Penipuan Akan Terbongkar
- Allah Maha Berkuasa

Sesuatu penipuan apabila dilakukan terpaksa diadakan penipuan yang lain untuk menutupi penipuan yang telah dilakukan tadi. Dan begitulah seterusnya penipuan selepas penipuan terpaksa diadakan untuk menutupi penipuan yang seterus. Lama-kelamaan satu demi satu akan terbongkar penipuan yang dilakukan. Jika tidak pun akan nampak percanggahan fakta-fakta yang direka untuk penipuan-penipuan tersebut.

Allah Maha Berkuasa. Manusia boleh merancang dan Allah menentukan.

Bagi menjayakan konspirasi mereka, setiap hari pakar-pakar konspirasi terpaksa mengadakan satu demi satu penipuan bagi menutupi penipuan yang telah dilakukan. Mereka tidak boleh berhenti berehat. Dan setiap fakta palsu yang direka terpaksa diteliti sepenuhnya agar ianya tidak bercanggah dengan yang sebelumnya.

Namun Allah Maha Berkuasa.

Dalam mengadakan pelbagai penipuan, lama-kelamaan akan timbul percanggahaan demi percanggahan yang tidak konsisten dengan yang dipalsukan sebelumnya hasil dari penipuan demi penipuan yang telah dilakukan.

Saya akan cuba senaraikan beberapa pengamatan yang telah saya lakukan. Saudara boleh memikirkannya sendiri dan mungkin dapat mengandakan lagi senarai ini. Hanya mereka yang buta hati dan tuli pemikiran akan menolak bukti-bukti yang jelas dan nyata yang telah Allah bongkar untuk menyedari manusia dan mengembalikan mereka ke jalan yang benar.

  1. Anwar mula ditahan pada 20 September atas kesalahan liwat (337D). Tetapi cara tangkap dilakukan bukannya untuk pesalah seksyen tersebut dengan pasukan elite bertopeng lengkap (balaclavas) dengan senjata automatik. Kemudian ditukar pula kepada akta ISA.
  2. Selepas Anwar ditangkap, minggu berikutnya KPN menyatakan bahawa Anwar akan di hadapkan ke mahkamah pada "minggu ini" (yakni selewat-lewatnya 26 Sep). Tetapi semua maklum bahawa Anwar dihadapkan ke mahkamah pada bulan Oktober.
  3. Apabila dipecat, ada beberapa pertuduhan telah dibuat, polis telah mempunyai bukti untuk dituduh. Tetapi kenapa Polis mengambil masa 18 hari baru ditangkap Anwar. Kalau betul cukup bukti - tidak perlu tunggu sekian lama untuk menangkapnya.
  4. Setelah ditangkap kenapakah Polis memerlukan masa yang lama untuk dihadapkan Anwar ke mahkamah. Adakah masih belum lengkap kes untuk di bawa ke pendakwaan atau kerana melindungi lebam yang ketara.
  5. Cerita pasal lebam, Allah Maha Kuasa, mereka sekarang sudah panik dan gabbra kerana laporan masih belum dapat disiapkan. Sudah lebih tiga (3) bulan. (Untuk bacaan lanjut sila rujuk www.geocities.com/Pentagon/Bunker/1711/bahan488.html No. 3 dan http://www.geocities.com/Pentagon/Bunker/1711/bahan199.html ) Kita berbicara lagi pasal lebam di akhir-akhir rencana ini.
  6. Hanif Omar menyebut bahawa beliau telah mempunyai bukti kukuh atas salahlaku Anwar semenjak 1992 dan beliau telah membawa bukti-bukti tersebut kepada Mahathir pada tahun 1993. Bukankah ianya bercanggah dengan laporan yang dibuat oleh bekas Ketua Cawangan Khas Polis Mohamed Said Awang. Allah Maha Kuasa, dalam laporan (yang dijadikan bahan bukti mahkamah) kepada Mahathir bertarikh 20 Ogos 1997 Said menyatakan tuduhan-tudahan tersebut adalah palsu dan tidak benar.
  7. Bukankah apabila Hanif "mengaku" bahawa beliau pernah membawa kes ini kepada Mahathir dan Mahathir diam maka beliau pun tidak meneruskan dakwaan menunjukkan ada unsur-unsur yang lazim di dalam amalan pihak Polis untuk melindungi seseorang atas arahan PM. Mungkin ramai lagi yang ada kes tetapi telah di"standby" di atas meja PM. Kes-kes tersebut akan dijadikan suatu ugutan.
