POLIS MALAYSIA MEMANG BINATANG

Ramai pakar perundangan kini tertanya kenapa perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim masih diteruskan kerana keterangan dari saksi pertama telah menunjukkan bahawa tuduhan terhadap beliau tidak berasas. Keterangan Dato' Mohd Said Awang, bekas pengarah cawangan khas, menunjukkan siasatan terhadap Anwar dihentikan selepas Mahathir menyatakan kes itu tutup. Oleh itu, tidak timbul persoalan Anwar mengarahkan kes itu ditutup atau mencampur tangan dalam siasatan. Apatah lagi bila keterangan Mohd Said menunjukkan bahawa segala tuduhan terhadap Anwar didapati palsu dan tidak berasas. Ini bererti pendakwa tidak mempunyai kes "prima facie".

Satu perkara yang terserlah ketika soalbalas peguambela Anwar ialah amalan dan tindak-tanduk polis. Mohd Said mengakui polis melakukan proses "turn over" yang bertujuan merubah pandangan dan pendirian seseorang. Ini dilakukan dengan menggunakan berbagai pujukan dan kaedah psikologi. Adakalanya ini melibatkan soalsiasat yang berpanjangan. Kita tidak boleh menolak bahawa PDRM juga mengguna deraan fizikal kerana kecederaan yang dialami Anwar ketika berada dalam tahanan dan aduan mengenai deraan oleh Munawar Anees dan Sukma menunjukkan deraan fizikal memang sebahagian dari kaedah yang digunakan PDRM.

Bekas tahanan ISA semasa operasi Lalang juga mengalami berbagai bentuk deraan. Di antara bentuk deraan fizikal yang digunakan ialah meramas kemaluan tahanan lelaki dan membogelkan tahanan dan meletakkan mereka dihadapan alat hawa dingin. Seorang tahanan dari Memali telah dipukul sehingga patah tulang rusuk. Rakyat kini mula bertanya sama ada penggunaan kaedah sebegini boleh dianggap sah, beretika dan profesional? Malahan, timbul persoalan sejauhmanakah sesuatu pengakuan yang diperolehi oleh polis dari tahanan boleh dipercayai? Umpamanya, sejauhmanakah perletakan jawatan Datuk Zahid Hamidi dari jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dilakukan dengan penuh rela? Atau adakah ia hasil daripada "turnover" dan deraan yang dialami semasa dalam tahanan? Malahan, benarkah tahanan yang dibebaskan "tanpa syarat" benar-benar dibebaskan tanpa syarat? Kenapakah Roslan Kasim dan Abdul Malik Husin masih ditahan? Adakah ia kerana tindakan "turnover" polis gagal merubah pendirian mereka?

Kini rakyat berhak meragui sebarang keterangan atau pengakuan yang diberikan saksi yang dibawa polis. Adakah pengakuan diliwat oleh Munawar Anees dan Sukma boleh diterima? Malahan, kini kita sepatutnya meragui keterangan-keterangan dan pengakuan dalam kes-kes lain. Mungkinkah terdapat mereka yang tidak bersalah didapati bersalah dan dihukum kerana kaedah yang digunakan PDRM memaksa mereka mengaku bersalah?

Kita juga bimbang dengan pengakuan Mohd Said bahawa beliau mungkin sanggup berbohong jika diarah Perdana Menteri. Malahan, keterangannya semasa perbicaraan berubah-ubah. Apabila ditanya mengenai satu laporan yang diserahkannya kepada Mahathir, Mohd Said mula-mula menafikan kewujudan laporan itu. Hanya selepas disoalbalas dan peguambela mengemukakan keratan dari New Straits Time yang menyatakan polis telah menyerah satu laporan kepada Mahathir barulah Mohd Said mengaku wujud laporan berkenaan. Jelas di sini dia bukan sahaja sanggup berbohong tetapi telah berbohong dalam mahkamah. Mungkinkah anggota polis lain juga sanggup melakukan sedemikian? PEMALSUAN SURAT AKUAN YANG DIKAITKAN DENGAN DATO NALLA OLEH SAC MUSA HASSAN SEPTEMBER LALU MENUNJUKKAN POLIS BUKAN SAHAJA SANGGUP BERBOHONG TETAPI JUGA SANGGUP MEMALSUKAN BUKTI UNTUK MENJAYAKAN KONSPIRASI MAHATHIR YANG MAHA ZALIM DAN MAHA DUSTA.

Satu lagi yang agak aneh dari perbicaraan ini ialah bagaimana Azizan yang mengaku diliwat sebanyak 15 kali tidak dikenakan sebarang tindakan oleh polis sedangkan Munawar dan Sukma yang konon diliwat hanya sekali dipenjarakan enam bulan. Sukar nak dikatakan Azizan mengadakah hubungan homoseks sehingga 15 kali tanpa kerelaannya. Mungkinkah Azizan sebenarnya mengadakan hubungan homoseks dengan orang lain dan dia dipaksa mengaku melakukannya dengan Anwar? Sebagai balasan tindakan tidak dikenakan ke atasnya.

Satu pekara yang menarik perhatian ialah keterangan dari anggota polis yang menyatakan dia percaya kepada dakwaan Azizan. Walau pun tiada bukti dikemukakannya atau Azizan, akhbar tempatan melaporkan seolah-oleh kepercayaan seorang anggota polis merupakan bukti kukuh salahlaku tertuduh. Sekiranya, "kepercayaan" seorang anggota polis sudah memadai mensabitkan kesalahan seseorang, amat mudahlah untuk menghukum sesiapa sahaja. Satu-satu hujah yang dikemukakan untuk menyokong kepercayaan ini ialah sumpah Azizan dengan Surah Yasin. Azizan dikatakan bersumpah bahawa segala tuduhannya betul dan dia melafazkan, dengan memegang Surah Yasin, bahawa sekiranya dia berbohong kecelakaan akan menimpanya. Satu fakta yang tidak dilaporkan akhbar ialah bahawa isteri Azizan telah terbunuh dalam satu kemalangan selepas dia membuat sumpah ini. Mungkin ramai dari kita akan menganggap dan mempercayai bahawa Azizan ditimpa bala dari sumpahnya yang paslu. Namun, kepercayaan kita ini tidak akan diterima sebagai bukti oleh mahkamah atau dilaporkan oleh media tempatan.

Fakta dan keterangan yang timbul semasa perbicaraan kini menimbulkan persoalan yang amat asas. Sejauhmanakah sistem pentadbiran keadilan di negara ini boleh diharapkan untuk menjamin keadilan? Jelas di sini satu agenda reformasi yang perlu dilaksanakan selepas Mahathir jatuh nanti ialah reformasi sistem pentadbiran keadilan. Ini perlu untuk memastikan setiap individu yang berada di negara ini boleh mendapat keadilan dari PDRM dan badan kehakiman di negara ini. Sistem pentadbiran keadilan perlu dibersihkan dari anggota polis, pendakwa dan hakim yang korup dan menyeleweng.