ORANG ASLI TOLAK MAHATHIR

Cerita asal: A Fadzil : Diolah dan disunting oleh: Sarjan Hassan

Al-kisah, peristiwa ini berlaku baru-baru ini di daerah Kemaman, Terengganu Darul Iman di sebuah kawasan pedalaman kediaman orang asli. Kawasan ini telah dilawati oleh rombongan dari kalangan beberapa orang suruhan UMNO untuk memberi beberapa siri penerangan kepada penduduk orang-orang asli. Perkara ini dilakukan kerana orang-orang PAS telahpun mengadakan beberapa siri ceramah di kawasan ini beberapa hari sebelumnya. Jadi, pak-pak karut dan turut UMNO pun bimbang kalau-kalau orang-orang asli ini terpedaya dengan dakwah PAS. Maka merekapun tergesa-gesalah mengadakan lawatan tersebut.

Sebaik sahaja mereka sampai ke kawasan tersebut, merekapun pergi ke rumah tok batin, iaitu ketua kampung orang asli tersebut, yang bukan berugama Islam. Sebaik sahaja tiba, mereka memperkenalkan diri sebagai rombongan utusan kerajaan Mahathir, iaitu dari cawangan UMNO Kemaman. Setelah dijemput naik, merekapun masuk ke rumah tok batin tersebut. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam, alangkah terperanjatnya mereka melihat poster-poster bulan purnama di tampal diseluruh dinding rumah tersebut, seolah-olah 'wallpaper' jadinya. Maka pak karut dan turut UMNO ini pun merasa sakit hati sambil menyindir sinis kepada tok batin tersebut.

"Tok batin bukan orang Islam. PAS ini memperjuangkan ugama Islam untuk orang-orang Islam sahaja. Tok jangan terpengaruh dengan mereka. Saya cadangkan tok buang saja poster-poster tersebut agar orang-orang tok yang lain tidak terpengaruh nanti. Tok juga yang susah kelak!"

Begitulah kata-kata 'hikmah' (bagi pandangan pak karut ini) sebagai mukaddimah perbicaraan dengan tok batin tersebut. Tok batin terdiam seketika mendengar hujah itu dengan dahinya berkerut sambil melihat ke arah wajah-wajah pak-pak karut tersebut. Suasana sunyi seketika. Pak karut UMNO takut juga kalau-kalau mereka menyinggung perasaan tok batin yang mungkin menyebabkan mereka dijadikan sup makan malam orang asli. Setelah melihat tetamunya menanti apakah yang bakal diucapnya, maka tok batin pun memecahkan kesunyian tersebut.

"Kalau tak silap tok, tuan-tuan ini orang Islam juga macam orang PAS itu. Tuan-tuan seolah-olah menolak kepercayaan tuan-tuan sedangkan tuan-tuan mengaku sebagai orang islam. Bagaimana tuan-tuan boleh menolak perjuangan ugama tuan-tuan. Tok rasa orang-orang PAS patut dipuji kerana perjuangan mereka. Tok rasa orang macam tuan-tuan tidak boleh dipercayai, apatah lagi ketua tuan-tuan. Tok rasa baik tuan-tuan pulang sahaja kerana tok dan orang-orang di sini tak mahu mendengar kata-kata tuan-tuan lagi ..."

Begitulah lebih kurang ucapan berapi yang padat dengan mesej kepada pak karut UMNO. Alangkah malunyanya mereka disindir sinis oleh seorang asli yang dianggap kuno serta serba kekurangan dan ketinggalan zaman. Ucapan berapi tersebut tak terdaya ditepis oleh mereka kerana ianya terlalu panas serta pedas. Sangkaan mereka, orang asli ini akan lebih mudah diperdaya dan diputar-belitkan mereka berbanding orang di bandar dan di kampung-kampung lain yang lebih maju. Ternyata tanggapan mereka meleset. Ternyata kata-kata hikmah pak karut UMNO tak menjadi hikmatnya. Orang asli yang kuno pun telah tidak mahu menerima mereka. Bahkan seluruh golongan dan lapisan rakyat telah sedar tentang penipuan dan penyelewengan pihak pemerintah sekarang demi kepentingan politik dan kewangan

mereka semata-mata.

Begitulah kisahnya tok batin orang asli yang menolak UMNO dan ketua mereka. Siapa ketua mereka? Tak lain dan tak bukan, dialah Dr M yang kita sayangi dan sanjungi (ketika dahulu kala).

Dari kisah ini, jelas UMNO bukanlah satu parti yang mahu memperjuangkan Islam, malah menentang Islam secara terang-terangan. Bukan mereka hendak mendakwah yang bukan Islam supaya masuk Islam, bahkan menyuruh mereka menjauhkan diri darinya serta mengancam pula. Ternyata parti UMNO hanya mementingkan parti. Atau lebih tepat, mementingkan isi perut mereka sendiri tanpa memperduli bara api neraka yang bakal mengisi perut mereka kelak. Disebaliknya, parti PAS lah sebuah parti Islam tulin yang memperjuangkan Islam tanpa melupakan atau mengabaikan bangsa dan penganut ugama lain. Disamping memperjuangkan politik Islam, PAS juga turut berdakwah tentang keindahan Islam kepada mereka yang bukan Islam.

Ternyata di Kemaman, Wan Mokhtar sudah tidak popular lagi. Telah ramai ahli UMNO berpaling tadah lompat ke bulan sebelum dacing patah. Bahkan ketua cawangan banyak yang letak jawatan. Satu tempat yang dikenali kubu kuat UMNO sudah roboh. Jika sebelum ini ceramah-ceramah PAS diganggu, tetapi sekarang ceramah-ceramah PAS ditunggu-tunggu. Satu gotong-royong yang dianjurkan Wan Mokhtar baru-baru tidak mendapat sambutan. Semua orang lari menjauhkan diri. Yang hadir cuma beberapa orang yang dipaksa ketua jabatan yang juga dipaksa puak atasan. Ternyata pemimpin-pemimpin UMNO sudah hilang reputasi dengan teruk sekali, takkan terubat lagi.

Jadi, apakah orang-orang Islam, khasnya rakyat Malaysia berbangsa Melayu masih mahu memilih pucuk pimpinan UMNO sekarang? Kalaulah orang Asli itu sendiri mempunyai kesedaran sedemikian, bagaimana kita? Tepuk dada, tanya Iman. Mintalah petunjuk dari Ilahi.