  8. Dan kalau betullah Hanif pernah beritahu Mahathir. Dan Khalid Jefri tahu banyak sangat "skandal" Anwar sampai boleh direkakan 50 sebab. Kenapa Khalid tak pernah pun sebut dalam bukunya laporan Hanif kepada Mahathir? Atau, Hanif baru saje terpaksa jadi Pak Sanggup kerana masalah Income Taxnya yang tak terselesai?
  9. Saksi pertama pendakwa raya dalam kes pembicaraan Anwar tersebut turut menyatakan bahawa beliau mungkin sanggup berbohong jika disuruh oleh Dr. M. Dan jika diikuti kes tersebut terutama perbicaraan pada 4, 5 dan 6 November, jelas terbongkar beberapa pemalsuan dan percanggahan fakta dan cerita yang dibawa oleh Said Awang. Ini termasuk keengganan beliau untuk menyatakan kaedah "turning over" sebagai suatu "trade secret" cawangan khas telah didemonstrasi oleh pegawai yang lebih rendah dari Said Awang. (kalaulah pengawai rendah enggan tetapi pegawai lebih atas "over rule" saya faham sikit).
  10. Semasa disoal di mahkamah, Mohamed Said juga turut menyatakan bahawa beliau sanggup berbohong jika disuruh oleh Mahathir. Bukankah dengan itu terbukti Said tidak mempunyai kredibiliti sebagai seorang pegawai Polis yang berpangkat tinggi yang sanggup berbohong dan memaksa orang lain menukar pendirian kerana disuruh oleh ketuanya. Ketuanya di sini boleh jadi Menteri Dalam Negeri dan juga KPN.
  11. Apabila Ruslan Kassim membongkar cerita buku 50 dalil diedar berleluasa dan dimasukkan dalam beg perwakilan di perhimpunan UMNO 1998 walaupun injuksi terhadap pengedaran buku tersebut telahpun diperolehi, Setiausaha UMNO (Sabaruddin Chik) menjawab (dan dapat didengar seluruh Tanah Air melalui siaran langsung RTM) bahawa hanya satu sahaja beg perwakilan yang dimasukkan buku tersebut dan adalah suatu kes yang terpencil (isolated) dan tidak mungkin Sekretariat Pusat UMNO harus dipertanggungjawabkan. Namun, lebih seribu ahli perwakilan yang hadir tidak dapat diperbodohkan. Mereka yang mendapat naskah buku dalam beg mereka amat tahu bahawa Sabaruddin berbohong. Mereka yang tidak hadir perhimpunan UMNO pada masa itu mungkin termakan oleh helah Sabaruddin - tetapi sampai bila dan untuk berapa kali?
  12. Dalam keghairahan Rais Yatim hendak membuat "comeback" (kembali semula bergiat dalam UMNO) selepas mencerca dengan jijiknya ketika didalam Semangat 46, beliau terlupa apa yang telah ditulisnya sebelum ini. Kritikan semasa di luar parti yang diludahnya terhadap badan kehakiman telah dijilat kembali. Di akhir-akhir ini, ketika menjadi jurubicara yang dilantik sendiri dan dipergunakan oleh mereka yang berkedudukan, Rais menyanggah hasil thesis dan buku yang dikarangnya pada tahun 1994. Lidah bercabang ke?
  13. Begitu juga dengan Ibrahim Ali. Ketika di dalam Semangat 46 juga dijajanya merata-rata bahawa tidak akan kembalinya beliau ke dalam UMNO. Malah sanggup bersumpah untuk menjilat duxxx Dr. M. Suatu perkara yang saya tidak dapat pastikan samada beliau sudah atau tidak melakukannya sehingga kini beliau sendiri melantik dirinya sebagai "gedeber" (kaki pukul) rasmi Dr. M. (untuk baca pengakuan Ibrahim Ali - sila rujuk https://members.tripod.com/~mahazalim/munafik.html )
  14. Cerita Ibrahim Ali banyak boleh disambung lagi. Menubuh PASRAH (kumpulan anti-homoseks - dan membuat saranan agar pesalah homoseks dikenakan hukuman yang lebih) kononnya untuk mendapat sokongan Dr. M. Tetapi Ibrahim lupa bahawa Marina Mahathir berpegang kuat fahaman "free-sex" (atau seks bebas) asalkan memahami bahaya seks tanpa perlindungan. Marina adalah pendokong "ajaran jangan mempersoalkan fahaman seks seseorang" (sama ada Gay atau Lesbian dsbnya) asalkan seseorang itu mengambil perlindungan dari dijangkiti AIDS. Akhirnya Ibrahim mengalah kerana takut dimurkai oleh bapa Marina. issh-issh … itu baru ditegur oleh anak Mahathir belum lagi disergah Mahathir sendiri.
