.... Andainya
 
Andainya saudara-saudari
Punya iman tebal di hati
Baca dan renungi seloka ini
Buat azimat setiap hari.

Andainya saudaraku yang tabah hati
Punya kekuatan sanubari
Tak rela agama diperkudakan lagi
Tak sanggup budaya suci dicemari.

Andainya Anwar menang bicara ini
Apakah ada lagi kes dicari?
Demi membunuh pejuang berani
Tetap senyum walau difitnahi.

Andainya Anwar memang bicara ini
Rahim Noor tentu menggigit jari
Mahathir panas punggung di kerusi
Kubur pilihan raya memanggil, mari...mari.

Andainya Anwar menang bicara ini
Megat Junid terlopong menepuk dahi
Dengan isteri Najib dah tak berahi
Rahim Tambi Kecik tak berani cari gadis lagi...

Andainya Anwar menang bicara ini
Tentu Azizan boleh dimaafi
Pejuang insani dan agama suci
Musuh taubat menuju harmoni.

Andainya Anwar kalah bicara ini
Tentu Mahathir berseri-seri
Semua kronipun apa lagi
Rancangan jahat dapat disembunyi.

Andainya Anwar kalah bicara ini
Ingatlah pejuang reformasi tak akan undur lari
Kerana perjuangan yang suci murni
Demi keadilan agama dan bangsa hakiki.

Andainya Anwar kalah bicara ini
Tidak bermakna reformasi berakhir
Azizah sudah musuh geruni
BakatIzzah sedang diukir.

Andainya Anwar kalah bicara ini
Pilihan raya sedang menanti
Biar pengkhianat pucat lesi
Kerana rakyat takan tertipu lagi.

Andainya esok ada pilihan raya
Tentu semua sibuk belaka
Yang jahat menjadi mulia
Miskin pula papa kedana.

Andainya lusa ada pilihanraya
UMNO tentu gelabah semacam
Kerana Tok Guru akan dimulia
Tukang fitnah akan tersembam.

Andainya tulat ada pilihan raya
GERAK tentu disokong ramai
UMNO dan sekutunya rakyat dah tak percaya
Ampu dan aniaya semuanya pandai.

Andainya selepas pilihanraya
Nik Aziz jadi perdana menteri
Kerana pengalaman dan takwanya
Ke mana pula Mahathir nak lari ?

Andainya selepas pilihanraya
Fazdil Noor jadi timbalan perdana menteri
Haji Hadi menteri agama
Mohamad Sabu menteri dalam negeri.

Andainya selepas pilihan raya
Mahathir kalah di Langkawi
Megat Junid hilang wang pertaruhannya
Sanusi tersungkur menyembah bumi.

Andainya selepas pilihan raya
Masjid penuh di seluruh negeri
Rumah ibadat dikunjungi merata-rata
Agungnya Islam agama abadi.

Andainya selepas pilihan raya
Malaysia aman tenteram sekali
Semua rakyat makmur bahagia
Pelabur asing berduyun-duyun ke mari.

Sekian saja sahabat budiman
Seloka hamba buat tatapan
Penghibur hati yang sedang rawan
Doa penguat sahabat dan taulan.
 
 

Sekian.
Ikmar, Scotland, United Kingdom.
7/12/98