semua sudah tahu memang korup.