  15. Bercakap pasal kelantangan Marina dalam hal "free sex", ini kerana hendak menjadi pejuang anti-AIDS, beliau bisu seribu bahasa untuk mempersoalkan tuduhan "homoseks" yang direka oleh bapanya sendiri. "Double standard" kan?
  16. Berbalik cerita Ibrahim Ali, orang-orang yang kenal dengannya ini memang kenal sangat bahawa Ibrahim ini adalah seorang yang bacul dalam perjuangan dan hanya berani bercakap di belakang. Semenjak zaman pengajian tinggi memang orang tahu, Ibrahim turut serta dalam demonstrasi bersama Anwar dan Hishamuddin Rais dulu. Namun rakan sebaya Ibrahim amat tahu, Ibrahimlah orang yang terlebih dahulu lari bertempiaran menyembunyi bila diugut oleh Polis/FRU jauh sekali dengan keberanian yang tunjuk oleh Anwar. Begitu juga ketika beliau memulakan membuat rusuhan dan menyembunyikan tangan di Kelantan untuk menjatuhkan kerajaan PAS melalui MAGERAN yang diisytihar selepas PAS keluar dari kerjasama dengan UMNO dalam pemerintahan negara beberapa ketika dulu. Dan banyak lagi …
  17. Ibrahim Ali turut menjadi jaguh untuk menangani gelombang REFORMASI. Beliau turut mengaturkan strategi untuk "cuba" menunjuk perasaan menyokong kerajaan di hadapan kedutaan Filipina tempoh hari. Siapa yang telah digunakan beliau untuk meramaikan bilangan (itu pun 200 orang sahaja) … Allah Maha Kuasa bukankah gambar terpampan di merata (RTM/TV3 dan Harakah) kebanyakkan penunjuk perasaan adalah kanak-kanak sekolah.Tak sampai seminggu sebelum itu beberapa pemimpin anti-REFORMASI begitu lantang menegur pendokong reformasi membawa wanita dan kanak-kanak untuk berdemonstrasi. Juga "double standard" kan?
  18. Najib Razak sibuk arah sana sini melarang kumpulan reformasi yang menpengaruhi (memperguna? - katanya) pelajar sekolah, pelajar universiti mahupun guru-guru. Apahal dengan kerja Ibrahim Ali di kedutaan Filipina? Takkan Najib buat tak nampak. Kalaupun kerana ia terpampan dalam Harakah beliau nak tuduh pemalsuan. (Dalam RTM/TV3 dengan jelas menunjukkan gambar pelajar-pelajar tersebut). Allah Maha Kuasa mereka tidak dapat melindunginya.
  19. Apahal pula dengan Sanusi yang panggil pelajar sekolah ke UUM untuk memfitnahkan Anwar dengan menyiarkan kaset kononnya Anwar (sebenarnya Yusof Chong) mengorat (sebenarnya Sanusi menipu namanya sebab tajuk program ialah ceramah kerjaya).
  20. Pasal program di UUM tu, apabila dikatakan suara "Anwar" tidak jelas dan tak mungkin suara itu suara Anwar, Sanusi memberi sebab bahawa "tape" itu telah disalin banyak kali sebab itu tidak jelas. Allah Maha Kuasa - rakyat jelata telah mendengar tape MT UMNO (3 Sept) dan dia lupa apa yang telah dia cakap dalam tape itu bertentangan dengan di UUM. Kita boleh dengar taktik yang sama digunakan oleh Sanusi dengan memperdengarkan tape itu pada mesyuarat tersebut tetapi apabila ianya juga tidak jelas, beliau memberi sebab bahawa bateri pula yang lemah. Takkanlah mesyuarat penting seperti itu - tak boleh sediakan perakam kaset yang lebih canggih dengan kuasa bateri yang baru (kenapa tak pakai letrik?) - kenapa pula di UUM sebab yang diberikan ialah kerana telah dirakam banyak kali - bukankah dia yang menjaja di seluruh negara dengan tape itu - mesti dia masih simpan yang asal yang dimainkan di mesyuarat MT. Saya hairan dengan tape-tape lain yang dijual di pasar malam - tak pula suaranya tak jelas walaupun telah disalin beratus kali. Lain sebab untuk lain ketika?
