AZIZAH TERIMA SURAT TONY BLAIR

KUALA LUMPUR, Nov 28 (AFP) - Isteri bekas TPM Anwar Ibrahim hari ini menyatakan bahawa beliau menerima sepucuk surat dari Perdana Menteri British Tony Blair yang menyuarakan keperihatinannya ke atas nasib keluarga beliau.

"Anda sedang dalam fikiran kami," Wan Azizah Wan Ismail, bercakap di dalam satu sidang akhbar di rumahnya, memetik kata-kata di dalam surat berkenaan..

Dia menolak untuk meneruskan pembacaan atau mendedahkan secara lanjut tenatang mesej surat itu, yang menurutnya dterima pada hari Khamis lalu.

Pendedahan surat berkenaan muncul kurang dua minggu selepas Naib Presiden Amerika Al Gore menimbulkan kemarahan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad semasa persidangan APEC di sini dengan memuji rakyat Malaysia yang berjuang untuk reformasi sebagai "pemberani".

Anwar yang dipecat pada awal September dan ditahan selepas satu perhimpunan raksaksa menentang Mahathir yang telah memerintah selama 17 tahun. Sebelum mereka bertelagah di dalam polisi ekonomi, Anwar dilihat sebagai pengganti beliau.

Isteri Anwar sekali lagi mengecam tindakan ganas polis ke atas perhimpunan aman penyokong-penyokong Anwar.

"Anda tidak boleh menuduh penyokong gerakan reformasi. Mereka tidak menimbulkan rusuhan di negara ini," Azizah memberitahu wartawan.

"Kami tidak berhasrat untuk menimbulkan kekakacauan. Kami mahu kebebsan bersuara. Kami tidak mahu negara polis," katanya. "Situasi akan bertambah kacau apabila tindakan berlebihan dikenakan ke atas mereka yang berhimpun."

Malaysia dilanda tunjuk perasaan yang kerap ekoran penangkapan Anwar, meskipun perhimpunan sudah agak kendur semenjak persidangan APEC pada pertengahan November lalu.

Azizah berkata para penunjuk perasaan tidak bersenjata, hanya membawa baju hujan untuk melindungi diri mereka dari pancutan air kimia

"Jika para penyokong yang memulakan keganasan, tentulah polis yang menerima kecederaan akibatnya tetapi kesemua penunjuk perasaan tidak bersenjata, tak seperti polis yang lengkap dengan perisai dan belantan," bentaknya.

Ibu kepada enam orang anak ini memberitahu bahawa masih terdapat lima orang yang masih ditahan di bawah ISA, akta yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan.

Anwar menghadapi 10 tuduhan rasuah dan seks, yang kesemuanya telah dinafikan. Perbicaraan ke atas empat tuduhan rasuahnya bermula pada 2 November dan beliau kini menghadapi 14 tahun penjara jika sabit kesalahan.