APAKAH KITA BACUL?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Pencinta Keadilan.

Malaysia tempat tumpah darahku kini sedang berlangsungnya persidangan APEC. Agenda yang diperdebatkan adalah untuk mengukuhkan ekonomi negara-negera anggota seterusnya memberi kesejahteraan hidup kepada rakyat masing-masing.

Malam tanggal 16 Nov '98 menyaksikan betapa Refomasi menuntut keadilan mendapat pembelaan daripada Al Gore - Timbalan Presiden AS. Lantas TV3 (kuncu Dr M)pada malam berikutnya telah menggunakan setiap kesempatan menyerang balas sambil memberi gambaran yang tuduhan DSAI sebagai agen CIA seolah ada betulnya. Pemimpin-peminpin negara APEC yang turut membidas campurtangan AS dalam hal-ehwal Malaysia (baju dalam Mahadir) turut disiarkan termasuklah pemimpin pembankang yang menganggotai Gerak.

Kebaculan rakyat Malaysialah yang membuat pihak AS mengaum campurtangan. Telah terpampang didepan mata kezaliman yang telah dilakukan oleh Dr M bersama kuncu-kuncunya. Tetapi rakyat Malaysia terus menjadi "pacal yang hina" yang "setia" kepada Dr M. Kalaulah kesemua 85% rakyat Malaysia yang telahpun meluat dengan Dr M ini tidak berpura-pura "setia" kepadanya dan menunjukkan "signal" yang betul serta berkesan, aku yakin kecundanglah Dr M melutut memohon maaf kepada rakyat khususnya DSAI yang sememangnya dianiaya.

Bilakah kebaculan rakyat Malaysia yang diwarisi sejak zaman "berkaki ayam" ini dapat dirubah. Amat sedih sekali, tak usahkan hendak berdemontrasi, suruh pasang lampu siang hari tunjuk sokongan terhadap gerakan mencari keadilan pun "kecut". Cakap pong-pang pong-pang sokong refomasi, tapi bila lalu aje penjaga setor UMNO, tertelan "halkum" bisu tanpa kata.

Untuk Presiden Habibi, Estrada & Tim.Presiden Al Gore menyatakan sokongan terhadap gerakan Reformasi bukanlah sesuatu pengorbanan yang kecil. Mereka terpaksa memperjudikan maruah negara mereka demi untuk membela rakyat Malaysia yang teraniaya yang tidak bersedia membebaskan diri sendiri.

Sungguhpun campurtangan hal-ehwal negara lain melanggar etika "persahabatan antara negara" tapi dari segi kemanusiaan, campurtangan terhadap jiran di mana si anak terang-terang didera, dianiaya oleh si ayah pemabok todi, kaki perempuan serta kaki judi maka campurtangan ini merupakan satu pembelaan yang murni.

Malaysia Tanggungjawab Kita. Tak usahlah dok harapkan orang berjuang untuk kita. Sokongan dalam hati sahaja tidak cukup, berilah sokongan padu terhadap gerakan mencari keadilan ini. Jika gerakan yang dicetuskan oleh DSAI ini gagal, maka beberapa generasi akan datang akan hidup teraniaya. Amalan penganiayaan Dr M akan diteruskan oleh penggantinya sekiranya Reformasi gagal untuk mereformasikan kepimpinan sekarang.

Akhir penulisan - Tabik kepada pejuang-pejuang Reformasi yang sanggup berdepan dengan 1001 keperitan bereformasi.

RedBeretJH

17 Nov 98