  21. Cerita pasal tape mesyuarat MT. Berdolak dalih sekali. Dan macam-macam reaksi dan komen. Ada yang buat-buat terkejut bila ditanya pasal penyebaran meluas tape itu. Ada yang kata tape itu tidak sahih. Sampai masa - Mahathir kata nak disebarkan pula versi asli (4 jam kononnya). Dah sibuk-sibuk semua orang bersedia nak dengar yang "asli" - dah tak boleh edar pulak. Sebabnya ialah pertama; pendengar dapat membezakan yang sudah diedar dengan yang akan diedar adalah hampir sama - kecuali yang sudah diedar tu dipotong bahagian yang tidak relevan tetapi masih mengekalkan bahagian penting (tiada yang ditambah) Rakyat dapat dengar dan membezakan hujah pengampu Mahathir dan mereka yang berani menyuarakan kebenaran. Kedua ialah; terbongkar lebih lagi keburukan ahli MT. Allah Maha Kuasa.
  22. Allah Maha Kuasa, dalam tape itu amat jelas di mana, Mahathir telah membuat keputusannya untuk memecat Anwar sebelum memberi peluang Anwar membela diri atau sebelum ahli-ahli lain menyatakan pendirian mereka. Dan jelas dalam tape itu Mahathir menjadi penyiasat, pendakwa dan hakim. Rakyat dapat mendengar dan membezakan dengan alasan yang dibuat oleh Mahathir untuk memecat Anwar di media dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam mesyuarat tersebut.
  23. Dan juga dalam tape itu juga jelas bahawa mesyuarat MT tersebut tidak mencapai kesepakatan (unanimous) untuk memecat Anwar. Jelas kita dengan beberapa ahli yang berani menyatakan yang hak. Tetapi apa yang dibohongi dan disambung oleh media kerajaan ialah Mahathir kata keputusan yang sepakat untuk memecat Anwar. Allah Maha Kuasa.
  24. Cerita tape MT lagi. Alasannya sekarang, tidak boleh edar tape MT kerana melanggar perintah mahkamah yang melarang kenyataan berhubung kes Anwar dibuat sebelum selesai perbicaraan. Kenapa Mahathir boleh komen semasa di Jepun dulu. Kenapa dia boleh bercakap pasal kes itu dalam CNN dan (https://members.tripod.com/~mahazalim/bicara26.html ) disiarkan secara lansung ke seluruh negara. Sebenarnya orang ramai tidak sedar bahawa larangan itu hanya dikuatkuasa jika teguran atau komen memihak kepada Anwar. Jika kenyataan yang dibuat menghentam Anwar - larangan itu tidak akan dikuatkuasa. Dengarlah ulasan balas seorang peguam terhadap perbicaraan kes Anwar (ketika rencana ini ditulis sudah ada siri ke 3) yang mana beliau turut mengulas pasal pengecualian yang Mahathir sendiri buat dengan mengengkar larangan mahkamah.
  25. Pasal pecat keahlian - semua orang sudah arif cerita Mat Taib dan Rahim TC yang direhatkan sahaja dan tidak dipecat dari keahlian parti. Itu tak perlu saya panjangkan cerita kerana sudah difahami oleh seluruh insan yang berakal dan mumayiz. Cuma saya ingin nyatakan bahawa ini adalah antara satu double standard dan pembongkaran penipuan mereka yang paling ketara. Dan Allah Maha Kuasa kita semua dapat lihat dengan jelas perbuatan pilih kasih mereka... (Berita Harian Oktober 8, 1994 - "RAHIM HARUS DIBERI KEADILAN: PM")
  26. Suatu lagi double standard dan pembohongan yang ketara juga ialah kes pentuduhan Nalla berbanding dengan bekas pegawai tinggi tentera Samuel Welch Abdullah. Allah Maha Kuasa telah menerbitkan kes Samuel dalam pada masa yang sama (kalau boleh pihak konspirasi mahu tutupkan kes ini). Kes Samuel adalah jauh lebih berat. Bilangan senjata dan peluru yang jauh lebih banyak dari Nalla. Dan peguam Nalla sendiri, Manjeet, dalam suratnya kepada Peguam Negera telah menyenaraikan beberapa lagi kes yang sama dan lebih berat tetapi hanya dikenakan tuduhan yang jauh lebih ringan. Ini termasuk kes saudara bekas Ketua Polis KL dan Sabah yang terlibat dengan bilangan senjata dan kelengkapan yang cukup untuk suatu kompeni askar. (Sila baca surat Manjeet kepada Peguam Negara https://members.tripod.com/Anwarite/manjeet_sd.htm )
  27. Apabila afidavit Nalla dibawa ke mahkamah, semua akhbar tempatan telah pun mendapat naskah afidavit tersebut walaupun ianya belum menjadi dokumen awam lagi pada ketika itu. Ini menunjukkan ada pakatan di antara pejabat Peguam Negara dengan media.
