HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

Akulah Pemimpin Itu
 

1000 tahun lagi rakyat akan bertanya
siapakah pemimpin itu???
akulah pemimpin itu!!
yang tegakkan MENARA KEMBAR KLCC
yang pacakkan KL TOWER
yang bina KLIA
yang import teknologi IT
yang mengilhamkan MSC
akulah pemimpin itu!!

1000 tahun lagi rakyat akan bertanya
siapakah pemimpin itu???
yang menjadi raja FITNAH
yang mengaibkan rakan seperjuangan
yang usung bantal dan tilam
yang lemparkan berbagai tuduhan
yang mencampakkan kelembah kehinaan
akulah pemimpin itu!!

1000 tahun lagi rakyat akan bertanya
siapakah pemimpin itu???
yang gadai tanah bumiputera
yang swastakan ladang Felda
yang bina kilang2
diatas SAWAH dan BENDANG
yang undang ramai pendatang
akulah pemimpin itu!!

1000 tahun lagi rakyat akan bertanya
siapakah pemimpin itu???
yang bina lebuhraya
yang turap jalanraya
yang pacal tol-tol
kutip cukai dari kenderaan bersimpang siur
MENGKAYAKAN kroni bersekongkol
akulah pemimpin itu!!

1000 tahun lagi rakyat akan bertanya
siapakah pemimpin itu???
yang korporatkan IPTA
yang melambakkan IPTS
yang swastakan bekalan air
yang komersilkan rumah-rumah sakit
yang bikin rakyat marhean bertambah sulit dan terhimpit
akulah pemimpin itu!!

1000 tahun lagi rakyat akan bertanya
siapakah pemimpin itu???
yang ,meminggirkan bahasa ibunda
yang menghina para ULAMA
yang perlekeh hukum hakan agama
yang berani berfatwa
bahawa aurat tidakk perlu ditutup
kerana itu budaya Arab TOTOK
melindungi diri dari pasir dan habuk
akulah pemimpin itu!!

1000 tahun lagi rakyat akan bertanya
siapakah pemimpin itu???
yang mencipta sejarah baru
melintasi dunia tanpa sempadan
yang bina PUTRAJAYA
yang lakar CYBERJAYA
yang tegakkan mahligai segera
yang harganya 200 juta
yang beli pesawat udara
akulah pemimpin itu!!

1000 tahun lagi
aku ingin melihat
semua ini terpahat
dalam lipatan sejarah sejagat
akulah pemimpin itu
yang banyak berjasa
yang banyak menyemai budi
yang patut disanjung dan dipuji
yang layak dan perlu dihargai
kerana akulah pemimpin itu
yang menjadi nadi dan kunci
daklam segala aktiviti

Akulah pemimpin itu
yang menjadi penghulu segala pemimpin
yang tidak punya tandingan
PAK SAKO, IBRAHIN YAAKOB mahupun AHMAD BOESTAMAM
kerana mereka hanya pemimpin kampungan
yang tidak punyai wawasan kehadapan
untuk kehidupan ribuan tahun lagi!!!!

OLEH : RAZALI ENDUN
TAMADUN OGOS 1999