PERHIMPUNAN DI ARAU

ARAU, Malaysia, Dis 5 (AFP) Sebuah parti pembangkang telah bersedia untuk mengadakan perhimpunan meskipun dibantah oleh polis hari ini untuk mendesak Perdana Menteri Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan meminta supaya pilihanraya di adakan segera.

Para pemimpin Majlis Gerakan Rakyat yang dikenali sebagai "Gerak," menjangkan 10,000 orang akan menyertainya tetapi polis enggan mengeluarkan permit untuk perhimpunan itu.

Gerak, yang diketuai oleh fundamentalis Islam, Parti Islam Semalaysia (PAS), merupakan salah satu dari dua gabungan yang dibentuk ekoran pemecatan bekas TPM Anwar Ibrahim pada 20 September.

Hashim Jasin, ahli parlimen PAS negeri dari Perlis, memberitahu AFP bahawa perhimpunan di markaz PAS merupakan sebahagian dari kempen anti-kerajaan di negeri itu semasa cuti tahunan sekolah.

"Kami menjangkakan seramai 10,000 orang, termasuk mereka yang bukan ahli, akan hadir perhimpunan di Arau," tambah Hashim.

Kempen yang dilancarkan minggu lepas di markaz PAS di Gombak, utara Kuala Lumpur, dengan slogan, "Kembalikan Keadilan Kepada Rakyat."

Hashim berkata penceramah-penceramah pada perhimpunan Sabtu ini akan mengenengahkan "ketidakadilan di dalam masyarakat, pengekangan kebebasan, hak untuk bersuara dan berhimpun," di samping desakan supaya pilihanraya diadakan serta-merta dan perletakan jawatan Mahathir.

"Rakyat luarbandar sekarang ini mempersoalkan secara terbuka ketidak-adilan yang berlaku," katanya. Rakyat dah muak dengan Mahathir. Saya berharap Perdana Menteri itu akan turun secara terhormat."

Mahathir, yang telah berkuasa selama 17 tahun, telah menerima asakan dari Gerak dan parti pembanhkang yang lain supaya meletakkan jawatan ekoran pemecatan bekas TPM pada awal September.

Namun PM yang berusia 73 tahun itu menolak pilihanraya awal.. Malaysia dijaduakan akan mengadakan pilihanraya lima tahun sekalinya pada pertengahan 2000.

Hashim menjelaskan Arau dipilih sebagai negeri pertama kempen di luar Kuala Lumpur, bersesuaian dengan "Reformasi bermula di Arau" semasa pilihanraya kecil parlimen di situ.

PAS, yang menguasai negeri Kelantan, menewaskan parti UMNO Mahathir pada bulan Julai lalu untuk menawan Arau, sebuah bandar pertanian yang merupakan kubu kuat UMNO sebelum ini.

Hashim berkata PAS akan tetap mengadakan perhimpunan itu, meskipun pihak polis tidak mengeluarkan permit.

"Kita berharap pihak polis tidak menutup jalan-jalan menuju ke tempat perhimpunan, katanya, sambil mendesak polis supaya bersikap fleksibel..

"Kami perlu menyampaian pandangan kami kepada rakyat. Kami tidak dibolehkan menggunakan radio atau television. Mana demokrasinya apabila suara-suara kami tidak dibenarkan untuk didengari?" soalnya.

Selain PAS, parti DAP dan PRM adalah diantara ahli-ahli Gerak.

Anwar, 51, telah dituduh dengan 10 tuduhan rasuah dan liwat yang kesemuanya telah dinafikan olehnya. Perbicaraan ke atas empat tuduhan rasuah telah bermula pada 2 November, yang membawa hukuman penjara 14 tahun jika sabit kesalahan.