  28. Berbalik pasal guna wanita dan kanak-kanak, tomahan dilontar (terutama Utusan Malaysia) bahawa wanita yang berhimpun di Istana Negara dalah pelacur yang diupah. Namun, bukti tidak dapat diberi malah ada percanggahan seperti disangkal sendiri oleh Ketua Polis KL Kamaruddin beberapa hari selepas peristiwa itu. (Sila rujuk laporan tersebut dan surat Puan Ainon http://members.tripod.com /~mahazalim/ainon.html ) Utusan langsung tidak menarik balik laporan palsu yang disebarkannya. (Cerita pasal pembohong yang disusun atur dan diterbit oleh Utusan tidak perlu saya timbul di sini - saya rasa pembaca sendiri sudah dapat senaraikan lebih dari sepuluh sebelum saya sempat siap menulisnya)
  29. Jadi dikatakan penyokong reformasi menggunakan wanita dalam perhimpunan aman mereka tetapi beberapa minggu selepas itu, Drs. Suleiman Mohamed (seorang Timbalan Menterilah) telah juga mengguna wanita untuk berhimpun di Masjid Kg. Baru selepas sembahyang Jumaat untuk berdemonstrasi. (Kalau hendak bercerita pasal Sulaiman - lain kali juga. Lihat sahajalah rumahnya di Ampang. Besarnya, mahalnya peralatan dalaman dsbnya sudah berganda kalau nak dibanding dengan rumah seorang bekas Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Tidak perlu cakap yang lain - rumah sahaja sudah memadai). Itu baru Timbalan Menteri. Saya tahu sebab dah pernah masuk dalam.
  30. Pasal Kg Baru pula, selepas rusuhan 24 Oktober yang dilakukan oleh SB Polis terhadap perhimpunan aman di Masjid tersebut, keesokannya terdapat beberapa kerat pemuda kononnya mewakili jemaah Kg Baru menampal kain rentang di beberapa kawasan Kg. Baru supaya tidak diganggu masjid mereka. Saya bukanlah seorang ahli qariah di situ, tetapi kerap juga ke masjid tersebut. Yang anehnya muka-muka pemuda yang mengatakan jangan ganggu masjid Kg Baru tak pernahlah saya jumpa di waktu biasa (Sembahyang Jumaat tu ramai sangat mungkin saya tak perasan). Sudahlah itu, mereka yang memasang kain rentang jangan ganggu masjid mereka pakai seluar pendek … apa cerita ni? (Allah Maha Kuasa terpampang dalam TV bukan saya reka-reka pasal seluar pendek tu - mungkin terlupa nak pesan cameraman atau penerbit lupa nak edit - atau cameraman dan penerbit memang Reformis juga nak tunjuk biar rakyat sedar ...).
  31. Pasal kain rentang, sejak bila pulak DBKL beri kelonggaran berhubung permohonan permit untuk memasang kain rentang? Banyak hasil yang DBKL terlepas tu ….dan dikebanyakkan tempat kain-kain tu masih tergantung. Cuba kain rentang REFORMASI dipasang. Isu permit timbul dan tak sampai satu hari - dicabut oleh "penguatkuasa".
  32. Budaya terbaru yang didokong oleh penyokong Mahathir ialah menulis "graffiti". Kita dapat lihat di merata tempat di seluruh KL (terutama di kawasan majoriti penduduk Melayu). Menconteng graffiti adalah suatu budaya yang amat buruk. Adakah ini budaya yang hendak dibangga oleh Mahathir - yang dulu berlakon menangis bila tengok sampah di jalan Bukit Bintang. Budaya menconteng graffiti bila meluas amat sukar untuk dikawal. Lihat saja di bandaraya besar lain seperti di Jakarta, New York, dsbnya - amat berleluasa dan tidak terkawal lagi. Saya menyesal melihat badan kerajaan sendiri yang terlibat langsung menconteng dengan pelbagai tulisan di tempat-tempat awam.
