SUARA KEADILAN RAKYAT

Augustine Paul – Hakim Mala Fide

Dis 18, 1998 – Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak mengata. Undang-undang yang dicipta oleh manusia adalah khusus untuk menjamin hak keadilan sesama manusia. Kata-kata keramat ‘A person is innocent unless proven guilty’ adalah asas keadilan mengikut perundangan manusia. Undang-undang bertulis wujud sebagai ruang dan saluran ke arah perlaksanaan unsur-unsur keadilan. Namun ia tetp bergantung kepada ciri-ciri kesempurnaan sifat, pendirian dan pendekatan pihak Hakim, Peguamcara dan Peguambela.

Di dalam sistem kehakiman manusia, pihak yang tertuduh mampu di aniayai jika Hakim bersifat makan suap, prejudis dan mempunyai niat untuk tidak berlaku adil dan Peguambela hanya mementingkan pembayaran yang lumayan bagi setiap fungsi pembelaan. Hakim tetap tidak bebas dari kemungkinan menerima rasuah walaupun kemudahan yang disediakan kepadanya sudah lebih dari mencukupi. Seorang Hakim juga tidak bebas dari ancaman, ugutan dan tekanan ketika menjalankan tugasnya. Oleh itu, seorang Hakim itu tidak mustahil mampu berlaku tidak adil jika beliau mempunyai kepentingan tersendiri, diugut, ditekan dsbnya. Hakim Augustine Paul tidak terkecuali dari stigma ini. Sebagai seorang kakitangan kerajaan Dr. Mahathir, Augustine Paul secara tidak langsung tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa memberi advantage kepada Peguamcara dalam kes Kerajaan Vs Anwar? Lihat bagaimana Wahab Patail memberi kelebihan kepada Gani Patail. Adakah ia satu kebetulan di mana abang menjadi Hakim dan adik menjadi Peguamcara?

Artikel ini akan membuktikan bahawa Augustine Paul adalah Hakim yang Bias atau Berat Sebelah, dan kedudukannya sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk menjamin keadilan kepada Anwar semakin diragui? Kredibilitinya sudah semakin tercemar dan hanya masa akan mengesahkan pertuduhan ini.

Sebagai seorang manusia biasa, Augustine Paul mungkin tidak selesa untuk menghakimi kes Anwar ini. Tanggungjawab yang dipikulnya cukup berat. Keuntungannya mengadili kes ini adalah sekadar memperolehi kenaikan pangkat dengan pendapatan yang bertambah sedikit sahaja. Namun risiko terhadap kehilangan kredibiliti dan keselamatannya amat tinggi jika keputusan yang dibuatnya tidak disenangi oleh mana-mana pihak. Saya percaya, jika Augustine Paul diberi piliihan samada sanggup untuk menjadi Hakim kepada kes Anwar, beliau akan pasti menolaknya. Takdir telah menentukan bahawa beliau adalah Hakim kepada kes ini dan kerana itu beliau patut lebih bijak dan berhati-hati untuk mengadili kes ini. Kes ini tidak sama dengan kes yang pernah diadili olehnya sebelum ini. Kes Anwar mengandungi kepentingan rakyat, mood masses yang mampu menentukan masa depan kuasa politik negara ini.

Jika Anwar didapati bersalah tanpa pembuktian yang kukuh dan meyakinkan, Augustine Paul boleh terdedah kepada kebangkitan dan kemarahan rakyat kerana Anwar adalah harta milik negara dan rakyat. Jika Augustine Paul bebas untuk menegakkan keadilan tanpa tekanan dsbnya, saya percaya beliau juga mampu untuk menegakkan keadilan kerana Dr. Mahathir sudah menjadi artifak sejarah, Anwar sedang melonjak naik mengikut arus kebangkitan rakyat.

Masa depan politik Anwar pada ketika ini bergantung kepada keputusan da ihsan Augustine Paul. Demi negara dan kredibiliti dirinya, Augustine Paul perlu mempertahankan integriti sistem Kehakiman Negara agar kekal ianya dipercayai oleh rakyat Malaysia dan dunia Antarabangsa. Jika Malaysia ingin mempunyai masa depan berurusan dengan pelabur-pelabur asing, maka imej Sistem Kehakiman yang adil mesti dipertahankan atau dipergadaikan demi Dr. Mahathir dan kroni-kroninya.

Justice not only must be done but also must be seen to be done. Ini adalah kata-kata yang memberangsangkan kepada sesi mula perbicaraan kes Anwar. Namun, slogan ini nampak semakin meleset.

Augustine Paul telah merestui agar Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar bagi perbicaraan ini. Namun, Ketua Hakim Negara telah pun mengenepikan keputusan ini dengan alasan bahawa ia tidak menepati prosedur Jabatan Kehakiman Negara. Bolehkah pendekatan Eusoff Chin dianggap sebagai satu contempt of court atau menghina mahkamah kerana mengganggu-gugat keputusan dan perjalanan perbicaraan? Wajarkah Eusoff Chin menjatuhkan kredibiliti Augustine Paul? Tindakan campur tangan Eusoff Chin merumuskan bahawa Augustine Paul berada di bawah telunjuk ketuanya dalam mengendalikan kes ini. Jika Ketua Hakim Negara boleh terlibat untuk mempengaruhi keputusan mahkamah Augustine Paul maka rakyat berhak untuk meragui kelayakkan, kewibawaan dan keadilan Augustine Paul untuk mengendalikan kes ini.

