Azizan Yang Bercanggah

1) Azizan, pada hari kedua perbicaraan, menyatakan bahawa beliau TIDAK
INGAT lansung TARIKH dan TEMPAT berlakunya kejadian liwat.  Beliau cuma
ingat masa berlaku, iaitu antara 1930 to 2030 hrs. TETAPI, dalam sessi
rebuttal, belaiu menjawab bahawa beliau tidak dapat MELUPAKAN satu
kejadian anatra beliau dengan DSAI dan SUKMA dan ingat tarikhnya pula
iaitu May 1992.  Di satu waktu beliau tak ingat LANSUNG, di waktu lain
beliau TAK BOLEH LUPA.

2)  Beliau menyatakan kepada Fernando menjadi PEngarah Azariq kerana
Azariq mengalami masaalah kewangan tetapi kepada Gurbachan beliau
menyatakan bahawa Azariq di dalam keadaaan kewangan yang baik dan
kemasukkan beliau ke Azariq tidak untuk membawa modal atau wang.

3) Beliau mengaku masih memakai kereta syarikat Azariq, sedangkan beliau
telah meletak jawatan dari Azariq.

4) Beliau sekejap kata diliwat dan sekejap kata tidak diliwat kemudian
kata beliau diliwat semula oleh DSAI.  Beliau menyatakan kepada Fernando
bahawa beliau diliwat di rumah DSAI, di hotel2 tetapi tidak pernah
mengaku diliwat di APARTMENT, sedangkan apartment itu adalah salah satu
kejadian yang tidak dapat dilupakan

5) Beliau mula2 kata beliau tidak tahu yang apa yang berlaku kepada
beliau itu salah, tetapi lepas tu kata yang selama ini beliau memang
meneydari yang perbuatan beliau itu salah

6) Beliau adalah PENIPU BESAR sebab mengikut driver DSAI yang sekarang
ini, Azizan memang SELALU ke rumah DSAI dan tidak pernah takut untuk
pergi ke rumah beliau.

7) Azizan pada satu waktu menyatakan yang beliau kerap menziarahi Anawar
kerana beliau amat rapat dengan Anwar, dan pada waktu lain beliau kata
beliau amat rapat dengan anak2 DSAI (meneybabkan si Nurul tercengang2
dan bertanya2 kepada ibunya DSWA akan benarkah belaiu amat rapat dengan
Azizan).

homepage Minda Anwar