  33. Kalau anda menganalisa tulisan-tulisan graffiti tersebut, anda dapat membuat beberapa kesimpulan. Pertama, tulisannya cantik dan kemas. Ini bermakna - penulis itu memang professional, mempunyai masa yang mencukupi untuk menulis (tidak tergesa-gesa), tidak takut dilihat orang atau dimarahi orang (kerana vandal/merosak harta awam) - bermakna penconteng tersebut mempunyai authority (kuasa) atau kebenaran. Kedua, ianya sama disemua tempat - bermakna ianya terancang dan diurus oleh pihak tertentu. Ketiga - yang penting - tiada pihak kerajaan yang memadamkannya selepas sekian lama ianya dipamirkan. Ini bermakna - memang pihak penguatkuasa diberi arahan untuk tidak memadamkannya. Bukankah ianya pencemaran pemandangan dan memberi imej buruk kepada pelancung (Menteri Pelancungan tak komen ke?
  34. Dan yang jelas setelah menjejaki banyak contengan graffiti tersebut saya dapati kebanyakkannya ada sama pelekat biru gelap menyokong Mahathir yang ditampal. Dan yang lebih ketara lagi dimana ada graffiti disitu ada tampalan pelekat sokong Mahathir ialah di sekitar Jalan Ampang Hilir itulah yang dapat diperhatikan. Dan juga di sekitar kawasan itulah terletaknya rumah ketua Bahagian UMNO Titiwangsa. Saya turut terserempak van UMNO Titiwangsa terletak di sekitar kawasan tersebut - penuh ditampal dengan pelekat biru gelap tersebut. Sah - sumber graffiti tersebut. Allah Maha Kuasa - ditunjukkan tanda-tanda bagi orang yang berfikir dan mengamati.
  35. Bertukar cerita - kenapa Mahathir terlalu cepat menjawab dan memberi teori punca kecederaan sebelum menyelidik. Dia seorang doktor. Seorang doktor hanya memberi diagnosis selepas memeriksa pesakit atau setelah membaca laporan perubatan yang dibuat oleh doktor lain. Dua kemungkinan sahaja kenapa dia cepat memberi diagnosis. Pertama sebab Mahathir dengan sendiri memang telah pergi melihat kecederaan Anwar (tanpa disedari Anwar - kerana pengsan). Kedua, sebab, pihak polis (siapa lagikalau tidak KPN sendiri) telah memberi taklimat dan laporan kecederaan yang dialami oleh Anwar.
  36. Pasal cerita kecederaan Anwar, kenapa lama benor? Dr. Shukri (seorang pakar mata yang dihormati di negara ini) telah membuat laporannya. Kedua-dua pakar perubatan kerajaan yang dilantik dengan rasmi telah menyiapkan laporan mereka lebih sebulan yang lalu. Kenapa perlu tunggu pejabat Peguam Negara untuk lantik seorang lagi pakar?
  37. Pasal lebam lagi. Aneh ye ... bila kebanyakan masyarakat sudah bercerita pasal KPN sendiri yang pukul Anwar, kenapa Rahim Noor diam tak berani berdepan media untuk menyangkalnya. Takkanlah "SB cyber" yang ramai berkeliaran tak hebohkan kepada KPN. Takkanlah dalam kecekapan SB kita intip dan tangkap orang tak dengar lagi cerita yang sudah dimaklumkan kepada umum yang KPN pukul Anwar. Takkan KPN yang terkenal lantangnya takut nak komen pulak?
  38. Suatu yang ketara diperhatikan oleh mereka yang aktif dengan Bursa Saham (BSKL) ialah pada keesokkan selepas Anwar di pecat, semua kaunter yang dimiliki oleh anak-anak Mahathir melonjak dengan mendadak. Di kalangan mereka yang terlibat di BSKL menyatakan bahawa dengan pemecatan Anwar, wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan tidak lagi disekat untuk diberikan kepada anak-anak Mahathir.