Keputusan Augustine Paul untuk tidak membenarkan kehadiran pemerhati asing adalah satu pendekatan atau petanda bahawa keadilan kepada kes ini akan dikorbankan. Keputusan ini sebenarnya bukan satu penghinaan kepada mahkamah tetapi adalah satu penghinaan kepada Augustine Paul jika keputusan yang tidak adil terpaksa dibuat demi mempertahankan kepentingan Dr. Mahathir dan kroni-kroninya. Kenapa perlu Augustine Paul takut jika beliau bersedia untuk sentiasa berlaku adil?

Pendekatan Augustine Paul dalam perbicaraan kes Anwar sentiasa tidak konsisten. Beliau sentiasa enggan untuk membenarkan Peguambela membuktikan asas pembelaan berdasarkan KONSPIRASI POLITIK dan MALA FIDE PIHAK POLIS, GANI PATAIL SERTA AZAHAR dalam kes Anwar. Jika pihak Peguamcara diberi kebebasan untuk membukti penyalahgunaan kuasa Anwar dalam menutup pertuduhan ini terhadapnya, mengapa kebebasan serupa tidak diberi kepada Peguambela Anwar untuk membuktikan motif lain sebagai faktor keraguan demi mempertahankan dirinya.

Jika pihak Peguamcara dibenarkan untuk merayau-rayau dengan kisah-kisah seks, yang tidak relevan kepada pertuduhan specific kepada penyalahgunaan kuasa, mengapa pula apabila Peguambela cuba mengaitkannya Mala Fide Affidavit Manjeet Singh, Dato’ Nala, Dr. Munawar dan Sukma, ia telah diputuskan sebagai tidak relevan kepada kes ini oleh Hakim berkenaan.

Kenapa Augustine Paul cuba menghalang dan mengawal pendekatan merayau-rayau pihak Peguambela dalam membuktikan wujudnya Konspirasi Politik dan Mala Fide dalam kes Anwar? Adakah Augustine Paul cuba mengelak penglibatan orang-orang tertentu dari ditimbulkan di dalam kes ini? Disebabkan Anwar adalah pihak yang menghadapi beban untuk membela dirinya, kenapa beliau tidak diberi benefit of doubt untuk menimbulkan keraguan kepada pertuduhan ini? Justice cannot be done if Augustine Paul continue to deny justice. Justice delayed, Justice denied, Justice Destroyed, Justice denied.

Tilam yang mempunyai 13 tompok kesan air mani, yang diambil dari Tivoli Villa dan yang dijadikan bahan bukti, belum tentu dapat meyakinkan rakyat dalam usaha membuktikan pertuduhan terhadap Anwar. Persoalan yang dibangkitkan oleh Peguambela mengenai kenapa ujian DNA tidak dijalankan serta merta pada July 10, 1998dan hanya selepas November 5, 1998 mempu memberi keraguan kepada kes ini. Ia juga menunjukkan bahawa terdapat mala fide untuk memalsukan bahan bukti mahkamah. Persoalan kedua, kenapa kesemua 13 tompok kesan dipotong dan diuji? Mungkinkah ia boleh ditukarganti? Adakah kesemua 13 tompok kesan air mani ini milik Anwar seorang sahaja? Siapakah pihak ketiga (pihak bebas) yang dilantik untuk mewakili dan menjaga kepentingan Anwar dalam ujian DNA ini? Adakah Anwar diwakili oleh mana-mana pihak yang dilantik olehnya sendiri? Jika pencemaran contoh darah Anwar telah berlaku akibat campuran additives, bagaimana ujian DNA ke atas kesan tompokan air mani boleh disahkan sebagai milik Anwar? Adakah Polis juga mengambil contoh air mani Anwar semasa dalam keadaan khayal atau tidak sedarkan diri dalam tahanan ISA sebelum ini? Adakah berkemungkinan contoh air mani ini yang diambil semasa Anwar di dalam tahanan ISA telah disapu kepada tilam di antara tarikh 20 Sept. 1998 hingga tarikh Nov. 5, 1998 bagi membolehkan ujian berkenaan dijalankan dan keputusan didapati positif? Adakah beretika untuk polis mengambil contoh darah nya bagi tujuan lain dan tanpa kelulusan Anwar sendiri? Tanggungjawab Peguamcara adalah untuk membuktikan pertuduhan kes Anwar beyong reasonable doubt. Mengambil contoh darah, air mani, bulu atau sebagainya secara paksa adalah seperti memaksa pihak yang dituduh untuk memegang pisau agar meninggalkan kesan jarinya ke atas alat yang dijadikan bukti di mahkamah. Adakah kesan air mani dan ujian DNA boleh diterima sebagai bahan bukti mengikut Perundangan Islam? Di dalam kes ini, terdapat terlalu banyak circumstantial evidence yang diketengahkan; mana ada keadilan?

