MAHATHIR - ABU LAHAB MALAYSIA

Oleh Penarik beca

Seperti yang saya katakan, sebelum ini saya berjumpa hadith Qudsi di mana Allah s.w.t. berfirman yang mafhumnya:

"Suruh orang-orang yang zalim untuk tidak berzikir dengan nama-nama-Ku kerana sudah menjadi kewajipan-Kuuntuk menyebut orang-orang yang menyebut nama-Ku. Setiap orang yang zalim yang menyebut nama-Ku, maka Aku pun akan menyebut namanya dengan MELAKNATnya".

Setelah itu saya berjumpa pula dengan sepotong doa:

"....wala'anaLlahu a'da Allahi zalimihim minal awwalina wal akhirin..."

Itulah doa yang diajarkan oleh pendokong kebenaran di zaman awal Islam yang memohon Allah MELAKNATKAN musuh-musuh-Nya, MELAKNAT orang-orang yang zalim.

Kerana adanya doa seperti itu, saya yakin tindakan melaknatkan si zalim bukanlah tidak Islamik seperti sangkaan sesetengah orang, malah saya yakin tindakan itu mendapat pahala!

Dalam ayat Tabbatyada saya melihat Allah membuat kecaman yang bersifat personal terhadap Abu Lahab. Soalnya, mengapa sampai Allah yang Maha Tinggi kedudukan-Nya memilih untuk menyerang Abu Lahab secara personal? Sedangkan, ada banyak lain lagi warga musyrikin/ jahiliyyah ketika itu, termasuk Abu Sufyan. Tidakkah mereka juga musyrik?

Malah, ayat itu juga 'mematikan setem' maksudnya tidak mungkin lagi selepas ayat itu Abu Lahab akan jadi baik kerana jika Abu Lahab boleh dijinakkan dengan hikmah, mau'izah hasanah dsb, akan silap besarlah perisytiharan Allah terhadap Abu Lahab. Dan, memang ternyata Abu Lahab hidup dalam segala kezaliman dan kebuasan sampai saat nyawanya direntap.

Mengapa, dalam ayat itu, kecaman dibuat secara personal terhadap Abu Lahab sebagai ketua Umno Makkah ketika itu? Mengapa kecaman tidak dihamburkan oleh Allah terhadap sistem atau organisasi Umno Makkah ketika itu? Saya menduga hal itu berlaku kerana Abu Lahablah yang menjadi icon kezaliman Umno Makkah ketika itu. Bukan itu sahaja, dia juga yang mengepalai kezaliman Umno/musyrikin Makkah ketika itu. Kalau kecaman Allah semata-mata disebabkan sifat musyrikin Abu Lahab, ada banyak lagi orang musyrikin ketika itu dan kenapa mereka terselamat dari kecaman secara personal seperti yang diterima oleh Abu Lahab?

Sebab itulah saya tidak mengangguk dengan pandangan bahawa kita tidak boleh membakulkan Dr. Mahathir dan Abu Lahab di dalam bakul yang sama. Pendirian ini didukung oleh keyakinan saya bahawa celaan Allah terhadap Abu Lahab di dalam ayat itu adalah disebabkan oleh kedudukannya sebagai pemimpin kezaliman Umno Makkah ketika itu. Jika kecaman semata-mata kerana sifat musyrik Abu Lahab, mengapa musyrik yang lain seperti Abu Sufyan tidak dikecam secara personal?

Sebab itulah, soal anutan agama si zalim tidak pernah saya ambil kira dalam mengecam atau melaknatnya. Apa yang penting ialah Allah memang melaknat orang-orang yang zalim dan sebagai hamba Allah; berdosa, jahat dan tak berakhlaqkah saya melaknat si zalim semata-mata untuk menuruti apa yang Allah lakukan?

Mengapa saya gemar mengecam kepala dan icon kezaliman dan tidak menumpukan serangan kepada sistem kezaliman? Kalau itu persoalannya, mengapa dalam ayat Tabbatyada itu Allah tidak menyerang sistem di mana Abu Jahal bersarang sebaliknya menghambur serangan kepada personaliti Abu Jahal itu sendiri? Ini tidak pula bermakna saya generalisekan persoalan itu. Tetapi, dalam keadaan sekarang, seperti yang diajar dalam ayat Tabbatyada itu, saya yakin menumpukan serangan terhadap icon dan kepala kezaliman adalah lebih tepat.

Kalau saya berada di India zaman Shah Jahan, siapa boleh memahami saya jika saya menyerang sistem kacukan yang disodokkan oleh raja itu ke atas rakyatnya? Tetapi jika saya menyerang monumen, icon dan simbol kezalimannya, iaitu Taj Mahal yang melanyak sekitar 20,000 buruh paksa setiap hari, tentulah persoalan kezaliman lebih mudah difahami.

Begitu juga sekarang, jika saya menyerang sistem duniawi Umno, pasti lambat kawan-kawan saya yang tak mengaji tinggi memahaminya. Tetapi jika saya mengecam monumen kezaliman era Mahathir seperti KLCC, empangan Bakun lebih-lebih lagi istana impiannya yang berharga RM200 juta di Putrajaya, lebih mudah saya dan mereka memahaminya.

Pergilah ke kedai-kedai kopi di mana orang-orang bawahan seperti Penarik Beca berada; seranglah sekularisme, seranglah Islam Amerika, seranglah Mahathirism ekonomi yang sebenarnya bahan tiruan dari Thatcherism, seranglah nasionalism sempit Umno, seranglah ideologi Umno yang sebenarnya tidak ada ideologi, seranglah KKN yang tidak diketahui maknanya oleh kebanyakan orang bawahan, seranglah. Berapa orang yang terpanggil untuk bangkit menentang kezaliman?

Serang pula Dr Mahathir. Lihat sendiri berapa ramai yang cepat seperti melompat untuk turut sama menjadi pengkritik yang aktif.

Hati nurani manusia mudah mengenali orang-orang yang tidak lurus. Anak kecil saya yang berumur lima tahun apabila melihat gambar Umi Hafilda yang terbelah kain sampai ke peha terus mengatakan "Eeeee, jahat!!" Saya tak mengajar dia memberi reaksi seperti itu terhadap perempuan yang bersolek seperti penjual nikmat asmara itu. Anak kecil itu sendiri yang boleh mengenali orang-orang yang tidak lurus. Sejak itu kalau dia degil saya tak susah lagi. Apabila saya berkata, "Degil nak jadi macam Umi Hafilda?" dia terus menjerit "Tak nak!!" dan terus mematikan lakonan kedegilannya.

Serang terus Dr Mahathir yang menjadi icon dan kepala kezaliman. Dia yang menjadi kunci yang menghidupkan jentera dan sistem kezaliman di negara ini, selepas itu nescaya kita boleh melihat polis kepala merah tak berani berkurang ajar lagi dan Setan Bajingan tak berani membinatangkan diri mereka lagi. Gerombolan biul di belakang Doktor jahat itu pasti akan lari terbirit-birit!!