  39. Sambung pasal BSKL. Mungkin ramai orang dikabui oleh naiknya indeks komposit BSKL. Tetapi harus diingat - indeks tersebut bukannya petanda sebenar kedudukan semua kaunter di BSKL. Indeks Komposit hanya mengambil 100 kaunter terpilih sahaja. Ada lebih dari 700 kaunter yang lain. Kita dapat perhatikan bila sahaja indeks naik, bilangan kaunter yang rugi masih berganda dari kaunter yang untung. Dalam dua minggu akhir 1998, dapat dilihat dengan jelas. Bila indeks komposit naik beberapa mata, kaunter rugi sebanyak 500 - 700. Dan yang untung tak sampai 100 (Dalam 70-80 sahaja). Untuk mengambarkan bahawa pasaran saham kita sudah pulih - kerajaan akan mengguna indeks tersebut - tetapi yang sebenarnya itu adalah penipuan. Tanyalah rakan-rakan anda di syarikat broker saham. InshaAllah - jika diberi kesempatan saya akan cuba membuat satu analisa yang terperinci untuk dikongsisama oleh rakan reformis sekelian.
  40. Mahathir adalah seorang yang pantang dicabar. Tetapi yang anehnya ialah kenapa Mahathir tidak berani menjawab cabaran Marina Yusof nyatakan tentang rahsia salahlaku seks Mahathir sendiri. Marina berani membuktikan tuduhannya kerana beliau sendiri tahu secara langsung dan juga telah diberitahu sendiri oleh mangsa (atau pasangan yang terlibat). Kenapa Mahathir kecut kali ini?
  41. Mustakizah. Semua orang memperkatakan kes ini. Hanif yang beriya sangat pasal kes Anwar konon telah dilaporkan sejak 1992 mungkin mendapat "signal" dari Mahathir bahawa kes ini mesti ditutup. Kalau tidak Mahathir sendiri pun, mungkin arahan dari Timbalan Menteri Dalam Negerinya pada masa itu.
  42. Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak dapat menerima pesalahlaku seks menjadi PM. Bukankan berdasarkan khabar angin dan fitnah sahaja Mahathir bertindak melucutkan Anwar? Mahkamah belum lagi mendengar sebarang pertuduhan. Kenapa atas analogi yang sama, ramai lagi menteri lain yang dihebuh secara meluas (malah sebelum kes Anwar ini muncul lagi) mempunyai salahlaku seks juga? Atau adakah kerana dalam kes Anwar, Mahathir dicabar dan orang lain tidak berani mencabar Mahathir?
  43. Tambah isu lain sikit, bila jet-jet Singapura sering terbang di ruang angkasa Malaysia sebelum ini, mana perginya pemimpin negara kita semua? Bukankah mereka menyatakan bahawa kita perlu menjadi jiran yang berbaik. Kenapa pula bila timbul Anwar kenapa kita tidak lagi dapat menjadi jiran yang berbaik dengan Singapura? Adakah itu cara "gimmick" murahan untuk memperbodoh dan mendapat sokongan rakyat supaya lupa kes Anwar?Cerita mula-mula heboh 90 bahagian UMNO yang sokong Anwar. Bila Tok Mat buat komen tersebut dulu, dia tak fikirkah bahawa 90 daripada 150 bahagian bermakna lebih dari 60% dari bahagian UMNO yang sokong Anwar.Sebenarnya banyak lagi - mungkin satu masa nanti saya akan sambungkan lagi. InshaAllah.

Seperkara yang ingin saya tambah, di dalam pengamatan saya juga bahawa mereka yang terlibat dengan konspirasi dan menjadi anjing suruhan mereka, sebenarnya telah meletakkan Allah Azzawajala di sebelah (di tepian). Mereka rasakan bahawa Allah itu lebih kerdil dari orang-orang yang menghambakan mereka. (Astaghfirullah)

Mereka langsung tidak takut akan amaran dan balasan Allah. Ini termasuklah mereka yang kononnya berpelajaran agama seperti Hamid Othman, Wan Mukhtar (termasuk isterinya yang juga kelulusan Mesir), Yusof Nor (ada PhD - mungkin Perasaan Hasad Dengki) dan banyak lagi. Kalaupun tidak, mereka adalah orang-orang yang tidak berprinsip dan bacul dalam perjuangan.

Wahai mereka yang masih bersungguh bersekongkol dan yang diam terus menyertai dalam konspirasi yang ingin menjahanamkan bangsa, negara dan agama, ingatlah balasan Allah adalah pasti.