Kenapa tilam Anwar di kediaman rasmi TPM diambil oleh pihak polis pada Dis 17 1998. Adakah pihak polis berhasrat untuk menjadikan kesan tompokan air mani dari tilam rasminya bagi memalsukan ujian DNA lagi? Bukankah lebih baik tilamnya di kediaman rasmi ini dibiarkan di situ hingga kes ini tamat demi meyakinkan rakyat bahawa bahan bukti tidak sengaja diada-adakan.

Affidavit Dato’ Nalla yang difailkan oleh Musa Hassan di mahkamah pada awal September 1998 yang mengaibkan secara tidak langsung pertuduhan salahlaku seks, liwat, rasuah, ejen kuasa asing dsbnya terhadap Anwar harus diperjelaskan kepada rakyat oleh pihak Pendakwaraya. Implikasi pertuduhan tersebut amat serious dan ia menjadi tanggungjawab kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuktikan kesahihan pertuduhan ini. Ia juga menjadi tanggungjawab Jabatan Peguam Negara untuk memohon maaf jika pertuduhan ini didapati tidak berasas. Augustine Paul bertanggungjawab untuk memberi keadilan kepada pihak tertuduh.

Affidavit Sukma yang bertulis tangan patut diterima sebagai bukti mala fide polis untuk menganiayai Anwar dan ia mesti diterima sebagai bukti mahkamah. Jika pihak polis ingin membawa video tape pangakuan Sukma, ia sebenarnya tidak perlu kerana Sukma boleh dipanggil ke mahkamah untuk memberi penjelasan yang sebenarnya. Pengakuan Sukma adalah seperti pengakuan Ustaz Ashaari, Pemimpin Al-Arqam, pada tahun 1994. Ia mungkin dibuat dalam keadaan tertekan dan demi untuk menyelamatkan diri masing-masing. Apa telah jadi selepas itu, Ustaz Ashaari telah ditahan semula kerana berpura-pura dalam pengakuannya.

Affidavit Manjeet Singh dan Zainur adalah satu bukti baru untuk kes Anwar dan ia berhak diketengahkan demi keadilan kepada Anwar. Jika ia terus dihalang, kredibiliti Moktar Abdullah, Gani Patail, Azhar dan Manjeet Singh akan terus dipertikaikan. Jangan pula kerana cuba menegakkan keadilan melalui Affidavit Manjeet Singh dan Zainur dianiayai dan dihukum penjara pula. Di Malaysia, Sistem Kehakiman di bawah Dr. Mahathir, Tajol Rosli, Eusoff Chin dan Moktar Abdullah tidak terkecuali daripada kemampuan untuk membuat kejutan dan mencipta rekod dunia. Di Malaysia ia adalah tidak mustahil kerana apabila berlaku insiden kecurian, tuan rumah akan didapati bersalah disebabkan pendakwaan rumahnya tidak berkunci. Manakala pencuri sebenarnya terus berkeliaran bebas.

Walaupun kredibiliti Dato’ Mohd Said Awang, Amir Junus, Mazlan, Azizan dan Musa Hassan sudah terbukti boleh diragui dan terlalu rendah untuk dipercayai, namun rakyat harus bersedia untuk menerima kenyataan bahawa Augustine Paul berkemampuan untuk tidak berlaku adil terhadap Anwar. Beliau adlah Hakim yang mempunyai masaalah di Ipoh dan Melaka dan telah dipilih khas oleh Dr. Mahathir bagi tujuan menghancurkan masa depan politik Anwar. Jangan terkejut jika Anwar didapati bersalah walau berbagai keraguan wujud bagi pihak saksi-saksi Peguamcara. Adakah rakyat bersedia untuk menerima keputusan yang akan dibuat oleh Hakim kafir yang mungkin berkonspirasi juga untuk melemahkan syiar Islam di bumi Malaysia ini. Tepuk dada laungkan Allahu Akbar; Perang Jihad akan bermula.

Tipu helah Dr. Mahathir sudah lapuk dan mudah dibaca oleh rakyat. Kenapa Kes Mohamad Taib hendak dibicarakan sekarang juga setelah begitu lama ditangguhkan? Jangan jadikan kesalahan Mohamad Taib sebagai alasan untuk menyalahkan Anwar juga. Mohamad tetap salah dalam apa situasi sekali pun. Kedudukan beliau sebagai Naib Presiden UMNO tidak mendapat simpati dan pembelaan dari rakyat tetapi mengapa rakyat bangkit untuk membela nasib Anwar pula? Rakyat tidak bodoh dan tidak akan terus diperbodohkan.

Dr. Mahthir, krono-kroninya dan UMNO mesti ditumbangkan dan dibawa ke muka pengadilan. Malaysia adalah hak rakyat. Dr. Mahathir mesti insaf sebelum terlambat.

Salam REFORMASI
Jeneral Rakyat – GHQ Changlon Kedah
.