BISIK-BISIK REFORMASI 27 NOV 98

Hishamuddin Hussein Mahu Debat?
"Pemuda UMNO sedia berdebat dengan sesiapa jika demonstrasi berhenti". Mengapa mesti menunggu demonstrasi berhenti baru hendak berdebat. Ini adalah satu helah. Lain-lain syarat ialah: mereka yang mahu berdebat, termasuk NGO, mestilah bertanggung jawab (apa yang dimaksudkan bertanggung jawab?)dan tidak termasuk parti-parti pembangkang. Kalau dah banyak sangat syarat janganlah ajak berdebat, pergi sahaja sapu bontot Mahathir sudahlah, cukup untuk mencapai tujuan !

Kaset Mesyuarat MKT UMNO
Bila Mohamed Sabu memberitahu Parlimen bahawa kaset Mesyuarat MKT UMNO yang memutuskan untuk menyingkirkan Anwar dijual merata-rata, barulah Timbalan Menteri Dalam Negeri Ong Ka Ting menyatakan Kerajaan akan menyiasat. Dah lama kaset tersebut dijual di marata-rata oleh budak-budak sahaja, dan apa yang hendak disiasat. Ini membuktikan bahawa ahli-ahli MKT sendiri yang membuat rakaman sebagai kebencian terhadap kediktatorian Mahathir. Kalau VCD/video/majalah lucah dijual merata-rata tidak pula disiasat oleh Kementerian Dalam Negeri atau Polis.

Datin Paduka Zaleha Ismail: Jangan Ajar Kanak-kanak Benci Pemimpin.
Begitulah Datin Zaleha memberitahu kepada guru dan ibubapa. Okay lah beritahu begitu kepada guru, tetapi untuk ibubapa tak payahlah nak ajar. Mereka berhak mengajar anak-anak mereka supaya membenci kepada kemunkaran, membenci kezaliman, membenci ketidakadilan, membenci kepada amalan rasuah dan sebagainya. Dan sudah tentu orang-orang , malah kuncu-kuncu mereka dan kerajaan mereka yang melakukan perkara-perkara keji ini juga dibenci. Adakah Datin hendak menyesatkan anak-anak kami. Kami tidak rela.

Annuar Musa Dapat 1 juta tandatangan ?
Dia kata sudah mencapai matlamat mendapatkan 1 juta tandatangan bagi "Sejuta Cinta Negara" dan ini didakwa merupakan sokongan kepada kepimpinan Mahathir ! Siapa yang bodoh dan hendak ditipu di sini - orang ramai, Mahathir atau diri sendiri? Pertama entah ya entah tidak 1 juta orang punya tandatangan dan kedua cinta kepada negara disamakan dengan sokongan kepada pimpinan Mahathir. Macam-macam cara nak cari makan.

Ong Ka Ting: 234 Orang Ditahan Dibawah ISA
Kata Ong Ka Ting di Parlimen ISA tidak pernah digunakan, terutama dalam masa 10 tahun yang lepas, terhadap mereka yang mempunyai ideologi politik yang berbeza. Jadi sebelum 10 tahun yang lepas ISA pernah digunakan untuk tujuan politik Kerajaan dan siapa boleh beri jaminan ia tidak digunakan sekarang dan di masa akan datang. Tubuhkanlah satu suruhanjaya bebas untuk menentukan dakwaan bahawa ISA digunakan terhadap mereka berhubung dengan isu Anwar Ibrahim. Kalau cakap macam itu semua orang boleh. Masalahnya orang tidak percaya lagi baik pemimpin Kerajaan, baik Polis, baik Peguam Negara, baik media massa. SEKIAN.