SENTUHAN AJAIB MAHATHIR

Mahathir berkuasa penuh di Malaysia sehingga beliau bebas melakukan berbagai "keajaiban".

Hanya Yang diPertuan Agong yang boleh melantik menteri-menteri. Perdana Menteri cuma mengusulkan nama-nama calon sahaja. Tapi sekarang Mahathir telah melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Kewangan. Mahathir masih belum angkat sumpah terima jawatan Menteri Kewangan dari Yang diPertuan Agong. Perlantikan inipun belum digazetkan lagi.

Undang-undang memperuntukkkan hanya Menteri Kewangan yang sah dilantik mengikut peraturan boleh membentangkan Belanjawan Negara di Parlimen. Oleh kerana perlantikan Mahathir sebagai Menteri Kewangan masih tidak dipastikan sahnya, Belanjawan Negara yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini dikhuatiri turut tidak sah juga.

Peguam Negara mungkin terlalu ghairah dengan kes Anwar Ibrahim sehinggakan "terlupa" menasihatkan Mahathir dalam hal ini. Ataupun Peguam Negara sendiri yang tidak arif. Ini mungkin perkara teknikal tetapi ia sangat penting. UMNO diharamkan dulupun atas sebab yang lebih "remeh". Walaubagaimanapun seperti biasa apa yang Mahathir mahu, dia dapat. Undang-undang dan peraturan, apa lagi fakta-fakta, semuanya boleh diputar-belit bagi menjayakan rancangannya.

Mahathir juga telah melantik Gabenor Bank Negara dari kalangan yang sangat diragukan kejujurannya. BPR mempunyai bukti yang beliau "tidak bersih". Mahathir mungkin dah musnahkan fail bukti kes ini. Peguam Negara pula membisu; memang kelu ataupun tak tahu. Mahathir mungkin tidak mahu "member sekapal" terima masalah padahal sama-sama dah terkena "arang". Bagi membersihkan rekod maka beliaupun dilantik ke jawatan yang khusus untuk orang-orang yang "bersih". Ini adalah kes "pembersihan" yang ajaib.

Dalam keadaan negara sekarang, segala "khabar angin" adalah KISAH BENAR sehinggalah kerajaan menafikannya dengan mengemukakan bukti-bukti yang meyakinkan rakyat. Itulah mesej disebalik tafsiran buku 50 dalil yang diiktiraf Mahathir.

Baru-baru ini ada Hamba Allah yang ingin membeli rumah memohon keluarkan wang EPF (@ KWSP) untuk bayar duit muka. Walaupun duit sendiri, pengeluarannya mesti ikut peraturan kerajaaan. Berbagai alasan diberi bagi menyulitkan Hamba Allah ini. Setelah sekian lama barulah EPF memberinya cek. Tapi cek EPF itu cek tendang ! Sungguh ajaib. Kalau EPF dah tak berduit, Tabung Haji apa lagi ? Pengeluaran wang dari Tabung Haji adalah bebas, tak seperti wang EPF. Jadi perlu sangatlah penabong-penabong pastikan wang mereka tidak hilang.

Dalam beberapa minggu sahaja menjadi Menteri Kewangan, Mahathir telah memberikan beberapa sentuhan ajaibnya. Mempercayai Mahathir adalah seperti mengkagumi silap mata; pantang lepa, kita jadi mangsa.